Saya Haramkan Semua Majlis Berfoya Foya Di Pejabat Ketua Polis Negara


Tiada lagi aktiviti mewah melibatkan pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan selepas ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, larangan tersebut termasuklah mengadakan majlis keramaian bagi merayakan hari lahir pegawai tinggi di pejabat mahupun lawatan ke mana-mana tempat.
“Saya haramkan semua majlis berfoya-foya di pejabat.
“Ada pegawai-pegawai tinggi polis dibelanja makanan laut sehingga bil mencecah ribuan ringgi, siapa hendak bayar semua itu? Budaya sedemikian saya hendak buang dan tidak mahu ada dalam PDRM,” katanya, memetik laporan BERNAMA hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hamid turut menjelaskan, siasatan bagi kesemua kes-kes ‘sejuk-beku’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lepas akan diteruskan semula.
Difahamkan, pegawai yang bertanggungjawab diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya.
Gambar: BERNAMA “Antara kes berkenaan ialah penipuan dalam talian dengan banyak kes tertangguh disebabkan pegawai penyiasat tidak melaksanakan tugas dengan baik, termasuk ada yang tidak menjalankan siasatan.
“Selain itu, ada juga kes JSJK yang mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah dan ada laporan polis yang dibuat pada 2013 (tapi siasatan) tidak berjalan,” tambahnya lagi.
Menurutnya, pihaknya akan mengenal pasti pegawai penyiasat yang bertanggungjawab untuk diarah menyelesaikan kes masing-masing.
“Kes-kes sejuk beku ini perlu dibuka semula untuk memberi keadilan kepada mangsa yang teraniaya dan kami cari siapa pegawai penyiasat berkenaan, beri dia amaran satu bulan untuk siapkan siasatan kes,” jelasnya.
Dalam masa sama, Abdul Hamid menegaskan pihaknya tidak akan memberi sebarang ruang kepada kegiatan perjudian dalam talian.
“Judi dalam talian memang saya lawan habis-habisan, saya tidak bagi peluang dan saya haramkan mana-mana tauke judi datang untuk berjumpa dan berbaik dengan saya,” tegasnya lagi.
Sumber: BERNAMA
The post “Saya Haramkan Semua Majlis Berfoya-Foya Di Pejabat,” – Ketua Polis Negara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/12/saya-haramkan-semua-majlis-berfoya-foya-di-pejabat-ketua-polis-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Polis Negara Haramkan Aktiviti Mewah Disamping Tempelak Sikap Pegawai Polis

Ketua Polis Negara Haramkan Aktiviti Mewah Disamping Tempelak Sikap Pegawai Polis

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 305 hits
Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam tegas berkata tiada lagi aktiviti mewah dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia akan dibenarkan Perkara ini diumumkan selepas mengambil kira perbelanjaan keraianan dan keramaian yang tidak masuk akal Bel...
Anggota Polis Jaga Sempadan Negara Ditukar Sebulan Sekali Ketua Polis Negara

Anggota Polis Jaga Sempadan Negara Ditukar Sebulan Sekali Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR 10 Julai Anggota keselamatan di sempadan negara yang bersekongkol dan mengambil rasuah daripada sindiket penyeludupan pendatang asing adalah pengkhianat kepada negara kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Beliau ber...
Dokumentari Al Jazeera Berunsur Hasutan Laporan Tidak Tepat Ketua Polis Negara

Dokumentari Al Jazeera Berunsur Hasutan Laporan Tidak Tepat Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR 10 Julai Dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia s Lockdown terbitan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang disiarkan baru baru ini didapati mempunyai unsur hasutan laporan tidak tepat serta mencetuskan kemarahan orang a...
Tiada Lagi Aktiviti Mewah Bagi Pegawai Pdrm Ketua Polis Negara

Tiada Lagi Aktiviti Mewah Bagi Pegawai Pdrm Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 350 hits
Tiada lagi aktiviti mewah dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia yang dibenarkan termasuk mengadakan majlis keramaian bagi merayakan hari lahir pegawai tinggi di pejabat mahupun mengadakan lawatan ke mana mana tempat Perkara tersebut ...
Mengaku Gengster Saya Ambil Tindakan Bawah Sosma Ketua Polis Negara

Mengaku Gengster Saya Ambil Tindakan Bawah Sosma Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR 16 Julai Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini dengan tegas menyatakan Sesiapa yang mengaku dirinya gengster semua saya akan tangkap dan ambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 Katanya beliau dan...
Permit Kerja Dibatal Amp Rayhan Kabir Serah Diri Sebelum Diusir Ke Negara Asal Ketua Polis Negara

Permit Kerja Dibatal Amp Rayhan Kabir Serah Diri Sebelum Diusir Ke Negara Asal Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 2436 hits
Satu keputusan yang bijak dan terbaik telah diambil oleh Jabatan Imigresen Malaysia apabila membatalkan permit kerja seorang lelaki warga Bangladesh yang dikenali sebagai Md Rayhan Kabir selepas mengeluarkan kenyataan yang berniat memburukk...
Dap Hina Jata Negara Ketua Pemudanya Sertai Diskusi Buku

Dap Hina Jata Negara Ketua Pemudanya Sertai Diskusi Buku

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 402 hits
Mereka ini adalah golongan ekstrim gugat keharmonian negara BANGI Kehadiran Ketua Pemuda DAP Howard Lee dalam majlis pelancaran buku kontroversi Rebirth Reformasi Resistance And Hope In New Malaysia tahun lalu menimbulkan persoalan sama ada...
Kasut Hina Jata Negara Polis Akan Panggil Pengeluar

Kasut Hina Jata Negara Polis Akan Panggil Pengeluar

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 302 hits
Kasut hina jata negara polis akan panggil pengeluar Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Jul 2020 2 45PM
Polis Panggil Pihak Penerbitan Buku Hina Jata Negara

Polis Panggil Pihak Penerbitan Buku Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 397 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Polis Bukit Aman membuka kertas siasatan berhubung penerbitan buku tulisan Kean Wong yang didakwa menghina Jata Negara Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komision...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku