Hfmd Capai Tahap Paras Bahaya Mak Ayah Kena Pantau Anak Di Rumah Bukan Bawa Keluar Jalan Jalan
Kenaikan kes jangkitan virus Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) yang membimbangkan di seluruh dunia membuatkan mak ayah bertambah risau jika anak-anak dijangkiti.
Malah menurut Ketua Pengarah Kesihatan, jangkitan HFMD ini juga sudah mencapai tahap ‘ alert threshold’ (melebihi paras bahaya) yang sudah semestinya membuatkan kita bimbang bila anak-anak ke sekolah.
Menurut Dr Erna Nadia, mak ayah perlu ada kesedaran untuk menjaga kebersihan anak malah memantau anak sentiasa dan paling utama lupakan niat untuk membawa anak keluar berjalan. Elakkan!
HFMD. Semalam terdapat satu kes di mana seorang kanak kanak di Sarawak meninggal akibat penyakit kaki, tangan dan mulut aka HFMD ini.
Minggu lepas, Ketua Pengarah Kesihatan telah mengumumkan bahawa HFMD sudah mencapai tahap ‘ alert threshold’ (melebihi paras bahaya) kerana kes semakin hari semakin meningkat. Saya difahamkan terdapat sebuah sekolah di Pulau Pinang dan di Pahang telah ditutup akibat penularan penyakit ini.
Ok, rasanya sudah ramai yang berkongsi tentang HFMD dan saya telah ringkaskan di dalam gambar di bawah.
Penyakit ini bukanlah seperti yang terjadi kepada haiwan. Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus.
Virus ini disebarkan melalui cecair cecair yang tersebar di udara dan di mana mana sahaja cecair ini ‘mendapat’.
Contoh paling mudah difahami adalah begini:
Polan menghidap jangkitan (batuk, selsema)yang dijangkiti virus Coxsackie A16. Polan batuk batuk tanpa menutup mulut. Cecair dari hasil batuk Polan telah tersebar kepada Amat semasa mereka sedang bermain bersama dan cecair tersebut juga melekat kepada mainan yang mereka main serta lantai yang mereka pijak.
Akibatnya, Amat tersentuh mainan dan terpijak lantai tersebut menyebabkan Amat juga turut mendapat virus ini secara tidak langsung.
Amat dan Polan mula ditumbuhi ruam dengan lepuh (rashes with blisters) dan Siti datang bermain sekali. Cecair di tangan Amat terkena kepada Siti menyebabkan Siti juga terjangkit sama.
Satu pesakit HFMD boleh menjangkiti sekurang kurangnya 5 orang pesakit lain. HFMD biasa berlaku kepada kanak kanak yang berusia 5 tahun ke bawah.
Orang dewasa juga boleh mendapat penyakit ini namun jarang berlaku. Jika berlaku kepada wanita mengandung, insha Allah ianya tidak menjangkiti janin di dalam kandungan. Namun, dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Penyakit ini akan pulih sendiri. Badan kita akan membentuk antibodi untuk melawan virus ini. Biasanya penyakiti ini mengambil masa 7-10 hari untuk pulih sepenuhnya.
Macam mana nak tahu bila dah sembuh?
Bila sudah tiada ruam baru yang tumbuh dan ruam yang sedia ada sudah kering kesemuanya.
Namun, ini bukanlah bermakna anda boleh membawa anak untuk keluar berjalan jalan. Pastikan ruam sudah hilang, demam sudah tiada, batuk selsema juga sudah pulih, barulah bawa anak keluar ke tempat awam.
Penularan penyakit ini disebabkan sesetengah ibubapa yang masih membawa anakanak yang tidak sihat ke tempat awam dan tahap kebersihan di beberapa tempat awam serta sekolah/taska/rumah pengasuh/rumah sendiri yang tidak terjaga.
Virus ini tidak akan mati hanya dengan sanitizer menggunakan ethanol atau sabun biasa (tak kiralah jenama apa). Seeloknya basmi kuman tersebut dengan campuran air suam panas dengan kloroks
1. Untuk lantai/tandas/permukaan alatan, boleh larutkan 200ml klorok dengan 20liter air. Kekuatan campuran adalah 0.05%.
2. Untuk baju/mainan/pinggan mangkuk, larutkan 20 liter air suam panas dengan 40ml klorok. Kekuatan campuran adalah 0.01%.
Ada yang bagi petua suruh makan itu ini begiu begini dan ada yang suruh sapu macam macam supaya ruam cepat sembuh. Tolonglah jangan mudah terikut.
Beri apa sahaja yang anak anda mahu/boleh makan. Jika anak anda ada alahan pada telur/seafoods atau apa sahaja, janganlah beri.
Elok berikan makanan yang lembut kerana mereka masih dalam keadaan sukar untuk mengunyah akibat ulser di dalam mulut. Pastikan mereka mendapat cukup air.
Jika terdapat tanda tanda dehidrasi/kurang air ( bibir kering/kulit kering/air kencing berkurangan/ pucat/lemah / tidak aktif), bawalah berjumpa doktor untuk diperiksa. Jangan dibiarkan di rumah.
HFMD boleh membawa komplikasi seperti jangkitan kuman kepada paru paru, jantung, mata dan otak. Jadi berhati hatilah.
Ada juga yang mendapat jangkitan bakteria bersama sama HFMD. Hal ini akan diperiksa oleh doktor dan jika sah bakteria terlibat sama, barulah antibiotik akan diberi. Ingat penyakit ini disebabkam oleh virus yang biasa.
Jadi, tidak perlu antibiotik atau antivirus dan tidak ada vaksin lagi untuk penyakit ini.
Tidak perlu membazir membeli spray atau apa apa krim sapu untuk ruam atau lepuh. Ruam dan lepuh ini akan baik dengan sendirinya. Ruam ini tidak menyebabkan kegatalan.
Pastikan kebersihan dijaga dengan betul. Cuci tangan dengan air dan sabun selepas ke tandas, sebelum dan selepas makan, selepas menukar lampin/cuci najis.
HFMD boleh dikurangkan penularannya. Hanya perlukan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk tidak membawa anak anak yang tidak sihat ke sekolah/taska/rumah pengasuh atau ke tempat awam (kedai makan, shopping mall, taman permainan, pasar malam yada yada yada).
Ingat,penyakit ini boleh pulih sendiri cuma perlu memastikan anak anak tidak dehidrasi dan aktif.
Penyakit ini boleh berulang kembali kepada mereka yang pernah dijangkiti.
Jaga kesihatan.
Jaga kebersihan.
Dan jadilah manusia yang bertanggungjawab.
Nota kaki : Tolonglah jangan bertanya atau meminta petua petua yang tidak betul di media sosial.
Dr. Erna Nadia
Semakin risau melihat bilangan pesakit yang makin meningkat.
Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post HFMD Capai Tahap Paras Bahaya, Mak Ayah Kena Pantau Anak Di Rumah, Bukan Bawa Keluar Jalan-Jalan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/hfmd-capai-tahap-paras-bahaya-mak-ayah-kena-pantau-anak-di-rumah-bukan-bawa-keluar-jalan-jalan/