Tragedi Banjir Besar Yang Berlaku Di Bentong Tiada Kaitan Langsung Dengan Isu Pembalakan




KUANTAN - Kejadian banjir besar yang berlaku di Bentong pada pertengahan Disember tahun lalu, tiada kaitan langsung dengan isu pembalakan di Hutan Simpan Lentang.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hasil semakan mendapati berlaku kejadian kepala air di Karak yang bermula di Hutan Simpan Lentang akibat hujan lebat berterusan.
Beliau menjelaskan fakta ini tepat berdasarkan data taburan hujan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mencatatkan bacaan purata 155 milimeter pada 18 Disember lalu yang dikategorikan sebagai sangat lebat.
"Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) juga melakukan tinjauan melalui udara dan mengesahkan tiada sebarang aktiviti pembalakan dijalankan di Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan dan tanah milik di kedua-dua lokasi.
"Malah, kerajaan Pahang juga menjalankan satu kajian forensik berkenaan kejadian banjir puing yang berlaku di Daerah Bentong apabila didapati ratusan runtuhan tanah dan pokok-pokok di sepanjang laluan terbabit.
“Kesemua bukti dan fakta telah direkodkan di dalam buku laporan forensik dan saya berharap agar buku ini dapat diteliti oleh setiap Ahli Yang Berhormat dan berpeganglah kepada fakta dan bukti yang diberikan di dalam buku tersebut. Saya ucapkan terima kasih kepada JPNP di atas inisiatif yang dilakukan ini,” katanya.
Beliau berucap demikian pada sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang pada Jumaat lalu.
Wan Rosdy berkata, Hutan Simpan Lentang di Sungai Kerau seluas 30 hektar terbabit juga telah dijadikan petak High Conservation Value Forest (HCVF) sejak 2012.
Menjawab pertanyaan Young Syefura Othman (PH- Ketari) tentang tindakan penguatkuasaan bagi mengawal pembukaan tanah hutan simpan dan penyalahgunaan aktiviti ke atas tanah hak milik individu yang mana boleh menyebabkan kerosakan kepada hutan dan sungai di kawasan sekitar, Wan Rosdy berkata, JPNP sentiasa melaksanakan penguatkuasaan bagi membanteras penjenayah alam sekitar yang melakukan pencerobohan haram dalam hutan simpan.
Ujarnya, antara usaha yang dilaksanakan ialah dengan memantau kawasan hutan menggunakan satelit bagi mendapatkan imej-imej terkini.
"Selain itu, pemantauan secara langsung menggunakan helikopter bagi melihat pembukaan kanopi pokok dalam kawasan hutan turut dilakukan di samping menjalankan risikan dan pemantauan di lapangan oleh kakitangan penguatkuasaan.
"Pelaksanaan operasi bersepadu bersama unit penguatkuasaan bersepadu negeri dilakukan bagi mengelak berlakunya penerokaan haram dan pembakaran terbuka di tanah kerajaan dan tanah milik," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, pasukan elit penguatkuasaan negeri telah ditubuhkan bagi membanteras aktiviti perlombongan haram, penebangan hutan yang tidak terkawal dan pencerobohan tanah.
"Pada tahun lalu, JPNP merekodkan sebanyak 57 kes melibatkan penerokaan hutan untuk mengambil hasil hutan dan juga bagi tujuan penerokaan untuk pertanian.
"Semua kes ini telah dibuka kertas siasatan berdasarkan peruntukan kuasa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 pindaan 1993," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/04/kejadian-banjir-besar-yang-berlaku-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Bentong Walau Pun Ada Buku Forensik Aktivis Tetap Bertegas Balak Antara Puncanya

Banjir Bentong Walau Pun Ada Buku Forensik Aktivis Tetap Bertegas Balak Antara Puncanya

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 133 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menolak kenyataan yang di buat oleh Kerajaan Pahang bahwa kejadian banjir besar yang berlaku di Bentong pada pertengahan Disember tahun lalu tiada kaitan langsung dengan isu pembala...
Isu Rasuah Tok Mat Dan Isu Derma Rm2 6 Bilion

Isu Rasuah Tok Mat Dan Isu Derma Rm2 6 Bilion

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 205 hits
Rakyat Malaysia keliru tentang isu sebenar yang berkaitan dengan kes rasuah Tok Mat dan derma RM2 6 bilion dari Putera Arab Saudi
Nak Dia Duduk Atas Riba Saya Dsv Tampil Penjelasan Isu Pembantu Rumah Makan Di Meja Berlainan

Nak Dia Duduk Atas Riba Saya Dsv Tampil Penjelasan Isu Pembantu Rumah Makan Di Meja Berlainan

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 180 hits
Jutawan kosmetik Dato Seri Vida tampil memberikan penjelasan selepas terdapat netizen yang mempersoalkan dirinya yang tidak makan bersama dengan pembantu rumah sewaktu berbuka puasa kerana tidak setaraf
Sprm Ambil Dokumen Berhubung Isu Jual Tanah Lapangan Terbang

Sprm Ambil Dokumen Berhubung Isu Jual Tanah Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 257 hits
hmetro com myMohd Fauzi MohamadSeri Iskandar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah mendapatkan dokumen berhubung isu penjualan tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar di sini daripada beberapa jabatan ber...
Isu Tanah Lapangan Terbang Yang Dijual Tiada Keperluan Umno Buat Report Polis Sprm Saarani

Isu Tanah Lapangan Terbang Yang Dijual Tiada Keperluan Umno Buat Report Polis Sprm Saarani

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 131 hits
perakinsights com Saya tak akan menari ikut gendang orang kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak supaya beliau dan UMNO membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung isu penjual...
Jangan Poltikkan Isu Keselamatan Penerbangan Awam

Jangan Poltikkan Isu Keselamatan Penerbangan Awam

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 458 hits
Insiden MH2664 Penumpang mohon siasatan telus laporan dikeluarkan April 9 2022 Malaysia Airlines sebelum ini mengesahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik ke KLIA selepas menghadapi isu teknikal TAWAU Tiga penumpang yang menaiki pe...
Isu Jual Tanah Lapangan Terbang Sprm Sahkan Terima Laporan Rasmi Dari Asmuni

Isu Jual Tanah Lapangan Terbang Sprm Sahkan Terima Laporan Rasmi Dari Asmuni

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 176 hits
April 6 2022 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung penjualan tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar Perak Tengah Pengarah SPRM Perak Dat...
Kemnaker Bahas Teknis Ewg Ii Dan Isu Prioritas 4

Kemnaker Bahas Teknis Ewg Ii Dan Isu Prioritas 4

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 178 hits
Dalam rangka mendukung pelaksanaan Employment Working Group G20 Kementerian Ketenagakerjaan melakukan persiapan teknis Employment Working Group Il di Jakarta Selasa
Kerajaan Beri Penjelasan Isu Alam Sekitar Elak Pembangkang Guna Fakta Tidak Tepat Pru 15

Kerajaan Beri Penjelasan Isu Alam Sekitar Elak Pembangkang Guna Fakta Tidak Tepat Pru 15

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 173 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang akan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai bencana banjir yang berlaku baru baru ini bagi mengelakkan pembangkang menggunakan persepsi tidak tepat menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Exco Pelancongan Kebudayaan Ala...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun