Tommy Sapu Semua Psm Tulis Surat Pada Peguam Negara Idris Harun


Tekanan kewangan boleh membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan.
Seorang pemandu lori, yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pinjaman bank dan berdepan kes mahkamah, berkata dia pernah merancang untuk membunuh diri.
M Arumugam, 42, mendakwa dia dan tunangnya ditipu oleh seorang individu yang dikenali di Facebook untuk mendapatkan pinjaman bank bagi menampung belanja pendidikan tinggi anaknya.
Katanya, dia meminta bantuan Tommy (bukan nama sebenar) kerana statusnya yang disenarai hitam daripada membuat pinjaman bank.
“Anak saya mendapat 9A dalam peperiksaan SPM. Dia nak melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan namun tidak mendapat sebarang tawaran daripada universiti awam.
“Jadi, saya nak ingin nak masukkan dia di kolej swasta.Tapi, saya tidak mampu kerana gajinya tidak banyak. Lagi pun, saya disenarai hitam untuk mengambil pinjaman.
“Saya mula mengenali Tommy melalui Facebook. Dia kata mampu mendapatkan pinjaman untuk saya.
“Dan saya hanya perlu bayar dia komisen lapan peratus selepas mendapat pinjaman,” kata bapa kepada empat anak hasil daripada perkahwinan pertama kepada Malaysiakini.
Dia berkata jumlah pinjaman bank mereka berdua kira-kira RM40,000.
Arumugam berkata dia mempercayai Tommy kerana tidak meminta sebarang wang pendahuluan.
“Tetapi, dia kata hanya mampu memperoleh separuh daripada jumlah pinjaman yang dimintanya. Dia kata boleh menguruskan lagi baki jumlah yang diminta oleh saya atas nama tunang saya.
“Saya percaya dia dan berikan maklumat tunang saya. Selepas seminggu dia panggil kami dan beritahu bahawa permohonan kami berjaya dan perlu buka akaun bank baru supaya pinjaman itu dimasukkan dalam akaun baru itu. Kami pun buka akaun baru.
“Kemudian, Tommy kata dia perlu kad ATM bank kami supaya dia mengeluarkan wang komisen dia dan pulangkan baki pinjaman kami.
“Dia juga minta kami serahkan kad ATM melalui kurier ke alamat dia untuk memastikan dia tidak menipu kami. Kami pun buat apa yang diminta,” katanya yang berasal daripada Johor.
Arumugam dalam sidang media bersama PSM di Kuala Lumpur hari ini
Arumugam berkata dia hanya sedar ditipu selepas menerima panggilan daripada pihak polis.
“Selepas, beberapa hari saya menyerahkan kad ATM, kami terima panggilan daripada pihak polis katanya bahawa terdapat laporan ke atas akaun bank kami.
“Saya terkejut mendapati Tommy menggunakan akaun bank kami, menipu 27 individu dengan janji mendapatkan pinjaman bank.
“Berbeza dengan kami, kesemua mereka membayar wang pendahuluan kepada Tommy. Semua bayaran dibuat dalam akaun bank kami.
“Tommy ‘sapu’ semua dan sangkutkan kami dalam kes ini,” katanya.
3 kes mengaku salah, 3 tunggu bicara, 21 lagi akan dituduh
Menurutnya, dia bersama tunangnya telah berdepan tiga pertuduhan di mahkamah, tiga kes lagi masih menunggu tarikh perbicaraan dan 21 lagi belum didakwa.
Dia berkata akan berdepan 13 kes manakala tunangnya pula 14 kes.
Katanya, perkara itu menyebabkan panik dan mereka sekeluarga merancang untuk membunuh diri dengan cara minum racun.
“Saya tahu membunuh diri bukan penyelesaian. Tetapi, disebabkan tekanan yang tinggi kami terpaksa mengambil keputusan tersebut.
“Kami sudah beli racun. Nasib baik, anak perempuan saya memberitahu perkara ini kepada neneknya dan dia (ibu saya) sempat menahan kami daripada membunuh diri,” katanya.
Istana Kehakiman, gambar hiasan
Arumugam juga berkata dia telah banyak mengeluarkan wang susulan pertuduhan itu.
“Daripadanya, dua kes kami bayar denda RM500 masing-masing di Mahkamah Johor. Satu kes di Bukit Mertajam Pulau Pinang diselesaikan selepas kami diminta membayar RM5,000 kepada pengadu supaya kes itu boleh ditarik balik.
“Kami bayar RM5,000 kepada seorang pegawai polis. Kes lain masih dalam proses pertuduhan di mahkamah.
“Masalah kami ialah, pertuduhan ini di merata tempat. Di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan sebagainya. Jadi, kami menghadapi kesukaran untuk menhadir ke semua kes.
“Tunang saya dah dipecat kerja selepas majikan mendapat tahu isu ini. Saya terpaksa cuti untuk hadir ke mahkamah. Kami juga dah jual kereta, motosikal dan banyak barang lain untuk menghadapi kes-kes ini,” katanya.
Ketika ditanya kenapa mereka mengakui salah dalam dua kes pertama, Arumugam membalas bahawa dia “tiada pilihan”.
“Kami dinasihati oleh pihak polis dan timbalan pendakwa raya untuk berbuat demikian dan membayar denda sahaja.
“Sebagai contoh, dalam kes pertama, jamin ditawar adalah lebih RM3,000 sekiranya tidak mengaku salah. Manakala, denda RM500 kalau mengakui.
“Jadi, kami tidak ada pilihan lain. Terpaksa mengakui (bersalah),” katanya.
Arumugam juga berkata telah membuat dua laporan polis termasuk ke atas Tommy.
“Ya, kami dah buat dua laporan polis. Namun, sehingga kini tidak ada tangkapan dibuat.
“Kami, harap sangat Tommy ini dapat ditangkap, Jika tidak maka lebih ramai akan menjadi mangsa seperti kami,” katanya.
MPSM tulis surat kepada Peguam Negara
Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, yang membantu keluarga tersebut, berkata beliau telah menulis surat kepada Peguam Negara Idrus Harun supaya pertuduhan ke atas mereka dibuang. MKINI
The post Tommy sapu semua, PSM tulis surat pada Peguam Negara Idris Harun appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/22/tommy-sapu-semua-kami-diheret-ke-mahkamah-dan-hampir-bunuh-diri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tommy Sapu Semua Kami Diheret Ke Mahkamah Dan Hampir Bunuh Diri

Tommy Sapu Semua Kami Diheret Ke Mahkamah Dan Hampir Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 285 hits
Tekanan kewangan boleh membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan Seorang pemandu lori yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pinjaman bank dan berdepan kes mahkamah berkata dia pernah merancang untuk membunuh diri M Arumugam 42 mendakwa d...
Sprm Serah Laporan Siasatan Audio Bocor Pada Peguam Negara

Sprm Serah Laporan Siasatan Audio Bocor Pada Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 266 hits
SPRM serah laporan siasatan audio bocor pada peguam negara Dikemas kini 20 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Jul 2020 3 43P
Kertas Siasatan Sprm Berhubung Terowong Pulau Pinang Diserah Kepada Peguam Negara Segera

Kertas Siasatan Sprm Berhubung Terowong Pulau Pinang Diserah Kepada Peguam Negara Segera

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 432 hits
Siasatan berkaitan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6 3 bilion dijangka dapat diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
Rakaman Audio Sudah Disiasat Kini Dengan Jabatan Peguam Negara

Rakaman Audio Sudah Disiasat Kini Dengan Jabatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 268 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia sudah siasat rakaman audio yang dikatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin cuba menarik pemimpin Umno menyertai PPBM dengan tawaran jawatan dala...
Saya Haramkan Semua Majlis Berfoya Foya Di Pejabat Ketua Polis Negara

Saya Haramkan Semua Majlis Berfoya Foya Di Pejabat Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 282 hits
Tiada lagi aktiviti mewah melibatkan pegawai pegawai Polis Diraja Malaysia dibenarkan selepas ini Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata larangan tersebut termasuklah mengadakan majlis keramaian bagi merayakan hari lahir pegaw...
Hina Jata Negara Tindakan Perlu Diambil Walau Sudah Mohon Maaf Saifuddin

Hina Jata Negara Tindakan Perlu Diambil Walau Sudah Mohon Maaf Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 441 hits
72 total views 5 views today Tindakan tetap perlu diambil terhadap syarikat kasut yang didakwa mencetak logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluarannya walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan itu kata Mente...
Jadi Yang Terbaik Di Dunia Begini Pola Asuh Anak Di Negara Skandinavia Hukuman Fisik Dilarang

Jadi Yang Terbaik Di Dunia Begini Pola Asuh Anak Di Negara Skandinavia Hukuman Fisik Dilarang

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 233 hits
Penasaran kan pola asuh seperti apa yang diterapkan di negara negara Skandinavia seperti Denmark atau Finlandia
Saya Tak Jual Harta Negara Tapi Ada Menteri Lain Jual Apa Makna

Saya Tak Jual Harta Negara Tapi Ada Menteri Lain Jual Apa Makna

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 276 hits
Agak agak Menteri mana atau PM Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa apa bahan di dalam lama...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba