Tolak Mereka Yang Rasuah Salah Guna Kuasa Dan Hanya Pentingkan Laba Politik Titah Sultan Nazrin


Bernamafreemalaysiatoday.com
-January 12, 2021 12:52 PM


IPOH: Umat Islam diingatkan supaya tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah, terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, tidak jujur mahupun ikhlas.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, umat Islam hendaklah dengan “segala daya dan kekuatan” menolak perlakuan golongan yang berimej mungkar dan munafik, kerana ia boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam.

Baginda bertitah, umat Islam wajib melindungi kesucian agama daripada sebarang bentuk penodaan atau pencemaran berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan laba politik.

“Masyarakat Islam hendaklah dibina daripada kalangan ummah yang mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna dalam semua lapangan, merangkumi kehidupan berkeluarga, berjiran tetangga, bermasyarakat dan bernegara.

“Masyarakat Islam hendaklah diserlahkan melalui kecemerlangan ummah menguasai ilmu dan pengetahuan, pekerjaan dan profesion, penguasaan ekonomi dan pemilikan kekayaan serta kehebatan budaya dan keagungan tamadun,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah peruntukan Perlembagaan yang memaktubkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam, memberi jaminan agama Islam dilindungi dan tidak akan terjejas walaupun berlaku perubahan kepimpinan politik negara serta negeri setiap kali selepas pilihan raya.

Baginda bertitah, kemuliaan Islam perlu diangkat dan tidak bergantung semata-mata kepada keistimewaan kedudukannya dalam Perlembagaan kerana tanpa pengisian, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan hanya tinggal sebagai frasa perundangan.

“Tanggungjawab memberi erti, makna kepada frasa perundangan tersebut terletak di atas bahu setiap umat Islam yang wajib berusaha menjelmakan Islam secara terserlah dalam budaya hidup harian,” titah Sultan Nazrin.

Sultan Perak turut bertitah rakyat sedang memerhati, mendengar, mengikuti apa yang berlaku di dalam negara ketika ini dan menyifatkan ujian yang sedang dilalui kini berpunca daripada perbuatan zalim manusia.

“Ketika dunia sedang berhadapan pelbagai kemelut sama ada berbentuk wabak penyakit yang terus menular, bencana alam yang sering melanda, polemik politik yang semakin bergelombang dan suasana ekonomi yang suram, kuatkan pegangan dan kukuhkan iman sekalian hamba-Mu agar yakin kepada kuasa-Mu yang Esa,” titah Sultan Nazrin.

Sultan Nazrin bertitah demikian sempena Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Penggal 2021-2023, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak di Dewan Al Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada 18 daripada 19 anggota MAIPk yang hadir termasuk Menteri Besar Perak Saarani Mohamad dan Ahli Dewan Negara Perak yang juga Yang Dipertua MAIPk Mohd Annuar Zaini serta kepada empat daripada lima Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Turut menerima watikah ialah Mohd Naim Mokhtar yang dilantik sebagai Hakim Utama Mahkamah Syariah negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie negeri Perak Mohd Asri Ghazali


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/tolak-mereka-yang-rasuah-salah-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Maslan Hanya Beritahu Salah Guna Kuasa Kerajaan Ph Tak Dibetulkan Pn Kata Najib

Ahmad Maslan Hanya Beritahu Salah Guna Kuasa Kerajaan Ph Tak Dibetulkan Pn Kata Najib

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 228 hits
mykmu netNajib Razak tampil mempertahankan Ahmad Maslan dengan berkata setiausaha agung Umno itu hanya memaklumkan ketidakadilan perundangan dan salah guna kuasa pentadbiran Pakatan Harapan tidak diperbetulkan kerajaan Perikatan Nasional ta...
Tahap Rasuah Salah Guna Kuasa Kakitangan Awam Membimbangkan Kata Sprm

Tahap Rasuah Salah Guna Kuasa Kakitangan Awam Membimbangkan Kata Sprm

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 179 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mahu penjawat awam membuka mata dan telinga dan menjadi pemberi maklumat kepada SPRM untuk membanteras rasuah dalam kerajaan KUALA LUMPUR Tahap rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan kakitangan awam memb...
Dr M Menuduh Berlaku Salah Guna Kuasa Kerana Muhyiddin Ada Berkuasa Mutlak

Dr M Menuduh Berlaku Salah Guna Kuasa Kerana Muhyiddin Ada Berkuasa Mutlak

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 177 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kuasa mutlak yang diberikan kepada penggantinya Muhyiddin Yassin berikutan pengisytiharan darurat akan menyebabkan berlaku pelanggaran dan penyalahgunaan kuasa Pengisytiharan darurat telah m...
Dengan Muhyiddin Berkuasa Mutlak Dr M Jangka Berlaku Salah Guna Kuasa

Dengan Muhyiddin Berkuasa Mutlak Dr M Jangka Berlaku Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 195 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kuasa mutlak yang diberikan kepada penggantinya Muhyiddin Yassin berikutan pengisytiharan darurat akan menyebabkan berlaku pelanggaran dan penyalahgunaan kuasa Pengisytiharan darurat telah m...
Ph Sudah Tolak Darurat Tak Perlu Setuju Sertai J Kuasa Khasnya

Ph Sudah Tolak Darurat Tak Perlu Setuju Sertai J Kuasa Khasnya

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 152 hits
Pendirian blok pembangkang secara prinsipnya adalah menolak darurat yang perlaksanaannya adalah atas nasihat Muhyiddin Yassin yang ditanggapi sudah hilang sokongan majoriti kepada Yang Dipertuan Agong Mesyuarat Majlis Presiden dalam kenyata...
Resipi Udang Belon Ala Thai Ini Hanya Guna 4 Bahan

Resipi Udang Belon Ala Thai Ini Hanya Guna 4 Bahan

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 340 hits
Senang je rupanya nak buat udang belon ala Thai ni Dapat la lepas rasa mengidam nak makan udang ni kat kedai Thai Buat sendiri kat rumah tentunya lebih puas hati dan terjamin kebersihannya Jom kita cuba ikut resipi perkongsian Fatyma Idris ...
Ros Tolak Pendaftaran Pejuang Muda Sebagai Parti Politik

Ros Tolak Pendaftaran Pejuang Muda Sebagai Parti Politik

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 214 hits
1 223 total views 1 223 views today Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebuah parti politik Peguam Mior Nor Haidir Suhaim...
Pihak Yang Tuntut Pru Segera Hanya Pentingkan Diri Kata Kj

Pihak Yang Tuntut Pru Segera Hanya Pentingkan Diri Kata Kj

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 205 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Khairy Jamaluddin menegur pihak dalam parti itu yang mahukan pilihan raya umum diadakan segera walaupun wabak Covid 19 belum dibendung sebagai mementingkan diri Saya tahu antara yang meminta pilihan raya umu...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran