Nasib Peneroka Pekebun Kecil Tidak Lagi Terbela


WAN ROHIMI WAN DAUD

 
  SUDAH hampir setahun Pakatan Harapan memenangi PRU14 dan menjadi Kerajaan Persekutuan, sudah hampir setahun juga segala janji manis kepada peneroka dan pekebun kecil masih lagi tidak tertunai dan nasib mereka masih lagi tidak terbela
 Janji untuk melupuskan dan mengurangkan beban hutang peneroka, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat Felda dan menaiktaraf kehidupan peneroka masih lagi tidak nampak bayangnya. Lebih memeritkan lagi, harga minyak sawit jatuh teruk di pasaran global dan berkemungkinan berdepan dengan boikot daripada Kesatuan Eropah
 Kerajaan Pakatan Harapan seolah-olah tidak ada solusi ataupun tidak tahu bagaimana menyelesaikan permasalahan peneroka, pekebun kecil mahupun Felda. Sehingga ke hari ini tidak satu pun pelan jangka pendek mahupun jangka panjang yang dibentangkan sama ada kepada umum mahupun di Parlimen untuk direalisasikan. Jelas apa yang dihidangkan ketika PRU14 lalu hanya omogan kosong semata-mata dengan niat untuk memancing undi
 Apa yang berlaku sekarang menunjukkan Kerajaan Pakatan Harapan tidak kompetitif, tidak mempunyai kredibiliti dan keupayaan untuk menyelesaikan permasalahan Felda, peneroka, pekebun kecil dan yang berkaitan dengannya. Sepatutnya dengan masa yang sudah berlalu, Kerajaan Pakatan Harapan sudah mampu menyediakan sekurang-kurangnya satu pelan jangka pendek untuk meringankan beban peneroka, pekebun kecil dan sekurang-kurangnya mampu menyelesaikan masalah-masalah kecil yang berlaku di dalam Felda
 Minyak sawit yang berhadapan dengan kejatuhan harga yang teruk di pasaran dunia dan bakal diboikot oleh Kesatuan Eropah makin meresahkan peneroka dan pekebun kecil kerana ia akan menjejaskan pendapatan mereka. Ia juga bakal merencatkan pertumbuhan Felda kerana berdepan dengan pengucupan pendapatan yang agak besar serta menyukarkan Felda untuk merealisasikan pelan pemulihannya jika berdepan dengan kekurangan dana akibat pengucupan keuntungan
 Menteri Industri Utama sepatutnya mencari jalan penyelesaian dengan mencari pasaran baru bagi minyak sawit negara ataupun mengarahkan agensi di bawahnya untuk meningkatkan innovasi bagi mempelbagaikan kegunaan minyak sawit sebagai penyelesaian jangka pendek. Dalam keadaan sekarang Menteri Industri Utama sepatutnya cuba berunding dengan Kesatuan Eropah untuk mengelakkan minyak sawit keluaran negara diboikot ataupun tidak langsung di beli kerana jika berlaku, ianya akan menjejaskan puluhan ribu peneroka termasuk Felda sendiri
 Namun apa yang dapat dilihat hanyalah kempen yang boleh dianggap “political stunt“ oleh menteri terbabit seperti minum sesudu minyak sawit untuk kelihatan muda yang mana ia tidak mampu menyelesaikan permasalahan yang berlaku sekarang. Pakatan Harapan bukan lagi pembangkang, bertindaklah dengan menjadi Kerajaan seperti yang dijanji. Jangan hanya pandai berjanji namun satu pun tidak ditepati. Jelas, nasib peneroka dan pekebun kecil masih lagi tidak berubah bahkan makin parah. Tidak mustahil satu hari nanti Felda juga akan rebah menyembah bumi
 Sejahtera Bersama Islam *WAN ROHIMI WAN DAUD, Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah, Perumahan, Peneroka Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat.  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/nasib-peneroka-pekebun-kecil-tidak-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Beri Bantuan Kepada Risda Tapi Bukan Kami Soal Pekebun Kecil Getah Di Sabah

Kenapa Beri Bantuan Kepada Risda Tapi Bukan Kami Soal Pekebun Kecil Getah Di Sabah

