Top Turboclean Ultra Concentrated Detergent Hanya Dos Kecil Cucian 5x Kuasa Cucian
TOP jenama pencuci No. 1 di Malaysia kini merevolusikan pengalaman mencuci pakaian apabila membuktikan bahawa cucian penuh kuasa didatangkan dalam pakej kompak menerusi pengenalan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent. Ia mampu memberikan 5X kuasa cucian dengan enzim turbo yang bertindak pantas untuk mengeluarkan kotoran lebih cepat menerusi satu penutup kecil sahaja.
Reka bentuk TOP TurboClean yang kompak nyata sepadan dengan formula ultra pekat yang ada di dalamnya. TOP telah menghasilkan Enzim Turbo yang bertindak pantas dengan 5X kuasa pembersihan bagi menghilangkan kotoran tersembunyi, terutamanya sebum dengan cepat dan efektif. Jadi, pakaian penuh yang dibasuh dengan mode basuhan ‘Quick Wash’ dapat dibersihkan secara lebih berkesan, sama seperti pakaian yang dibasuh menggunakan pencuci konvensional pada kitaran cucian penuh.
Teknologi cucian inovatif ini terdiri daripada satu formula yang lima kali lebih pekat berbanding pencuci pakaian lain. Ia juga menghapuskan air yang tidak perlu yang membuatkan kebanyakan cecair pencuci menjadi lebih cair.
Dengan pilihan kitaran cucian ‘Quick Wash’ yang lebih singkat tetapi tetap efektif, TOP TurboClean dapat menjimatkan banyak masa, penggunaan air dan tenaga elektrik. Jadi anda ada lebih banyak masa untuk diluangkan bersama orang tersayang, menikmati hobi serta “me-time’ dan “self-care” untuk diri sendiri disamping menikmati gaya hidup yang mesra alam.
Enzim Turbo di dalam TOP Turbo Clean membersih secara menyeluruh dengan kombinasi Multi-Surfaktan untuk “menyerang” dan melarutkan kotoran. Muti-enzim pula dapat menembusi jauh ke dalam gentian fabric untuk menguraikan kotoran manakala Polimer pula membantu mengeluarkan sebum serta menghalang kotoran daripada terbentuk semula.
Cecair pencuci ultra pekat masih tidak digunakan secara meluas di Malaysia. TOP sememangnya terkenal kerana inovasi termajunya demi memenuhi keperluan pengguna dan merevolusikan pengalaman mencuci pakaian. Dengan TOP TurboClean kami membuktikan bahawa innovasi yang hebat boleh didapati dalam saiz yang kecil & kompak tetapi dapat menambah baik rutin seharian dan gaya hidup pengguna secara signifikan.
Satu botol 900g cukup untuk 45 cucian dan dapat menjimatkan ruang di kawasan mencuci pakaian agar kelihatan lebih tersusun dan kemas. Rekaan penutup TOP TurboClean yang pintar mengurangkan risiko tumpahan atau melebihi had yang dicadangkan untuk satu cucian. 5X kuasa cucian dalam masa yang singkat, saiz botol TurboClean yang kompak. Selain itu, ia juga mempunyai semua kelebihan pencuci TOP sedia ada seperti anti-bau hapak, anti-debu hama dan anti sebum sebagai jaminan kehidupan yang lebih bersih dan sihat.
Ia sesuai untuk mesin basuh cucian atas dan hadapan, selain boleh digunakan dengan kitaran Quick Wash sekaligus memberikan kita lebih banyak masa bersama keluarga, rakan-rakan mahupun melakukan aktiviti kegemaran. Boleh didapati dalam dua varian, iaitu wangian segar Power Freshatau bau floral Power Bloom yang sensasi. Boleh didapati di seluruh negara dalam botol kompak 900gm pada harga RM20.15 sebotol. Manakala pek isian semula berharga RM16.45 bagi setiap pek.
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mamajue.com/2019/03/top-turboclean-ultra-concentrated.html