Trackeasy Aplikasi Pembungkusan Pintar Pertama Malaysia Friso Gold Buat Mak Ayah Rasa Yakin
So apa nasihat/solution terbaik yg Cikgu blh share kpd dua2 pihak iaitu murid/parents & cikgu.Jika anda memilih susu Friso Gold, anda tidak perlu khuatir kerana Aplikasi Pembungkusan Pintar yang dilancarkannya bakal memberi jawapan kepada semua persoalan anda.
Aplikasi pembungkusan pintar yang pertama di Malaysia iaitu TrackEasy yang diperkenalkan oleh Friso Gold ini telah dilancarkan untuk membolehkan ibu bapa di Malaysia mengakses ketelusan mengenai kesahihan, keselamatan, dan kualiti produk jenama susu tepung yang dirumuskan untuk ibu hamil (Frisomum Gold) hingga kanak-kanak (Friso Gold Langkah 3 & 4).
Bukan itu sahaja malah teknologi TrackEasy ini membolehkan ibu bapa memantau kesahihan, keselamatan, dan kualiti produk dari tin Friso Gold yang dibeli oleh mereka. Friso Gold dan aplikasi TrackEasy ini sebenarnya diinovasikan berdasarkan kepakaran tenusu Belanda FrieslandCampina selama 140 tahun dengan kelebihan kawalan rantaian penuh.
Aplikasi ini memberi maklumat khusus kepada ibu bapa mengenai penternakan tenusu, pengumpulan susu, proses pengeluaran, kualiti audit, pembungkusan, dan eksport. Ketelusan maklumat yang diberikan kepada ibu bapa mengenai produk susu formula memberi mereka keyakinan dalam membuat keputusan yang tepat untuk anak-anak mereka.
Apa yang ibu bapa perlu lakukan mudah sahaja, hanya dengan mengimbas kod QR di bahagian bawah tin 900g, ibu bapa dapat mengakses maklumat masa nyata dari ladang ke troli. Aplikasi ini memaparkan aktiviti audit lembu dan ladang, bila susu dikumpulkan dari ladang, bila pembungkusan dijalankan serta menyatakan jenis pemeriksaan kualiti yang dilakukan.
Aplikasi ini juga menunjukkan maklumat penghantaran dari Belanda ke Malaysia. Menarik bukan? Jadi tidak perlulah ibu bapa risau mengenai susu yang dipilih untuk anak-anak.
Pencarian Top 50 Friso Gold
Bukan itu sahaja malah kata Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Malaysia (DLMI) Tarang Gupta berkata, kod QR TrackEasy membolehkan ibu bapa menelusuri perjalanan lengkap produk Friso Gold bermula dari ladang di Belanda, berasa lebih yakin dengan kesahihan, keselamatan dan kualiti Friso Gold, dimana penekanan keselamatan makanan diambil kira pada setiap peringkat. Ini memberi jaminan kepada semua ibu tentang bagaimana Friso Gold dibuat iaitu hanya dengan menggunakan kualiti terbaik.
“Di Friso Gold, kami dapat mencipta pengalaman unik ini kerana kami memiliki lebih dari 11,000 ladang dan mempunyai kawalan penuh terhadap satu proses pembuatan lengkap dari rumput ke gelas,” katanya lagi.
Bukan itu sahaja, sempena dengan pelancaran Friso Goldd TrackEasy, FrieslandCampina dan DLMI menganjurkan pencarian Top 50 Friso Gold TrackEasy Mombassador dimana 50 ibu bertuah berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM5,000 dan 6 pek produk Friso Gold.
Untuk menyertai pertandingan ini, peserta perlu membeli produk Friso Gold dengan ciri TrackEasy baru dari Friso Gold Official stores @ Shopee atau Lazada ataupun kedai-kedai tersenarai.
Peserta perlu mengimbas kod QR dan menghantar foto / video pengalaman menggunakan TrackEasy sebelum peraduan berakhir pada 16 Ogos 2020 ini. Utuk mengetahui lebih lanjut, layari https://www.frisogold.com.my/mombassador
The post TrackEasy, Aplikasi Pembungkusan Pintar Pertama Malaysia Friso Gold Buat Mak Ayah Rasa Yakin! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/trackeasy-aplikasi-pembungkusan-pintar-pertama-malaysia-friso-gold-buat-mak-ayah-rasa-yakin/