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 391 hits
Pekebun kecil getah di Sabah mendakwa diabaikan kerajaan yang hanya memberi Bantuan Musim Tengkujuh kepada mereka di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong bersama...
Pekebun Kecil Terpaksa Ganda Tanaman Sawit Kata Persatuan

Pekebun Kecil Terpaksa Ganda Tanaman Sawit Kata Persatuan

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 434 hits
KUALA LUMPUR Kejatuhan harga sawit ternyata memberi kesan kepada pekebun kecil yang terpaksa menggandakan hasil tanaman sawit supaya dapat meraih pendapatan bagi menandingi pengusaha ladang kata Persatuan Kebangsaan Pekebun pekebun Kecil Ma...
Rm76 Untuk Mama Makan Reaksi Spontan Anak Menyentuh Hati Bertuahnya Dari Kecil Dah Memahami

Rm76 Untuk Mama Makan Reaksi Spontan Anak Menyentuh Hati Bertuahnya Dari Kecil Dah Memahami

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 536 hits
Dengan hanya usikan tidak disangka sangka si anak menyerahkan sejumlah wang untuk ibu tanpa berfikir panjang Ya Allah bertuahnya ibu ini mempunyai anak yang prihatin EQ si anak tinggi Gambar hiasan Perkongsian daripada ibu yang enggan diken...
Pecahkan Portion Kecil Kecil Bagi Makan Kerap Cara Ibu Ini Buat Berat Anaknya Naik Cantik

Pecahkan Portion Kecil Kecil Bagi Makan Kerap Cara Ibu Ini Buat Berat Anaknya Naik Cantik

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 429 hits
Biasanya menginjak usia 6 bulan anak belajar makan Bagaimanapun selepas mula pandai berjalan bukan main susah nak makan Terpaksa berkejar dulu barulah boleh suap Tu pun semangkuk makanan tak semestinya habis Paling risau bila nampak berat a...
Perbezaan Pendapat Dalam Pkr Isu Kecil Tidak Jejas Kempen Prk Rantau Anwar

Perbezaan Pendapat Dalam Pkr Isu Kecil Tidak Jejas Kempen Prk Rantau Anwar

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 283 hits
Bernama Anwar dalam ucapannya berkata penyakit over confident sombong rasa sudah kuat dan tidak perlu banyak bekerja apabila sudah berjawatan hanya akan menyebabkan sesebuah parti terlungkup Foto Bernama REMBAU Perbezaan pendapat dalam PKR ...
Top Turboclean Ultra Concentrated Detergent Hanya Dos Kecil Cucian 5x Kuasa Cucian

Top Turboclean Ultra Concentrated Detergent Hanya Dos Kecil Cucian 5x Kuasa Cucian

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 304 hits
TOP jenama pencuci No 1 di Malaysia kini merevolusikan pengalaman mencuci pakaian apabila membuktikan bahawa cucian penuh kuasa didatangkan dalam pakej kompak menerusi pengenalan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent Ia mampu memberik...
Debat Pilpres Prabowo Singgung Korupsi Stadium 4 Dan Anggaran Pertahanan Yang Kecil

Debat Pilpres Prabowo Singgung Korupsi Stadium 4 Dan Anggaran Pertahanan Yang Kecil

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 200 hits
Calon Presiden Nomor Urut 02 Prabowo Subianto mendapat kesempatan pertama untuk memaparkan visi misinya dalam debat keempat Pilpres 2019 Prabowo menyinggung soal parahnya korupsi di Indonesia dan akan menjaga Pancasila sebagai ideologi nega...
Kurus 13kg Dalam Masa 3 Minggu Gadis Kecil Molek Ini Kongsi Tips Transformasi Diri

Kurus 13kg Dalam Masa 3 Minggu Gadis Kecil Molek Ini Kongsi Tips Transformasi Diri

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 430 hits
Turun 13kg dalam masa 3 minggu ini tips kurus diet atkins Tidak dinafikan ramai orang berusaha untuk mengurangkan berat badan untuk tampil sihat fit dan cantik Namun untuk mencapai impian tersebut pelbagai langkah yang perlu diambil supaya ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba