Tommy Sapu Semua Kami Diheret Ke Mahkamah Dan Hampir Bunuh Diri


B Nantha Kumar
Tekanan kewangan boleh membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan.
Seorang pemandu lori, yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pinjaman bank dan berdepan kes mahkamah, berkata dia pernah merancang untuk membunuh diri.
M Arumugam, 42, mendakwa dia dan tunangnya ditipu oleh seorang individu yang dikenali di Facebook untuk mendapatkan pinjaman bank bagi menampung belanja pendidikan tinggi anaknya.
Katanya, dia meminta bantuan Tommy (bukan nama sebenar) kerana statusnya yang disenarai hitam daripada membuat pinjaman bank.
"Anak saya mendapat 9A dalam peperiksaan SPM. Dia nak melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan namun tidak mendapat sebarang tawaran daripada universiti awam.
"Jadi, saya nak ingin nak masukkan dia di kolej swasta.Tapi, saya tidak mampu kerana gajinya tidak banyak. Lagi pun, saya disenarai hitam untuk mengambil pinjaman.
"Saya mula mengenali Tommy melalui Facebook. Dia kata mampu mendapatkan pinjaman untuk saya.
“Dan saya hanya perlu bayar dia komisen lapan peratus selepas mendapat pinjaman," kata bapa kepada empat anak hasil daripada perkahwinan pertama kepada Malaysiakini.
Dia berkata jumlah pinjaman bank mereka berdua kira-kira RM40,000.
Arumugam berkata dia mempercayai Tommy kerana tidak meminta sebarang wang pendahuluan.
“Tetapi, dia kata hanya mampu memperoleh separuh daripada jumlah pinjaman yang dimintanya. Dia kata boleh menguruskan lagi baki jumlah yang diminta oleh saya atas nama tunang saya.
"Saya percaya dia dan berikan maklumat tunang saya. Selepas seminggu dia panggil kami dan beritahu bahawa permohonan kami berjaya dan perlu buka akaun bank baru supaya pinjaman itu dimasukkan dalam akaun baru itu. Kami pun buka akaun baru.
"Kemudian, Tommy kata dia perlu kad ATM bank kami supaya dia mengeluarkan wang komisen dia dan pulangkan baki pinjaman kami.
“Dia juga minta kami serahkan kad ATM melalui kurier ke alamat dia untuk memastikan dia tidak menipu kami. Kami pun buat apa yang diminta," katanya yang berasal daripada Johor.
Arumugam dalam sidang media bersama PSM
di Kuala Lumpur hari iniArumugam berkata dia hanya sedar ditipu selepas menerima panggilan daripada pihak polis.
"Selepas, beberapa hari saya menyerahkan kad ATM, kami terima panggilan daripada pihak polis katanya bahawa terdapat laporan ke atas akaun bank kami.
"Saya terkejut mendapati Tommy menggunakan akaun bank kami, menipu 27 individu dengan janji mendapatkan pinjaman bank.
"Berbeza dengan kami, kesemua mereka membayar wang pendahuluan kepada Tommy. Semua bayaran dibuat dalam akaun bank kami.
“Tommy 'sapu' semua dan sangkutkan kami dalam kes ini," katanya.
3 kes mengaku salah, 3 tunggu bicara, 21 lagi akan dituduh
Menurutnya, dia bersama tunangnya telah berdepan tiga pertuduhan di mahkamah, tiga kes lagi masih menunggu tarikh perbicaraan dan 21 lagi belum didakwa.
Dia berkata akan berdepan 13 kes manakala tunangnya pula 14 kes.
Katanya, perkara itu menyebabkan panik dan mereka sekeluarga merancang untuk membunuh diri dengan cara minum racun.
"Saya tahu membunuh diri bukan penyelesaian. Tetapi, disebabkan tekanan yang tinggi kami terpaksa mengambil keputusan tersebut.
“Kami sudah beli racun. Nasib baik, anak perempuan saya memberitahu perkara ini kepada neneknya dan dia (ibu saya) sempat menahan kami daripada membunuh diri,” katanya.
Istana Kehakiman, gambar hiasanArumugam juga berkata dia telah banyak mengeluarkan wang susulan pertuduhan itu.
"Daripadanya, dua kes kami bayar denda RM500 masing-masing di Mahkamah Johor. Satu kes di Bukit Mertajam Pulau Pinang diselesaikan selepas kami diminta membayar RM5,000 kepada pengadu supaya kes itu boleh ditarik balik.
“Kami bayar RM5,000 kepada seorang pegawai polis. Kes lain masih dalam proses pertuduhan di mahkamah.
"Masalah kami ialah, pertuduhan ini di merata tempat. Di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan sebagainya. Jadi, kami menghadapi kesukaran untuk menhadir ke semua kes.
"Tunang saya dah dipecat kerja selepas majikan mendapat tahu isu ini. Saya terpaksa cuti untuk hadir ke mahkamah. Kami juga dah jual kereta, motosikal dan banyak barang lain untuk menghadapi kes-kes ini," katanya.
Ketika ditanya kenapa mereka mengakui salah dalam dua kes pertama, Arumugam membalas bahawa dia “tiada pilihan”.
"Kami dinasihati oleh pihak polis dan timbalan pendakwa raya untuk berbuat demikian dan membayar denda sahaja.
"Sebagai contoh, dalam kes pertama, jamin ditawar adalah lebih RM3,000 sekiranya tidak mengaku salah. Manakala, denda RM500 kalau mengakui.
"Jadi, kami tidak ada pilihan lain. Terpaksa mengakui (bersalah)," katanya.
Arumugam juga berkata telah membuat dua laporan polis termasuk ke atas Tommy.
"Ya, kami dah buat dua laporan polis. Namun, sehingga kini tidak ada tangkapan dibuat.
"Kami, harap sangat Tommy ini dapat ditangkap, Jika tidak maka lebih ramai akan menjadi mangsa seperti kami," katanya.
PSM tulis surat kepada Peguam Negara
Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, yang membantu keluarga tersebut, berkata beliau telah menulis surat kepada Peguam Negara Idrus Harun supaya pertuduhan ke atas mereka dibuang.
"Mereka ini bukan bukan penjenayah. Cuma mangsa penipuan oleh pihak ketiga.
"Maka, adalah wajar kepada peguam negara membebaskan mereka daripada semua tuduhan," katanya.
S ArutchelvanTambah, beliau selain Peguam Negara, beliau turut menulis surat kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan Presiden Majlis Peguam Negara Salim Bashir Bhaskaran.
"Kami buat surat kepada mereka pada 15 Julai ini. Harap keadilan ditegakkan dan mangsa penipuan tidak dihukum," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/tommy-sapu-semua-kami-diheret-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tommy Sapu Semua Psm Tulis Surat Pada Peguam Negara Idris Harun

Tommy Sapu Semua Psm Tulis Surat Pada Peguam Negara Idris Harun

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 343 hits
Tekanan kewangan boleh membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan Seorang pemandu lori yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pinjaman bank dan berdepan kes mahkamah berkata dia pernah merancang untuk membunuh diri M Arumugam 42 mendakwa d...
Mahathir Salahkan Semua Orang Kecuali Diri Dia

Mahathir Salahkan Semua Orang Kecuali Diri Dia

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 211 hits
1 Semalam selepas program Bersatu Blackout di Alor Setar Mahathir buat perangai nyanyuk lagi sewaktu sessi soal jawap Perlukah dia jawap soal mudah nak kerjasama lagi dgn DSAI atau tidak dengan cara dia mengutuk menghina dan memburuk burukk...
Tak Percaya Bunuh Diri Ayah Yodi Luka Sedikit Aja Manja Nangis Nangis

Tak Percaya Bunuh Diri Ayah Yodi Luka Sedikit Aja Manja Nangis Nangis

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 229 hits
Keluarga menemukan adanya kejanggalan dari pernyataan polisi yang menyebut editor Metro TV Yodi Prabowo tewas akibat bunuh diri Suwandi ayah mendiang Yodi mengaku memiliki beberapa analisis kalau anaknya tewas bunuh diri karena depresi Engg...
Kenapa Family Aku Macamni Bang Pemuda Dakwa Rakannya Bunuh Diri Dipercayai Akibat Depression Digertak Keluarga

Kenapa Family Aku Macamni Bang Pemuda Dakwa Rakannya Bunuh Diri Dipercayai Akibat Depression Digertak Keluarga

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 502 hits
Kemurungan bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan Hanya yang mengalaminya sahaja tahu betapa peritnya jiwa akibat dirobek dari dalam Kebanyakan orang yang pernah kemurungan mereka menjadi sebegitu berikutan faktor sekeliling sama ad...
Tak Percaya Editor Metro Tv Tewas Bunuh Diri Keluarga Kami Yakin Dibunuh

Tak Percaya Editor Metro Tv Tewas Bunuh Diri Keluarga Kami Yakin Dibunuh

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 229 hits
Pihak keluarga mendiang Editor Metro TV Yodi Prabowo mengaku tak pernah mengetahui soal adanya konflik antara korban dengan kekasihnya bernama Suci Fitri Apalagi sampai ada ancaman bunuh diri yang disampaikan Yodi kepada kekasihnya Hubungan...
Diduga Putus Asa Karena Penyakit Napi Lapas Lubuk Pakam Bunuh Diri

Diduga Putus Asa Karena Penyakit Napi Lapas Lubuk Pakam Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 211 hits
Adil selama ini memang dirawat di ruang pengasingan Dahlia 2 karena dia mengidap kanker lidah Ruangan itu khusus untuk narapidana yang memiliki penyakit
Ayah Editor Metro Tv Ragu Soal Kesimpulan Dugaan Bunuh Diri Ini Kata Polisi

Ayah Editor Metro Tv Ragu Soal Kesimpulan Dugaan Bunuh Diri Ini Kata Polisi

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 263 hits
Kesimpulan polisi soal dugaan bunuh diri editor Metro TV Yodi Prabowo diragukan oleh keluarga Ayah almarhum Yodi Prabowo Suwandi merasa ada sejumlah kejanggalan salah satunya soal pakaian Yodi Prabowo yang menurutnya tidak ada darah Menjawa...
Kronologi Kades Di Sulbar Bunuh Diri Dan Berpesan Ke Anak Jangan Masuk Politik

Kronologi Kades Di Sulbar Bunuh Diri Dan Berpesan Ke Anak Jangan Masuk Politik

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 348 hits
Kepala Desa Buangin Kabupaten Mamasa Sulawesi Barat Pelipus ditemukan tewas tergantung di kabel mikrofon yang terikat di batang pohon kopi milik warga Sebelumnya ia sedang dalam perjalanan ke kantor desa untuk menyalurkan bantuan langsung t...
Rumah 4 Tingkat Jadi Kediaman Semua Ketua Keluarga Terbesar Di Dunia Ini Ada Hampir 100 Orang Anak

Rumah 4 Tingkat Jadi Kediaman Semua Ketua Keluarga Terbesar Di Dunia Ini Ada Hampir 100 Orang Anak

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 555 hits
Pada sebelum ini keluarga Radfords di Britain pernah menjadi tajuk utama dada akhbar kerana mempunyai anak seramai 22 orang Pun begitu jika nak dibandingkan dengan sebuah keluarga besar di India ini keluarga Radfords nyata mempunyai banyak ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba