Tips And Travel To Borobudur Temple Indonesia
Yogyakarta merupakan destinasi yang cukup popular untuk pelancong Malaysia sejak beberapa tahun ini. Pelbagai tempat baru yang sangat instgrammable menjadikan Yogyakarta pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti.
Dengan adanya beberapa pilihan penerbangan dengan harga tiket yang murah juga menjadi pemangkin kota Yogyakarta begitu popular sekali. Namun, memang tidak lengkap sekiranya ke Yogyakart, korang tidak singgah di Candi Borobudur yang menjadi mercu tanda buat Indonesia.
Terletak di kepulauan Jawa, Candi Borobudur merupakan candi terbesar Budha di seluruh dunia. Bukan itu je, monumen ini juga telah disenaraikan sebagai one of the world’s seven wonders.
Borubodur Temple juga cukup popular sebagai spot terbaik untuk melihat sunrise. Borobudur temple ni agak popular disebabkan tersenarai di dalam list Warisan dunia UNESCO. Masa belajar sejarah tingkatan 4 dulu mesti ada cerita pasal candi borobudur nih. Kalau nak lihat sunrise korang kena datang sini seawal jam 4pagi lagi. Matahari terbit kat sini pun awal. dalam jam 5.20pagi dah naik dah.
Borobudur ialah kuil atau Candi agama Buddha yang terletak di desa Boro, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.
Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.
Pada tahun 1950, Sejarawan J.G. de Casparis kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karang tengah dan Kahulunan, Borobudur dibina oleh raja dari dinasti Syailendra bernama Samaratungga sekitar 824.
Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya, Ratu Pramodhawardhani memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi
Jika Mesir berbangga dengan piramid dan Sphinx, China dengan Tembok Besar, Kemboja dengan Angkor Wat.
Maka, warga Indonesia berbangga dengan Borobudur.
Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang.
Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha.
Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades.
Terlalu banyak sejarah mengenai temple ni. Kalau nak cerita satu satu ibarat korang masuk kelas sejarah pula. Tapi apa yang aku boleh katanya jika ke Yogyakarta luangkanlah setengah hari korang untuk ke tempat yang begitu bersejarah ini.
INFO
Nak masuk ke Borobudur dlm 400,000rpSpot for Sunrise
6 Tips For Visiting Borobudur in Indonesia
Stay Berdekatan
Jika korang nak buat planning ke sini, lebih elok korang stay sahaja sekitar monumen ini sebabnya korang perlu bergerak seawal jaam 3 pagi untuk melihat sunrise yang begitu indah sekali. Terdapat banyak pilihan hotel yang ada sekitar temple ini dari 2 star hinggalah 5 star.
Datang Awal
Bergerak ke candi ini sewal mungkin, sebab itulah aku sarankan korang stay berhampiran temple ini. Jika datang lambat kemungkinan korang akan terlepas melihat sunset dan cuaca agak panas di sini jika datang lambat. Tambah pula tempat ini akan di penuhi dengan pelancong dari serata dunia.
Skill Photography Kena Power
Pastikan skill photographer korang power, sebab amat rugi jika tak dapat best shoot di sini. Korang boleh ambil gambar dari pelbagai sudut termasuk di puncak atau pun di bawah temple. Satu lagi masalah yang korang mungkin hadapi adalah terlalu ramai pelancong yang akan melimitkan korang dari bergambar. Sebab itulah pentingnya skill photography korang. Kadang-kadang cuaca juga memainkan peranan penting dalam memastikan gambar korang terlihat begitu cantik.
Take Your Time
Take your time. Ini juga tips yang penting buat korang. Korang boleh berada di sini selama yang korang inginkan. Tapi makin lama korang di sini makin panas cuaca boleh jadi. Apa yang aku boleh sarankan dalam keterujaan korang bergambar ambillah masa sedikit untuk menghayati monumen yang penuh sejarah ini. Bagi otak korang berjalan macam mana candi sebesar ini dibina pada zaman dahulu. Korang boleh tanya tourist guard matlumat lanjut tentang candi ini.
Di sini ada lebih kurang 500 patung Budha, so korang memang memerlukan masa yang cukup banyak untuk jelajah satu candi ini. Janga tergesa-gesa. Take your time!
Pemakaian
Seperti yang aku katakan, cuaca di sini boleh jadi terlalu panas, tambahan pula dengan pelancong yang ramai, pemakaian ke sini juga perlu yang sesuai. Kalau boleh bawa topi dan baju yaang ringan dan tidak panas. Seluar pula haruslah tutup bahagian lutut. Tips ini boleh di guna jika korang datang ke sini waktu musim panas.
Jika datang musim sejuk, cuaca di atas ini boleh jadi extreme cool, tambahan pula datang ke sini seawal pagi lagi. So jangan lupa bawa wind breaker ya!
Elakkan Datang Pada Hujung Minggu
Seperti yang korang sedia maklum, untuk elakkan dari bertembung dengan kebanjiran pelancong lebih elok sekiranya korang datang pada hari bekerja iaitu isnin hingga khamis. Pada hari biasa pun kat sini padat, korang bayangkanlah kalau waktu hujung minggu. Nak bergambar pun tak cantik nanti.
So korang yang bercadang untuk datang ke sini. Good Luck dan enjoy your trip ya. Jangan lupa buat persediaan aapa yang patut setiap kali korang travel. Buat checklist agar trip korang berjalan dengan lancar.
Artikel ini dihasilkan dengan kerjasama dari Wonderful Indonesia.
The post Tips and Travel to Borobudur Temple Indonesia appeared first on Faizal Fredley.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.faizalfredley.com/2019/12/19/tips-and-travel-to-borobudur-temple-indonesia/