Tolong Buang Sampah Hantar Makanan Alif Satar Terharu Jiran Murah Hati
Astro Awani

Alif  Satar yang kini sedang berada dalam tempoh kuarantin akibat COVID-19  sekali lagi menyatakan rasa terharu atas sifat pemurah jiran tetangga  yang menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepadanya. -Instagram SELEBRITI  serba boleh, Alif Satar yang kini berada dalam tempoh kuarantin akibat  COVID-19 sekali lagi menyatakan rasa terharu atas sifat pemurah jiran  tetangga yang menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepadanya
 Perkara  tersebut dikongsi pemilik dengan nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar,  30, selepas memuat naik gambar sumbangan makanan daripada jiran di  laman Instagram miliknya
 “Alif  sangat terharu. Jiran Alif ambil maklum tentang situasi keluarga Alif  sekarang dengan isteri dan anak-anak Alif perlu kuarantin
 “Mereka semua menawarkan bantuan, ada yang ingin bantu dengan membuangkan sampah, menghantarkan makanan
 "Ini baru betul #KitaJagaKita," jelasnya.  Dalam  pada itu, Alif mengucapkan terima kasih kepada yang berkenaan sambil  menyifatkan perlakuan mereka itu sebagai bukti nilai kemanusiaan yang  baik masih wujud
 	“Terima kasih MD Community, anda tahu siapa anda, faith in humanity restored
 “Ada  hamba Allah nama Aziz dan Arsyad memberi hidangan nanas masak lemak dan  salah seorang jiran kami, Jasmine tinggalkan depan pintu
 “Ini dia... contoh #KitaJagaKita. Alhamdulillah komuniti jiran tetangga Alif sangat ‘supportive’, memahami dan membantu dalam kesusahan,” jelasnya
 Terdahulu,  isteri penyanyi, Alif iaitu Sha Dila Hadid dan tiga anak mereka, Alisha  Anugerah, 5; Ariana Mecca, 3; dan Muhammad Ali, 1, disahkan negatif  COVID-19 selepas membuat ujian saringan pada Isnin
 Sebelum  ini, Alif turut menyatakan rasa terharu selepas Menteri di Jabatan  Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad  Al-Bakri sudi bertanya khabar kepadanya
 Alif turut berterima kasih atas keprihatinan Dr Zulkifli yang mendoakan kesihatannya menerusi aplikasi panggilan video FaceTime
 BACA: Alif Satar terharu Dr Zulkifli bertanya khabar tentang kesihatannya
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/tolong-buang-sampah-hantar-makanan-alif.html