Tommy Thomas Henti Campur Tangan Dan Berundurlah
siti hafidah   Tak sampai setahun pegang jawatan, prestasi Peguam Negara buruk

SEJAK belakangan ini,  terlalu banyak isu panas yang berlaku di negara kita setiap hari.  Bagaimanapun, isu kematian Adib masih lagi segar dalam ingatan setiap  rakyat Malaysia
Sudah 6 bulan, iaitu setengah tahun  Allahyarham meninggalkan kita. Namun, keadilan buat diri dan keluarganya  masih lagi tiada. Malah, ada pihak yang berkepentingan cuba campur  tangan dalam isu ini sehingga mengelirukan rakyat secara umumnya
Pada 24 Disember 2018, dilaporkan bahawa  pihak polis, melalui kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor  Rashid, empat orang suspek telah dikenal pasti dan disiasat mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Namun, semua suspek  telah dilepaskan. Siapa dan apa status mereka sekarang, kita pun tidak  tahu
Selepas itu, dibuat pula inkues bagi  menyiasat punca kematian sebenar Adib. Saya memang sejak daripada awal  lagi menolak agar inkues ini dibuat. Akhirnya, inkues hanya menimbulkan  pelbagai kekeliruan sahaja. Malah, sebelum selesainya inkues, Tommy  Thomas selaku Peguam Negara sudahpun mengeluarkan afidavit
Akhirnya naratif baru pula wujud, iaitu  Adib tidak mati dibunuh tetapi dilanggar oleh trak bomba. Apa pula  terjadi dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara bahawa Adib dibunuh  dan suspek telahpun dikenal pasti? Adakah Tommy Thomas mengatakan  bahawa pihak polis telah membuat kesilapan
Terbaru, peguam bagi keluarga Adib, KPKT  dan pihak bomba iaitu Puan Syazlin Mansor mengaku bahawa terdapat campur  tangan daripada pihak Peguam Negara dalam kes ini. Malah, beliau juga  diarahkan oleh Pejabat Peguam Negara agar menarik diri daripada kes ini  dengan alasan yang tidak munasabah. Ini salah satu lagi bukti rosaknya  integriti Tommy Thomas
Ini belum pula disentuh mengenai  kesungguhan kerajaan yang mahu memansuhkan hukuman mati mandatori  termasuk kesalahan membunuh secara tiba-tiba akhir-akhir ini. Apakah ada  kaitannya dengan kes kematian Adib ini? Atau hanya satu kebetulan
Persoalannya di sini, kenapa terlalu  banyak tanda tanya timbul dan ia bertambah pada setiap hari
Apa yang  Tommy Thomas cuba sembunyikan
Baik. Mungkin ada juga yang tidak  bersetuju atau agak ‘reserved’ jika kita katakan bahawa Tommy Thomas ada  menyembunyikan sesuatu dalam kes ini, tetapi saya yakin kita semua  boleh bersetuju bahawa Tommy Thomas perlu berhenti daripada melakukan  campur tangan dalam kes ini
Malah, adil juga untuk kita tuntut agar  Tommy Thomas meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara berdasarkan  ‘performance’ buruk beliau sepanjang menjawat jawatan ini. Lihat sahaja  kontroversi-kontroversi lain yang membabitkan beliau
Tidak sampai setahun pun, tetapi  sangatlah banyak terutamanya isu ICERD, Statut Rom, UEC, kes rasuah  banglo Lim Guan Eng dan pelbagai lagi
Oleh itu, Tommy Thomas perlu berundur segera
*Aminuddin Yahaya- Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/tommy-thomas-henti-campur-tangan-dan.html