Kertas Siasatan Sprm Berhubung Terowong Pulau Pinang Diserah Kepada Peguam Negara Segera


Siasatan berkaitan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion dijangka dapat diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.
Beliau berkata, ketika ini siasatan kes berkenaan berada pada fasa terakhir dan tidak ramai saksi yang dipanggil untuk diambil keterangan bagi menyiapkan siasatan kes berkenaan.
“Sepatutnya hari ini, kami memanggil (bekas Menteri Kewangan) Lim Guan Eng untuk memberi keterangan kali kedua, tetapi beliau tidak dapat hadir kerana tidak sihat
“Esok (Jumaat) juga beliau tidak dapat hadir kerana ada hal. Oleh yang demikian, SPRM akan meneruskan rakaman percakapannya sekali lagi Sabtu ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran buku “Modul Integriti dan Rasuah”, di sini, hari ini.
Semalam, Lim, yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk dirakam keterangan.
Pada 30 Jun lepas, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan berhubung elemen rasuah dalam projek terowong itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan beberapa exco dan bekas exco kerajaan negeri turut dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega itu.
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai siasatan melibatkan bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Azam berkata, pihaknya sedang dalam peringkat terakhir menyiapkan siasatan.
“Siasatan melibatkan Syed Saddiq masih lagi dijalankan dan kes ini tidak ramai lagi saksi untuk dipanggil dan saya percaya pegawai penyiasat dalam peringkat akhir untuk selesaikan kes ini dalam tempoh seminggu sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Pada 17 Julai lepas, SPRM menafikan menahan Syed Saddiq selepas beliau dipanggil SPRM bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq di Petaling Jaya, Mac lepas.
Dalam pada itu, mengulas mengenai siasatan berhubung urus niaga pertukaran tanah melibatkan Kementerian Pertahanan, Azam berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan kes berkenaan.
“Siasatan memang SPRM buat dan ada beberapa lagi siasatan yang masih belum selesai. Buat masa ini, saya tidak dapat mengumumkan keputusan kes berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, pegawainya sedang memanggil beberapa lagi saksi lain untuk membantu siasatan, selain membuka beberapa lagi kertas siasatan kes itu.
Pada November tahun lepas, Kementerian Pertahanan mengemukakan laporan siasa tan 16 projek “land swap” kepada SPRM. Bernama
The post Kertas siasatan SPRM berhubung terowong Pulau Pinang diserah kepada peguam negara segera appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/23/kertas-siasatan-sprm-berhubung-terowong-pulau-pinang-diserah-kepada-peguam-negara-segera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Serah Laporan Siasatan Audio Bocor Pada Peguam Negara

Sprm Serah Laporan Siasatan Audio Bocor Pada Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 351 hits
SPRM serah laporan siasatan audio bocor pada peguam negara Dikemas kini 20 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Jul 2020 3 43P
Terowong Ghaib Pulau Pinang Di Kenakan Pkpd Kerana Wujud Kluster Sprm

Terowong Ghaib Pulau Pinang Di Kenakan Pkpd Kerana Wujud Kluster Sprm

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 514 hits
Akhirnya kekebalan Ahli Parlimen Bagan merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bakal di robek Kalau dahulu ketika era Pakatan Harapan memerintah mantan Peguam Negara Tommy Thomas dan Guan Eng mengejutkan Malaysia dengan fenomena terkeju...
Kemaskini Guan Eng Di Sprm Berhubung Projek Terowong Kata Sumber

Kemaskini Guan Eng Di Sprm Berhubung Projek Terowong Kata Sumber

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 416 hits
July 22 2020 12 42 PMSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tiba di SPRM pada 1 05 petang tadi untuk diambil keterangan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikatakan memanggil Se...
Skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Video

Skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Video

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 609 hits
Antara Wang Airmata Rakyat Suara Tv The post appeared first on
Pulau Pinang Catat 1 238 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm37 3 Juta Hingga Jun Tahun Ini

Pulau Pinang Catat 1 238 Kes Jenayah Komersial Babit Kerugian Rm37 3 Juta Hingga Jun Tahun Ini

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 422 hits
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang Mohd Rosni Mohd Lazim berkata peningkatan kes jenayah komersial di negeri itu sangat membimbangkan dengan 1 238 orang menjadi mangsa membabitkan 643 lelaki dan 595 wanita GEORGE TOWN Seb...
Pemancing Di Tiang 32 Bawah Jambatan Pulau Pinang Diserang Sawan Terjatuh Ke Dalam Laut

Pemancing Di Tiang 32 Bawah Jambatan Pulau Pinang Diserang Sawan Terjatuh Ke Dalam Laut

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 600 hits
BUTTERWORTH 24 Julai Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas lelaki itu terjatuh ke dalam laut ketika memancing di tiang 32 bawah Jambatan Pulau Pinang Kilometer 4 0 arah pulau menghala ke Perai di sini hari ini Y Gananaphan 27 berasal d...
Polis Jejak 2 Dipercayai Wanita Berhubung Vandalisme Mural Gergasi Pemimpin Negara

Polis Jejak 2 Dipercayai Wanita Berhubung Vandalisme Mural Gergasi Pemimpin Negara

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 608 hits
July 20 2020 8 57 PMMural potret gergasi pemimpin negara termasuk Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Shah Alam dihasilkan anak muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali Muhamad Firdaus Nord...
Skandal Terowong Sprm Arah Guan Eng Sambung Beri Keterangan Sabtu Ini

Skandal Terowong Sprm Arah Guan Eng Sambung Beri Keterangan Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 642 hits
Selepas lebih enam jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM di sini Guan Eng yang tiba pada pukul 1 05 tengah hari tadi dengan ditemani Ah...
Kumpulan Dari India Rancang Buka Hospital Kebajikan Di Pulau Pinang Menjelang 2025

Kumpulan Dari India Rancang Buka Hospital Kebajikan Di Pulau Pinang Menjelang 2025

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 445 hits
Gambaran pelukis cadangan Hospital Amrita iaitu cawangan Institut Sains Perubatan Amrita bertempat di tanah besar Pulau Pinang GEORGE TOWN Sebuah kumpulan kerohanian berpangkalan di India merancang untuk membuka sebuah hospital kebajikan de...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu