Perhentian Kecil Vs Perhentian Besar
Pulau Perhentian terdiri dari dua buah pulau yang mempunyai kelebihan dan tarikannya yang tersendiri. Jadi disini saya ada sertakan sedikit maklumat berkenaan kedua-duanya
PULAU PERHENTIAN KECIL
Terdapat 3 kawasan utama tumpuan pelancong di Pulau Perhentian Kecil iaitu Long Beach, Coral Bay dan Kampung Nelayan
Long Beach Kawasan paling meriah di Pulau Perhentian terutama waktu malam kerana disini ada fire show dan kedai sepanjang pantai untuk pengunjung yang ingin bersuka ria pada malam hari. Tapi korang dinasihatkan untuk berhati-hati, jaga keselamatan anda kerana banyak pengunjung yang bersuka ria di bar dan mabuk pada waktu malam. Pada waktu siang , kawasan Long Beach menjadi tumpuan pengunjung kerana pasir putih yang bersih dan panjang sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan sukan air
Senarai Resort / Chalet di Long Beach1. Ombak Resort2. Bubu Vila / Bubu Long Beach Resort3. Awatif Campsite4. Matahari Chalet5. Panorama Chalet6. Bintang View Chalet7. Mohsin Chalet8. Rock Garden Chalet9. Sunrise Inn10. Mohsin Chalet
Coral Bay Terletak bertentangan di bahagian belakang Long Beach, kawasan ini lebih tenang dan menjadi tumpuan pengunjung yang ingin melihat sunset pada waktu petang kerana kedudukannya yang menhadap arah matahari terbenam. Juga terdapat banyak pilihan chalet / resort dan restoran . Perjalanan dari Coral Bay ke Long Beach mengambil masa kurang 15 Minit berjalan kaki
Senarai Resort / Chalet di Coral Bay1. Sharila Island Resort2.
Ombak Dive Resort3. Bintang View Chalet4. Senja Bay Resort5. Amelia Chalet6. Fatimah Chalet7. Aurbay Chalet8. Amy Chalet
Kampung NelayanMerupakan penempatan masyarakat tempatan di Pulau Perhentian. Disini terletaknya kampung, rumah-rumah penduduk , sekolah , balai polis dan fasiliti lain untuk penduduk. Terdapat penginapan di kampung nelayan dan harganya lebih murah kerana diselia oleh penduduk kampung sendiri. Makanan di Kg Nelayan lebih murah berbanding kawasan-kawasan lain tetapi suasana malam disini lebih sunyi berbanding kawasan lain
Senarai Resort / Chalet di Kampung Nelayan1.Ayah Chalet2.Homestay
p/s : disebabkan kebanyakan dari resort menggunakan generator persendirian untuk sumber elektrik, jadi tidak semua resort akan ada elektrik 24 jam.
PULAU PERHENTIAN BESAR
Di Pulau Perhentian Besar terdapat banyak resort/chalet yang lebih selesa terutama mereka yang datang bersama keluarga dan anak-anak. Kebanyakan aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian adalah di sekitar Pulau Perhentian Besar ini. Resort-resort di Perhentian Besar juga banyak yang menawarkan aktiviti mengambil lesen Scuba Diving. Kedai makan memang tak ada di sini, kecuali restoran/ cafe di resort itu sendiri. Jadi harga makanan adalah harga restoran/cafe. Harga makan di sini adalah 'harga pulau', lebih mahal sedikit dari harga di tanah besar. Mahal sedikit sahaja. Manakala kedudukan chalet dan resort di Pulau Perhentian Besar ini tertumpu kepada 3 kawasan ini iaitu
Resort dan Chalet di Teluk Pauh1.Perhentian Island Resort2.Coral View Resort3.The Barat Resort4.Mama's Chalet
Coral View Resort, The Reef Chalet, The Barat Perhentian Resort dan Mamas' Chalet terletak di 'Main Beach' dan mengadap kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil. Perhentian Island Resort (PIR) terletak di Teluk Pauh dan mempunyai jeti dihadapan resort
Resort dan Chalet di Teluk Keke1.Tuna Chalet2.Suhaila Palace3.The New Cocohut Chalet4.Cozy Resort5.ABC Guest House 6.Abdul's Chalet
Teluk Keke juga menjadi tempat tumpuan pengunjung untuk snorkeling. Cantik pantai di Teluk Keke ni dan airnya cukup jernih
Resort dan Chalet di Teluk DalamFlora Bay 1Flora Bay 2Arwana Eco ResortFauna Beach ChaletSamudra Beach Chalet
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2019/04/perhentian-kecil-vs-perhentian-besar.html