Total Lockdown Bukan Penyelesaian Virus Sudah Berada Dalam Komuniti Masidi


Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, menyekat pergerakan orang bukan lagi jalan keluar dari situasi kini dan ia tidak lagi berkesan untuk menahan jangkitan dalam komuniti.


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan total lockdown bukan satu penyelesaian kepada masalah jangkitan COVID-19 yang terus meningkat di negeri itu sejak kebelakangan ini.

Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia sekadar satu kaedah yang boleh dipertimbangkan namun bukan satu-satunya jalan keluar kepada peningkatan kes positif ketika ini.

Tegas Masidi, hal ini kerana virus COVID-19 kini sudah berada dalam komuniti dan ia semakin mudah menjangkiti dan dijangkiti.

"Apabila virus sudah berada dalam komuniti, total lockdown bukan lagi kaedah yang berkesan untuk mengekang penularan ini.

“Setiap daripada kita berkemungkinan sudah menjadi pembawa virus tidak kira sama ada sudah divaksin atau sebaliknya dan kita boleh menjangkiti orang sekeliling walaupun negara ketika ini masih berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujarnya, kunci utama melawan pandemik ini adalah menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang berterusan selain meningkatkan kadar vaksinasi.
“Sebelum ini total lockdown adalah kaedah yang berkesan kerana jangkitan berlaku dalam kawasan yang terhad, namun kini virus sudah berada dalam komuniti,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

Masidi menambah, menerusi saringan secara besar-besaran yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) membuktikan saringan kontak rapat menyumbang kepada kes positif tertinggi di negeri itu.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, ia selepas 60 peratus daripada kes positif yang dilaporkan pada Jumaat dikesan menerusi kumpulan tersebut.

“Kontak rapat ini pula ada jaringan kawan-kawan mereka sendiri (circle of friends). Mereka mungkin telah menjangkiti kawan-kawan mereka yang lain juga.

"Ini mengakibatkan bilangan kes harian berganda, iaitu kesan ‘multiplier effect’. Hasilnya bilangan positif baharu semakin meningkat kerana semakin luas medan saringan yang dibuat oleh JKNS," tambahnya lagi.

Tambah Masidi, pendekatan total lockdown atau PKPD secara berterusan hampir melumpuhkan ekonomi negeri hingga menyebabkan banyak syarikat gulung tikar atau rugi besar dan ramai penduduk hilang punca pendapatan serta bergantung kepada bantuan kerajaan.

“Mereka mahu berkerja semula untuk menyara keluarga mereka. Kemampuan kerajaan untuk terus memberi bantuan dan subsidi sudah terhad. Kita perlu mengimbangi hidup dan kehidupan dan ini tidak boleh dibuat dengan pendekatan lockdown atau PKPD semata mata,” katanya.

Selain itu, ujarnya, kunci utama melawan pandemik ini adalah menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang berterusan selain meningkatkan kadar vaksinasi.

Ini kerana, pematuhan SOP secara berdisiplin boleh membantu mengelak seseorang daripada dijangkiti COVID-19 manakala vaksin pula berupaya menghindari seseorang daripada mengalami gejala atau kesan yang teruk sekiranya dijangkiti.

Justeru, kata Masidi, bekalan vaksin yang mencukupi perlu diberikan kepada Sabah selain jadual penghantarannya juga mestilah konsisten tanpa sebarang gangguan.

“Kapasiti JKNS untuk memberi vaksin sudah sampai ke tahap 50,000 dos sehari dan akan dipertingkatkan lagi hingga ke 60,000 dos sehari bergantung kepada stok vaksin kita.

“Apa yg perlu ialah bekalan vaksin yang cukup dan jadual penghantaran ke Sabah yang tidak terganggu,’’ tambahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/total-lockdown-bukan-penyelesaian-virus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Royal Canin Encourages Pet Owners To Plan Vet Visits In Advance During Total Lockdown

Royal Canin Encourages Pet Owners To Plan Vet Visits In Advance During Total Lockdown

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 442 hits
Hi Everyone The human pet relationship is an unspoken bond beyond a relationship and companionship As much as we can get smitten with their cuteness pet owners have a responsibility to keep their pets safe healthy and happy To encourage goo...
Sabah Tumpu Vaksinasi Tidak Pertimbang Total Lockdown

Sabah Tumpu Vaksinasi Tidak Pertimbang Total Lockdown

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 275 hits
Jurucakap rasmi Covid 19 Sabah Masidi Manjun Kerajaan Sabah tidak akan mempertimbangkan untuk melaksanakan pendekatan penutupan penuh tetapi akan menumpukan untuk meningkatkan vaksinasi dalam menangani peningkatan jumlah kes Covid 19 di neg...
Hukum Menelan Darah Yang Berada Di Dalam Mulut Ketika Solat

Hukum Menelan Darah Yang Berada Di Dalam Mulut Ketika Solat

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 286 hits
Assalamualaikum semua salam Jumaat yang berkah Hukum Menelan Darah Yang Berada Di Dalam Mulut Ketika Solat Mama terbaca tentang Hukum Menelan Darah Yang Berada Di Dalam Mulut Ketika Solat melalui website mufi Wilayah Persekutuan Mama sendir...
Sop Diperketat Tempoh Berada Di Ppv Disingkat

Sop Diperketat Tempoh Berada Di Ppv Disingkat

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 193 hits
AGENDA DAILY Lokasi hentian menurunkan penerima vaksin di PPV Axiata Arena Bukit Jalil Gambar Agenda Daily Prosedur operasi standard di pusat pemberian vaksin terutama yang berskala mega diperketat sementara sistem pengisian borang persetuj...
Hiburan Yang Kaya Tu Dia Kahwin Dengan Lelaki Berada Elvina Pilih Untuk Berdikari

Hiburan Yang Kaya Tu Dia Kahwin Dengan Lelaki Berada Elvina Pilih Untuk Berdikari

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 238 hits
Meskipun mempunyai suami yang kukuh dari segi kewangan pelakon Elvina Mohamad memberitahu bahawa perkara tersebut tidak boleh dijadikan tiket untuk wanita goyang kaki dan terlalu selesa dengan kehidupan Katanya lagi kaum wanita harus pintar...
Hiburan Hanya Berada Di Rumah Aeril Zafrel Dedah Positif Covid 19 Buat Kali Kedua

Hiburan Hanya Berada Di Rumah Aeril Zafrel Dedah Positif Covid 19 Buat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 510 hits
Semakin risau apabila saban hari kian meningkat jumlah kes COVID 19 Malah jumlah harian kini hampir mencecah 20 000 kes sekaligus mencetuskan rasa bimbang dalam hati penduduk rakyat Malaysia ARTIKEL BERKAITAN Jaga Pengurus Demam Aeril Zafre...
Permintaan Risiko Lemah Dan Mata Wang Komoditi Masih Berada Di Bawah Tekanan Gambaran Keseluruhan Usd Nzd Dan Aud

Permintaan Risiko Lemah Dan Mata Wang Komoditi Masih Berada Di Bawah Tekanan Gambaran Keseluruhan Usd Nzd Dan Aud

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 269 hits
Indeks saham utama AS berjaya menamatkan sesi di zon positif dan mengemas kini tahap tinggi sebelum mesyuarat Fed Hasil Perbendaharaan AS juga sedikit menurun setelah kejatuhan minggu lalu Namun masih terlalu awal untuk mengharapkan permint...
Marrybrown Eatalian Setiap Gigitan Bagaikan Berada Di Italia

Marrybrown Eatalian Setiap Gigitan Bagaikan Berada Di Italia

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 357 hits
AssallammualaikumHai semua apa khabar diharap korang dan kelurga di dalam keadaan sihat selalu Seperti mana tahu Covid sekarang semakin mengganas Sana sini kita lihat keluarga yang terjejas bukan sahaja kesihatan malah kewangan kerana Covid...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Hiburan Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan