Townhall Session With Chairman
Assalamualaikum...
Townhall semalam mungkin dah berakhir, tapi semangat yang dibawa masih terasa. Harapnya akan ada lagi sesi begini supaya kita terus bergerak bersama ke arah masa depan syarikat..Semalam jugak kami diwajibkan pakai Uniform Office..Nasib baik masih muat..jarang pakai sebenarnya..pakai untuk event penting je.
Sebaik masuk dewan, terus terasa vibe semangat tu. Semua hadir dengan senyuman, ada yang sempat borak sambil tunggu sesi bermula. Bila Chairman masuk dan naik ke pentas, terus dewan sunyi semua fokus nak dengar apa mesej yang dibawakan
Antara point penting yang beliau sentuh ialah tentang teamwork dan future direction syarikat. SA suka bila beliau cakap, “kejayaan kita ni bukan kerja seorang, tapi hasil usaha semua yang ada dalam keluarga besar syarikat.” Simple, tapi betul-betul menusuk hati. Rasa bangga pulak jadi sebahagian daripada team
Lepas sesi penyampaian, ada juga Q&A masa ni memang happening sebab ramai ambil peluang tanya soalan. Ada juga moment lawak bila Chairman selitkan jokes ringan, dan dewan pun bergema dengan gelak tawa
Top management

Our Chairman
Our new GCEO
Part paling best mestilah bila semua staff ambil peluang untuk networking & photo session. Tak lupa juga jamuan ringan walaupun simple, tapi moment makan sambil borak dengan colleagues tu yang buat event rasa lebih santai
Secara peribadi, SA rasa sesi macam ni memang penting. Selain dapat update terus daripada Chairman, kita juga rasa lebih rapat dan dihargai sebagai sebahagian daripada syarikat. Harapnya Townhall macam ni diadakan dengan lebih kerap, sebab ia bukan sekadar sesi formal, tapi juga jadi platform untuk kita recharge semangat
Semalam bukan sekadar event, tapi pengalaman yang mengingatkan SA kenapa SA bangga berada dalam keluarga besar syarikat ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2025/09/townhall-session-with-chairman.html