Travel Ke 6 Tempat Menarik Di Belgium Eropah


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.Assalamualaikum semua

Allah, terasa lama tak menulis di sini, tapi aku gagahkan jugak jari-jemari ni, hihi. Aku buang semua rasa malas ni ke tepi demi nak kembali manfaatkan blog yang aku ada ni untuk berkongsi segala macam benda dengan hangpa. InshaaAllah

Sebenarnya aku ada jugak berangan-angan nak bercuti ke luar negara, hihi. Alah, angan-angan tak perlukan bayaran kan hangpa. Mana taw satu hari boleh jadi kenyataan. Kita hanya mampu merancang ja, semuanya atas izin Allah. Aamiin

Nak dijadikan cerita, kebetulan hari ni, aku ada terbaca tentang tempat-tempat menarik di Belgium, Eropah yang boleh kita kunjungi. Aku terasa nak kongsikan di sini dengan hangpa. Boleh aku dan hangpa jadikan rujukan kelak

Belgium, Eropah.



Untuk pengetahuan hangpa, Belgium adalah salah satu negara yang terletak di Eropah Barat dan sekaligus menjadikan Brussels sebagai ibu negaranya. Dengan keunikan bandar yang mempunyai gambaran seperti abad pertengahan ni, ia membuatkan negara ni dikunjungi oleh pelbagai pelancong dari luar negara yang tak putus-putus. Kekayaan dari segi sejarah dan senibina yang ada di negara ni telah menjadikan ia sebagai salah satu negara yang terkenal dikalangan kaki-kaki travel dari seluruh dunia. Negara ni jugak adalah satu entity yang amat penting di dalam sejarah di mana ianya menjadi lokasi bagi Perang Dunia Pertama

Ha, tu lah serba sedikit sejarah mengenai Belgium. Hangpa ada tak rasa teringin nak ke Belgium?. Aku rasa bagi siapa yang ada bajet nak pergi melancong tu, hangpa kena p!. Sebab sekarang ni banyak taw airline yang tengah buat promo dan rugi kalau hangpa tak grab peluang ni weh!. Untung-untung hangpa book sekarang, perginya tahun depan. Sempat lagi nak saving kan!. Nak senang hangpa boleh guna Traveloka untuk membuat perbandingan bagi harga flight ticket. Tapi aku suggest Emirates Airlines Flight sebagai airlines yang hangpa boleh dapatkan untuk ke Belgium. Selain destinasi terbaik di Eropah, hangpa jugak boleh dapatkan cheap flights to Bali sebagai pilihan destinasi untuk bercuti di bahagian Asia. Ok, complete dah tips cuti untuk dua benua, gitchu!

In case hangpa memang nak ke Belgium, aku nak share beberapa lokasi menarik yang menjadi tumpuan pengunjung dekat Belgium ni hasil dari pembacaan aku tadi. So that, hangpa boleh take note mana yang menjadi pilihan hati hangpa tu ok?. Meh baca dekat bawah ni

Grand Palace, Brussels.



Satu kawasan yang menggambarkan seni bina bangunan yang unik daripada abad ke-14 sehingga abad ke-17. Ia merupakan salah satu seni bina yang dikagumi bagi rakyat-rakyat di Belgium dan sekaligus diangkat sebagai tapak warisan dunia (UNESCO). Dengan keluasan 68x110 meter, di sekitarnya terdapat bangunan-bangunan tinggi dan disini jugak terletaknya Muzium Bandar Raya Brussel. Hangpa boleh datang sini dan bergambar sepuas-puasnya dengan berlatarbelakangkan bangunan-bangunan unik ni

Atomium



Ia merupakan salah satu monument yang sangat unik yang telah dibina pada tahun 1958. Dengan ketinggiannya yang mencecah 355 kaki, ia dibentuk secara bulatan-bulatan kecil yang disambungkan seperti bulatan atom. Monumen unik ni sering dijadikan kawasan untuk bergambar bagi pelancong-pelancong yang datang

Bruges

Bruges merupakan salah satu bandar yang mempunyai ciri-ciri bangunan daripada abad pertengahan. Di bandar Bruges ni jugak terdapatnya terusan yang dinamakan sebagai 'Venice of The North'. Di bandar Bruges ni hangpa boleh tengok istana-istana dan ciri-ciri rumah yang berkonsepkan sejarah Viking pada satu ketika dahulu. Banyak aktiviti yang hangpa boleh buat dekat sini antaranya berbasikal di sekeliling bandar, naik perahu untuk meneroka terusan di bandar Bruges ni, dan boleh menikmati coklat panas di kafe-kafe yang ada dekat sini

The Battlefield of Flanders



Kalau hangpa nak taw, ni adalah salah satu lokasi yang menjadi tumpuan pelancong di mana ia merupakan tempat peperangan semasa Perang Dunia Pertama. Kalau hangpa dah sampai dekat sini, hangpa dapat tengok lagi setting defense masa depa berperang satu ketika dulu. Ada parit-parit kecil tempat depa untuk berjalan dan menyorok. Banyak jugak kawasan tanah perkuburan dekat sini ianya bertujuan bagi memperingati pejuang-pejuang depa yang dah mati

