Travel Jauh Dengan Anak Memang Mencabar Aisyah Hijanah Selesa Bawa Anak Bercuti
Bercuti jauh dengan tempoh penerbangan yang lama memang mencabar namun bagi instafamous, Aisyah Hijanah, dia selesa membawa anaknya bercuti ke London kerana merasakan itulah detik terindahnya bersama keluarga.
Malah menerusi Instagramnya, Aisyah turut berkongsi kepayahan membawa anak sulungnya, Khadeejah lebih-lebih lagi ketika berada di dalam penerbangan. Memang tak mudah!
“Macam mana first time travelling abroad dengan Khadeejah? Actually Alif memang plan untuk pergi berdua, since dia memang nak tengok bola kat Liverpool.
“Bayangkan je la, Jumaat nak fly, hari Rabu malam baru beli tiket semua. Kau rasa? Sabar je la…
“Bawa budak travel jauh ni memang mencabar sungguh! Dalam flight, Kadang tu meragam sebab tak selesa telinga, seat. Tambah pula Khadeejah ni lasak, tak suka duduk diam,” tulisnya bercerita.
Tambah sukar kata Aisyah, disebabkan penerbangan ke London yang terlalu lama sehingga 14 jam, anaknya ‘masuk angin’ dan mula muntah susu.
“Semalam, flight 14 jam & Khadeejah masuk angin. So dia muntah susu & ada meragam sikit la sebab nak kacau orang depan & nak jalan dalam flight.
“Tapi, honestly bila ada Khadeejah ni, Aisyah sendiri rasa macam “this is a family”. Selalu jalan berdua memang kitaorang sembang business sahaja,” kongsinya lagi.
Malah kata pemilik jenama tudung Hijanah ini lagi, bila mana turut membawa sekali anak bercuti, agenda percutian mereka setiap hari menjadi lebih kekeluargaan dan itulah yang cukup digemarinya. Bukan hanya dapat melupakan seketika perniagaannya bahkan dapat bonding bersama anak kecilnya itu.
Kongsi Aisyah lagi, biarpun sedikit sukar dan penat kerana dia kini hamil anak kedua namun dia cukup gembira dan selesa percutian bersama anak kecilnya itu. Rasa gembira bila semuanya ada bersama.
“Tapi bila bawa anak ni, tak fikir langsung bab business. Fikir nak jalan mana? Nak shopping mana? Nak bagi Khadeejah main dekat mana? Such a happy pil for me. Susah sebenarnya business owners ni nak lari daripada fikir business walaupun sehari.
“So, Alif kata kalau Liverpool menang, dia nak bagi anak (kalau lelaki la) nama ‘Muhd Salah’. Ni nak setuju ke macam mana?,” kongsinya lagi.
View this post on Instagram
A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Travel Jauh Dengan Anak Memang Mencabar” Aisyah Hijanah Selesa Bawa Anak Bercuti! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/travel-jauh-dengan-anak-memang-mencabar-aisyah-hijanah-selesa-bawa-anak-bercuti/