Isu Tanah Lapangan Terbang Yang Dijual Tiada Keperluan Umno Buat Report Polis Sprm Saarani


perakinsights.com
April 10, 2022 10:35 am
“Saya tak akan menari ikut gendang orang,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak supaya beliau dan UMNO membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang antarabangsa seluas 188 hektar di Seri Iskandar.

Saarani menegaskan tiada keperluan bagi beliau atau UMNO membuat laporan kerana satu laporan sudah memadai untuk pihak berkuasa memulakan siasatan, khususnya berkenaan isu tersebut.

“Untuk membolehkan mana-mana agensi melakukan siasatan, memadai satu laporan (polis atau SPRM).

“Saya lihat sudah ramai yang membuat laporan , sudah tentu pihak polis dan SPRM akan membuat siasatan berdasarkan laporan itu.

“Jika pihak yang bertanggungjawab ingin buat apa-apa siasatan maka kerajaan negeri dan agensinya tidak akan sekali-kali melindunginya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Belia Perak Bertadarus dan Dasar Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) negeri Perak, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Khairul Shahril Mohamed dan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Mazlan Mohamad.

Dalam pada itu, Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak menjelaskan, terpulang kepada mana-mana pihak untuk membuat sebarang tanggapan terhadap pendiriannya tidak membuat laporan berhubung isu berkenaan.

Ia berikutan timbul beberapa spekulasi bahawa pentadbiran kerajaan negeri terlibat dengan isu tersebut.

“Sekarang ini peringkat semua orang nak mengambil bahagian dan mendapat perhatian.

“Yang penting kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan, kita percaya dan yakin mereka akan buat siasatan secara telus,” katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan negeri juga menyerahkan sepenuhnya keputusan membatalkan Kebenaran Merancang (KM) kepada Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai isu itu.

Semalam, bekas Exco ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), Howard Lee Chuan How berkata Saarani dan UMNO negeri wajar membuat laporan mengenai isu penjualan tanah lapangan terbang antarabangsa itu.

Howard juga mahu isu berkenaan diselesaikan secara tuntas, demi keadilan untuk rakyat Perak.

Selain itu, empat bekas exco kerajaan negeri tampil membuat laporan di pejabat SPRM Perak supaya satu siasatan lengkap dilakukan terhadap pihak yang terbabit di dalam penyalahgunaan kuasa berhubung isu tersebut.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/isu-tanah-lapangan-terbang-yang-dijual.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asmuni Tempelak Saarani Jawab Isu Tanah Lapangan Terbang Seri Iskandar Di Luar Sidang Dun

Asmuni Tempelak Saarani Jawab Isu Tanah Lapangan Terbang Seri Iskandar Di Luar Sidang Dun

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 214 hits
April 2 2022 Penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar Perak Tengah di luar pengetahuan anggota exco kerajaan negeri ketika pentadbiran Pakatan Harapan Pengerusi Amanah Perak Datuk Asmuni Awi berkata semasa beliau menjadi exco keraj...
Sprm Ambil Dokumen Berhubung Isu Jual Tanah Lapangan Terbang

Sprm Ambil Dokumen Berhubung Isu Jual Tanah Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 299 hits
hmetro com myMohd Fauzi MohamadSeri Iskandar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah mendapatkan dokumen berhubung isu penjualan tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar di sini daripada beberapa jabatan ber...
Isu Jual Tanah Lapangan Terbang Sprm Sahkan Terima Laporan Rasmi Dari Asmuni

Isu Jual Tanah Lapangan Terbang Sprm Sahkan Terima Laporan Rasmi Dari Asmuni

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 224 hits
April 6 2022 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung penjualan tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar Perak Tengah Pengarah SPRM Perak Dat...
Pemuda Ph Perak Lapor Polis Isu Jual Tanah Lapangan Terbang

Pemuda Ph Perak Lapor Polis Isu Jual Tanah Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 207 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 4 2022 2 11 PMPemuda PH Perak tampil membuat laporan polis susulan pendedahan mengenai isu penjualan tanah lapangan terbang yang dibangkitkan pada sidang dewan undangan negeri baru baru ini Ketua Pemuda PH Pe...
Saarani Sahkan Dakwaan Asmuni Tanah Lapangan Terbang Seri Iskandar Diberi Pada Pknp Semasa Zambry Jadi Mb

Saarani Sahkan Dakwaan Asmuni Tanah Lapangan Terbang Seri Iskandar Diberi Pada Pknp Semasa Zambry Jadi Mb

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 260 hits
April 1 2022 Kerajaan Perak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat mengenai penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar jika terdapat laporan yang dibuat berhubung perkara tersebut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Moh...
Tu Dia Kita Takut Negara Ini Pun Kena Juai Kah Kah Kah Pemuda Ph Lapor Tanah Lapangan Terbang Dijual

Tu Dia Kita Takut Negara Ini Pun Kena Juai Kah Kah Kah Pemuda Ph Lapor Tanah Lapangan Terbang Dijual

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 204 hits
Pemuda PH Perak lapor polis tanah lapangan terbang dijual April 4 2022 Mohamad Hairul Amir Sabri menunjukkan laporan polis dibuat hari ini Turut hadir Ketua Pemuda DAP Perak Chaw Kam Foon dan Ketua Pemuda Amanah Perak Khairol Najib Hashim P...
Tapak Lapangan Terbang Seri Iskandar Sudah Dijual

Tapak Lapangan Terbang Seri Iskandar Sudah Dijual

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 261 hits
hmetro com myDatuk Seri Saarani Mohamad FOTO L MANIMARANBota Kerajaan negeri Perak mengesahkan tanah untuk tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar di sini sudah dijual kepada sebuah syarikat swasta Menteri Be...
Lepas Kutuk Ph Isu Sosma Umno Puji Dan Ajak Sokong Akta Antilompat

Lepas Kutuk Ph Isu Sosma Umno Puji Dan Ajak Sokong Akta Antilompat

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 195 hits
agendaily com30 3 2022Selepas kutuk PH Zahid Hamidi ajak parti dipengerusikan cikgunya Anwar Ibrahim berganding bahu menyokong akta anti lompat parti dengan alasan BN dan PH sama sama merasai ada Ahli Parlimen yang keluar dan menyertai part...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka

Lirik Lagu Terbaru 2025 Hanya 1 Jalan

Trippy Bros Elevate Your Mind Embrace The Journey

Telur Dadar Rangup Dan Kematian Tidak Terima Alasan