Menneken Pis



Ha, yang ni yang best aku nak cerita ni. Dekat Belgium ni terkenal dengan satu patung kecil yang diperbuat daripada batu dan namanya ialah Menneken Pis. Di mana ia membawa maksud 'Budak Kecil Kencing'. So, apa yang menariknya pasal patung ni?. Padahal  patung budak kecil lelaki tu tengah kencing berdir, hihi. Antara cerita yang paling popular dekat sini ialah, "Masa peperangan yang berlaku pada abad ke-14 dulu, ada tentera asing yang cuba menyerang Brussel dengan meletupkan tembok kota ni dengan bom. Nak dijadikan cerita, budak tu mengintip perbualan depa dan terdengar rancangan jahat depa. Lalu budak tu telah membuang air kecil di fius bom tersebut dan menggagalkan plan depa untuk meletupkan tembok kota tersebut". Macam tu lah ceritanya. So, dekat sini di mana-mana kedai yang ada hangpa mesti jumpa dengan patung Menneken Pis ni

Mini Europe



Mini Europe ni terletak bersebelahan ja dengan Atomium dan kalau hangpa nak masuk, lebih baik beli tiket online sebab lebih murah. Apa yang ada dekat dalam Mini Europe ni ialah terdapatnya replika-replika atau seni bina bagi negara-negara di Eropah. Setiap replika tu jugak merupakan ikon bagi negara-negara tersebut. Antaranya Eiffel Tower sebagai ikon negara Perancis dan Kota Paris, Jam Besar sebagai ikon bagi Kota London, Windmill sebagai ikon kepada Belanda dan banyak lagi. Even Grand Palace pun ada jugak. Kalau hangpa ke sini, hangpa akan kagum sangat sebab bangunan yang besar di kecilkan dan sangat details

Ok gais, ni lah dia lokasi-lokasi menarik yang hangpa boleh terjah dekat Belgium nanti yang dapat aku kongsikan. By the way, dekat Belgium ni terkenal dengan coklat taw. Katanya, hot chocolate dia popular dekat sini. Tapi hangpa kena hati-hati jugak, sebab tak semua coklat dekat sini halal. Sebelum nak beli atau order tu, hangpa tanya dulu yang jual tu beragama Islam atau pun tak. Jangan tanya halal ka tak, sebab tak semua faham. So, tanya Islam atau tak, lepas tu baru tanya coklat mana yang halal atau pun tak. Tu lah tambahan tips untuk hangpa

Ok, sampai sini dulu taw. Selamat Bercuti bagi yang dah plan nak bercuti tu. Semoga bermanfaat entry ni untuk hangpa





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.syuhainaatikah.com/2020/02/travel-ke-6-tempat-menarik-di-belgium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itenari Percutian Tempat Tempat Menarik Di Bandaraya Ipoh

Itenari Percutian Tempat Tempat Menarik Di Bandaraya Ipoh

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 457 hits
Mahu mencari destinasi tempat menarik di sekitar Bandaraya Ipoh Jika ya ikuti posting ini yang merupakan olahan daripada perkongsian itenari seorang gadis ketika bercuti ke Ipoh Perak sekitar awal Januari 2020 Kisah percutian gadis ini mene...
Ketahui 14 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Perlis

Ketahui 14 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Perlis

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 776 hits
Negeri Perlis Walupun negeri ini kecil tetapi ia mempunyai banyak tempat tarikan menarik untuk para pelancong Selain dikenali sebagai negeri yang terkenal dengan buah mempelam Harum Manis ia juga merupakan negeri yang menjadi pintu masuk ke...
Jom Ke Setiu Tempat Menarik Di Setiu Terengganu

Jom Ke Setiu Tempat Menarik Di Setiu Terengganu

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 615 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog saya Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan tempat menarik di Setiu Terengganu Berkunjung ke nege...
Tempat Menarik Boleh Di Lawati Di Putrajaya

Tempat Menarik Boleh Di Lawati Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 624 hits
Inginkan percutian dengan ketenangan di dalam kawasan urban Mungkin anda boleh pilih bercuti di Putrajaya Tapi ada ke tempat yang menarik di sana Bukan banyak bangunan bangunan kerajaan je ke di sana Mungkin jika kali pertama anda pergi ke ...
Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti

Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 784 hits
Jika anda ingin bercuti dalam negara pada tahun 2020 apa kata anda buat keputusan untuk pergi ke Melaka Kenapa Situ macam banyak tempat sejarah je macam tak best pula Walaupun Melaka terkenal dengan Bandaraya Bersejarah tetapi masih ada lag...
Tempat Menarik Di Johor Bahru

Tempat Menarik Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 663 hits
Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia kini makin banyak tempat menarik di Johor Bahru yang ditawarkan untuk pengunjung Banyak tempat juga sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa pusat pelancongan terbaru Pusat Bandar y...
5 Tempat Menarik Di Italy Yang Paling Kerap Dikunjungi Pelancong

5 Tempat Menarik Di Italy Yang Paling Kerap Dikunjungi Pelancong

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 1209 hits
Itali adalah salah satu negara yang terletak di benua Eropah dan ia juga merupakan negara yang menerima ramai pelancong pelancong yang hadir bagi menikmati keunikan landskap semulajadinya seni budaya makanan yang lazat dan banyak lagi fakto...
9 Tempat Menarik Percuma Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands

9 Tempat Menarik Percuma Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 431 hits
Cameron Highland terkenal dengan suasana nyaman udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan Nak bawa anak anak dan keluarga bercuti disini pun sesuai sangat sebab Cameron Highlands banyak tempat tempat yang menarik yang sesu...
Tempat Yang Menarik Di Korea Dan Tempat Cenderahati Murah

Tempat Yang Menarik Di Korea Dan Tempat Cenderahati Murah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 332 hits
Lama nya baru dapat idea nak sambung cerita ke korea hari tu heheHari ke 3 King s Cross Platform 9 3 4 Harry Potter cafeHongdae StreetCOEX Mall Starfield Library SMTOWN Coex Atrium GangnamMyeongdong StreetHari ke 4Namsangol Hanok VillageGwa...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1