Kredit: Freepik
Manfaatkan sebaiknya ruang atau bilik kosong yang ada di dalam rumah! Kalau mama papa buntu, boleh cuba idea-idea menarik dibawah.
Kredit: Freepik
Bila adanya bilik study mudah untuk anak-anak buat kerja sekolah. Biasanya mereka akan lebih fokus kepada pelajarannya kerana tumpuannya tidak terganggu. Sediakan juga bahan rujukan seperti kamus dan bahan bacaan yang lain untuk anak-anak membaca bila ada masa lapang. Jika anak minat melukis pupuk minat anak dengan sediakan peralatan yang bersesuaian seperti alat mewarna yang mencukupi, buku lukisan dan sebagainya.
Kredit: Freepik
Alhamdulillah kalau dapat sediakan satu bilik musolla atau ruang untuk solat. Dapatlah dirikan solat berjemaah bersama keluarga. Ambillah peluang ini untuk solat berjemaah bersama anak-anak. Dapat didik anak untuk kerjakan solat bila masuk waktu. Jadikan solat berjemaah amalan dalam kehidupan seharian. Ianya juga salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Kredit: Freepik
Bagi mengelakkan ruang tamu bersepah dan sentiasa nampak kemas, kids playroom diperlukan. Masukkan unsur kartun kegemaran anak anda untuk dekorasi playroom. Warna colourful dan bright juga membuat anak-anak lebih tertarik. Jika tiada bilik, boleh dengan hanya menyediakan kids area untuk anak-anak bermain di satu sudut yang bersesuaian. Sediakan storage untuk simpan peralatan mainan anak anda. Biarkan mereka mengemas semula selepas bermain.
Kredit: Freepik
Nampak macam banyak yang perlu disediakan, tapi percayalah banyak manfaatnya. Anak-anak akan rasa didorong. Bila kita atur cantik-cantik dengan kemas, mereka akan menggunakannya sebaik mungkin.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |