Banjir Bentong Walau Pun Ada Buku Forensik Aktivis Tetap Bertegas Balak Antara Puncanya




KUANTAN -  Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menolak kenyataan yang di buat oleh Kerajaan Pahang, bahwa kejadian banjir besar yang berlaku di Bentong pada pertengahan Disember tahun lalu, tiada kaitan langsung dengan isu pembalakan di Hutan Simpan Lentang.
Terdahulu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendakwa hasil semakan mendapati berlaku kejadian kepala air di Karak yang bermula di Hutan Simpan Lentang akibat hujan lebat berterusan.

https://www.sinarharian.com.my/article/195865/EDISI/Banjir-di-Bentong-tiada-aktiviti-pembalakan-MB
Beliau menjelaskan fakta ini tepat berdasarkan data taburan hujan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mencatatkan bacaan purata 155 milimeter pada 18 Disember lalu yang dikategorikan sebagai sangat lebat.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) juga katanya melakukan tinjauan melalui udara dan mengesahkan tiada sebarang aktiviti pembalakan dijalankan di Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan dan tanah milik di kedua-dua lokasi.

https://www.sinarharian.com.my/article/196234/EDISI/Penjelasan-isu-alam-sekitar-elak-pembangkang-guna-fakta-tidak-tepat
Kerajaan Pahang juga menjalankan satu kajian forensik berkenaan kejadian banjir puing yang berlaku di Daerah Bentong apabila didapati ratusan runtuhan tanah dan pokok-pokok di sepanjang laluan terbabit.
Kesemua bukti dan fakta telah direkodkan di dalam buku laporan forensik yang diedarkan kepada semua wakil rakyat pada sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang.
Wan Rosdy berkata, Hutan Simpan Lentang di Sungai Kerau seluas 30 hektar terbabit juga telah dijadikan petak High Conservation Value Forest (HCVF) sejak 2012.
Mengulas lanjut perkara itu, Shukri hari ini berkata beliau menolak laporan dan kenyataan yang dibuat tersebut. Dalam pada itu beliau turut bersetuju dengan beberapa laporan yang berkaitan dengan 'kepala air' akibat puing atau 'debris flow' yang berlaku di sesetengah tempat. Namun, bagi lokasi yang lain beliau tetap mengatakan pengondolan hutan yang berleluasa menjadi punca banjir lumpur dasyat yang melanda di Sungai Kerau, Sungai Telemong dan Sungai Perdak.

Bukti, kayu balak bergergaji yang sudah pun dipotong di Sungai Perdakhttps://www.facebook.com/photo?fbid=730243181689594&set=pcb.730241681689744
Bukti nyata sehari selepas hari kejadian, kayu balak yang bergergaji https://www.facebook.com/photo.php?fbid=669589611088285&set=pb.100041117561549.-2207520000..&type=3
Bukti, kayu balak yang sudah dipotong-potong di Sungai Perdak. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=682626016451311&set=pb.100041117561549.-2207520000..&type=3
"Saya menjadi saksi, dan beberapa kali ke lokasi untuk melihat sendiri kejadian. Amat jelas sekali ada timbunan kayu balak hanyut yang bergelimpangan di merata tempat termasuk di Kampung Baru Sungai Perdak, Jambatan Telemong dan berhampiran stesyen timbang JPJ Karak," dakwa beliau.

Bukti, kayu balak bergelimpangan dekat stesen timbang JPJ Karakhttps://www.facebook.com/photo?fbid=730243218356257&set=pcb.730241681689744
"Ini adalah fakta dan tidak boleh semudah itu dinafikan oleh kerajaan Pahang. Rakyat menyaksikan semua adengan ini, malah terdapat banyak gambar dan video yang telah tersebar di media sosial sejak awal kejadian yang meragut enam nyawa di Jambatan Telemong, tidak termasuk tiga nyawa di Janda Baik (kepala air)." tambahnya. 

Bukti, Shukri bergambar di atas timbunan kayu balak di Sungai Perdakhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=730117975035448&set=pb.100041117561549.-2207520000..&type=3
Menurut beliau lagi, kerajaan boleh menerbitkan buku forensik dan mengadakan seminar berkaitan untuk dihidangkan kepada sebahagian rakyat, terutamanya kakitangan awam yang sudah semestina terpaksa bersetuju dengan apa yang dinyatakan.

Cantik, kayu balak bergergaji sudah dipotong dihanyutkan banjir lumpurhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=675991390448107&set=pb.100041117561549.-2207520000..&type=3
Cantik, kayu balak bergergaji sudah dipotong dihanyutkan banjir lumpurhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=675991333781446&set=pb.100041117561549.-2207520000..&type=3
"Namun, majoriti rakyat tetap melihat sebaliknya. Malah, bukti-bukti kayu balak hayut juga turut disokong dengan notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) sendiri yang memberi tempoh kepada pemilik balak untuk menuntut hak masing-masing, beberapa hai selepas kejadian tersebut.
Bukti, ada notis tuntutan yang ditampal pada kayu balak bergelimpanganhttps://www.facebook.com/photo?fbid=730243258356253&set=pcb.730241681689744"Jika kayu tersebut bukan balak, kenapa sampai perlu keluarkan notis dan di tampal di stesen timbang JPJ Karak, Jambatan Telemong dan Kampung Baru Sungai Perdak?. Bukankah ini bermakna, kerajaan sendiri mengesahkan ia adalah kayu balak hanyut. Hanyut dari mana, kalau bukan dari atas bukit. Siap dipotong-potong dan bergergaji. Mana mungkin kepala air sampai boleh memotong balak itu," kata aktivis terbabit.

Bukti, inilah gambar notis tuntutan kayu balak  yang ditampal ituhttps://www.facebook.com/photo?fbid=730241665023079&set=pcb.730241681689744
Justeru, beliau menggesa siasatan yang lebih rapi dengan melibatkan pihak yang bebas, berkecuali dan tiada kepentingan dengan kerajaan negeri dibuat segera.


"Apa guna buku forensik dan seminar, jika semua yang terlibat adalah pihak yang memang agensi kerajaan negeri itu sendiri. Mana mungkin, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melaporkan kesalahan mereka dalam buku laporan tersebut. Ini bukan soal kelulusan atau sebaliknya, tapi apa yang lebih utama ialah integriti untuk melaporkan kebenaran yang sudah disaksikan oleh seluruh rakyat semasa hari kejadian.


Jentolak alihkan timbunan kayu balak hanyut di Jambatan Telemonghttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=673393554041224&set=pb.100041117561549.-2207520000..&type=3
"Ini bukan masa untuk merosakkan minda rakyat dengan menafikan sepenuhnya apa yang mereka lihat di depan mata. Ini zaman teknologi maklumat, bukan zaman TV hitam putih. Sata bersetuju ada tempat yang dilanda kepala air, namun usah sembunyikan fakta ada tempat yang dilanda balak-balak hanyut. Adakah kerajaan fikir, balak-balak itu datangnya dari alam ghaib. negeri bunian atau planet pluto?. Maka dengan mudah menafikan sepenuhnya. Sepatutnya tubuhkan Suruhanjaya Bebas buat siasatan yang lebih telus dan adil untuk bongkar segalanya," tambah Shukri lagi.


Beliau turut terkilan kerana tidak dapat berada dalam Sidang DUN Pahang untuk menjawab dan mendedahkan segala bukti itu, kerana dia bukan wakil rakyat. Namun, sebagai aktivis beliau terpanggil untuk menyatakan kebenaran, biarpun bertentangan dengan jawapan yang diberikan oleh kerajaan itu sendiri.
"Saya konsisten, sejak dari awal lagi menyatakan banjir yang melanda ada kaitan langsung dengan penyalahgunaan tanah di kawasan tanah tinggi Bentong. Ia bukan sahaja melibatkan aktiviti pembalakan, malahan juga mungkin pertanian dan perumahan. 
"Saya ada mendengar projek bernilai jutaan ringgit yang sedang dibina, sudah pastilah hutan dan pokok balak ditebang untuk tujuan tersebut. Bila berlaku pengondolan berskala besar, maka kelestarian alam sekitar rosak dan tadahan hujan juga musnah. Inilah yang menyebabkan banjir lumpur dasyat melanda sebenarnya. Kenapa susah sangat nak nyatakan kebenaran hakiki yang mana hanya Allah sahaja lebih mengetahuinya," katanya lagi.
Kenyataan beliau ini, mungkin tidak dapat diterima oleh pihak kerajaan. Namun perlu ada 'check and balance' dalam penyampaian maklumat isu ini, agar rakyat marhaen yang terkesan dengan banjir lumpur tidak dimomokkan dengan satu maklumat sahaja. Kebebasan bersuara itu penting dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. #pahangdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/04/banjir-besar-di-bentong-ada-buku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Banjir Besar Yang Berlaku Di Bentong Tiada Kaitan Langsung Dengan Isu Pembalakan

Tragedi Banjir Besar Yang Berlaku Di Bentong Tiada Kaitan Langsung Dengan Isu Pembalakan

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 161 hits
KUANTAN Kejadian banjir besar yang berlaku di Bentong pada pertengahan Disember tahun lalu tiada kaitan langsung dengan isu pembalakan di Hutan Simpan Lentang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata hasil semakan mendapati ber...
Perbezaan Antara Baru Dengan Baharu

Perbezaan Antara Baru Dengan Baharu

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 165 hits
Memartabatkan Bahasa Melayu Bil 5 2022 BMKPM Munsyi Md Rasul bin Haron Baru ialah kata bantu manakala baharu ialah kata adjektif Baru kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris membawa maksud just manakala baharu pula membawa maksud new Dalam e...
Imam Berjubah Antara 8 Mat Rempit Ditahan

Imam Berjubah Antara 8 Mat Rempit Ditahan

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 225 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang imam di sebuah masjid di Rantau Panjang Klang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan awal pagi tadi Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatku...
Roti John Charcoal Bomboloni Angin Antara Ragam Ramadan 2022 Yang Menjadi Bualan Netizen

Roti John Charcoal Bomboloni Angin Antara Ragam Ramadan 2022 Yang Menjadi Bualan Netizen

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 279 hits
Di tahun 2022 banyak kejadian yang ditularkan netizen dan mendapat perhatian ramai di media sosial Antaranya keadaan di bazar ramadan yang dikatakan banyak makanan yang naik harga tapi hasil tidak seperti yang diharapkan ada roti john charc...
Kemerahan Bengkak Atau Bernanah Antara Tanda Jahitan Czer Terbuka

Kemerahan Bengkak Atau Bernanah Antara Tanda Jahitan Czer Terbuka

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 204 hits
Perkara yang paling membimbangkan bagi mereka yang bersalin secara pembedahan adalah luka czer terbuka kembali Tetapi apakah tanda tandanya ya Jom teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya Penjagaan ...
Sungai Itu Banyak Buaya Jkr Miri Kata Faktor Keselamatan Antara Punca Kos Projek Bina Jeti Rm50 000

Sungai Itu Banyak Buaya Jkr Miri Kata Faktor Keselamatan Antara Punca Kos Projek Bina Jeti Rm50 000

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 272 hits
Susulan projek pembinaan jeti kayu bernilai RM50 000 di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Miri dipertikaikan netizen jabatan berkenaan tampil memberi penjelasannya JKR Miri berkata kos RM50 000 tersebut antaranya termasuk kos logistik selain...
Antara Sri Lanka Malaysia

Antara Sri Lanka Malaysia

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 344 hits
ANTARA SRI LANKA MALAYSIA 1 Dua tiga minggu ini masyarakat antarabangsa dikejutkan dengan isu kemelesetan ekonomi Sri Lanka yang makin meruncing 2 Stok makanan di Sri Lanka berkurang kerana majoritinya diimport harga barang naik mendadak da...
Aksi Lelaki Dipercayai Meraba Antara Langsir Pemisah Ruang Solat Wanita Terima Kecaman Netizen

Aksi Lelaki Dipercayai Meraba Antara Langsir Pemisah Ruang Solat Wanita Terima Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 165 hits
Tular di media sosial video seorang lelaki dipercayai cuba mengambil kesempatan terhadap jemaah wanita ketika menunaikan solat di masjid Namun tindakan lelaki berkenaan berjaya dirakam oleh seorang gadis dikenali sebagai Zuhaila Zainal dan ...
If Hannah Yeoh Can Be Mistaken As Ytl S Daughter Yeo Bee Yin Will Soon Become Michelle Yeoh S

From Wef To Asean Leveraging Davos Insights For Regional Progress

Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Pas S Gaffes Could Lead To Public Disgust Says Analyst

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Sate Sungai Melaka Mee Rebus Dan Rojak 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord

Nama Lain Gula Dan Tips Kawal Pengambilan Gula

Kelebihan Derma Darah Panduan Dan Manfaat Khas Untuk Penderma

A Little Laughter Goes A Long Way A Chat With Drew From Bixby Moto