Dengan Muhyiddin Berkuasa Mutlak Dr M Jangka Berlaku Salah Guna Kuasa



 
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata “kuasa mutlak” yang diberikan kepada penggantinya Muhyiddin Yassin berikutan pengisytiharan darurat akan menyebabkan berlaku “pelanggaran dan penyalahgunaan kuasa”.
“Pengisytiharan darurat telah memberikan kerajaan kuasa yang luar biasa.
“Semua yang dilakukan adalah atas nama Yang di-Pertuan Agong. Mereka tidak boleh dipersoal, dan juga tidak boleh dibawa ke parlimen kerana semua persidangan telah dibatalkan. Kedaulatan undang-undang telah dihapuskan.
“Kita yakin bahawa niatnya baik. Tetapi apabila kuasa mutlak diberikan, pelanggaran dan penyalahgunaan kuasa akan berlaku,” kata Mahathir dalam catatan di blognya hari ini.
Katanya, peningkatan mendadak kes Covid-19 dijadikan alasan untuk “rampasan kuasa” melalui pengisytiharan darurat.
“Apa yang dapat dilakukan perdana menteri dengan kuasa mutlaknya untuk menyelesaikan krisis kesihatan ini?
“Bolehkah perdana menteri, dengan kuasanya memenjarakan orang hingga 10 tahun dan menjatuhkan denda RM5 juta dapat mengurangkan jumlah kes?” soal Mahathir.
Bekas perdana menteri itu berkata, masalah yang berpunca daripada wabak Covid-19 tidak boleh diselesaikan dengan mudah.

 
Di antaranya ialah tekanan sistem penjagaan kesihatan akibat peningkatan kes, kesesakan di asrama pekerja asing hingga menyebabkan peningkatan jangkitan dan juga masalah ekonomi.
“Nasihat apa yang boleh (Muhyiddin) berikan kepada Agong yang akan mengurangkan jumlah mereka yang dijangkiti, mereka yang harus dirawat di hospital, mereka yang akan mati?” soal Mahathir.
Tambahnya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin telah hilang majoriti dan hak mentadbir, maka hanya melalui perisytiharan darurat “kerajaan minoriti” memperoleh kuasa untuk memerintah.
Pada 9 Jan lalu, Pengerusi Umno Kelantan dan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajan PN.
Beberapa hari kemudian pada 12 Jan, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz pula mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan.
Dengan penarikan sokongan oleh Nazri, kerajaan Muhyiddin hilang majoriti, dengan hanya disokong 109 daripada 220 anggota parlimen.
Dalam catatan blognya hari ini, Mahathir berkata darurat tidak perlu dilaksanakan sejak awal kerana kerajaan sudah mempunyai kuasa dan rakyat Malaysia telah mematuhi arahan yang dikeluarkan.

“Kita bukan seperti negara-negara barat yang liberal di mana rakyat secara terbuka tidak mematuhi arahan kerajaan yang mendakwa bahawa hak dan kebebasan mereka telah diabaikan,” katanya.
Mahathir pada Jumaat lalu menyamakan Muhyiddin sebagai “diktator” kerana menggunakan pengisytiharan darurat.
Dilaporkan juga hari ini Pejuang, parti yang diasaskan Mahathir,  mengutuskan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik pengisytiharan darurat.
Agong berkenan terhadap Pengisytiharan Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada 12 Jan lalu sebagai langkah membendung kes Covid-19 yang semakin meningkat.
Darurat berkuat kuasa sehingga 1 Ogos atau tarikh yang lebih awal sekiranya angka Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Pengisytiharan darurat membolehkan Muhyiddin menggantung parlimen dan menangguhkan pilihan raya negeri Sarawak. Tempoh Dun Sarawak akan berakhir secara automatik pada Jun tahun ini.

The post Dengan Muhyiddin ‘berkuasa mutlak’, Dr M jangka berlaku salah guna kuasa appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/18/dengan-muhyiddin-berkuasa-mutlak-dr-m-jangka-berlaku-salah-guna-kuasa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dengan-muhyiddin-berkuasa-mutlak-dr-m-jangka-berl

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Menuduh Berlaku Salah Guna Kuasa Kerana Muhyiddin Ada Berkuasa Mutlak

Dr M Menuduh Berlaku Salah Guna Kuasa Kerana Muhyiddin Ada Berkuasa Mutlak

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 181 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kuasa mutlak yang diberikan kepada penggantinya Muhyiddin Yassin berikutan pengisytiharan darurat akan menyebabkan berlaku pelanggaran dan penyalahgunaan kuasa Pengisytiharan darurat telah m...
Darurat Beri Muhyiddin Berkuasa Mutlak Majlis Presiden Ph

Darurat Beri Muhyiddin Berkuasa Mutlak Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 214 hits
Pakatan Harapan berpendapat darurat tidak perlu diisytiharkan antaranya kerana ia didakwa memberi kuasa mutlak kepada seorang perdana menteri Malah kami melihat tindakan menggantung parlimen dan dewan dewan undangan negeri pada ketika pihak...
Tolak Mereka Yang Rasuah Salah Guna Kuasa Dan Hanya Pentingkan Laba Politik Titah Sultan Nazrin

Tolak Mereka Yang Rasuah Salah Guna Kuasa Dan Hanya Pentingkan Laba Politik Titah Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 197 hits
freemalaysiatoday com January 12 2021 12 52 PMIPOH Umat Islam diingatkan supaya tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah terpalit dengan rasuah salah guna kuasa tidak jujur mahupun ikhlas Sultan Perak...
Ahmad Maslan Hanya Beritahu Salah Guna Kuasa Kerajaan Ph Tak Dibetulkan Pn Kata Najib

Ahmad Maslan Hanya Beritahu Salah Guna Kuasa Kerajaan Ph Tak Dibetulkan Pn Kata Najib

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 229 hits
mykmu netNajib Razak tampil mempertahankan Ahmad Maslan dengan berkata setiausaha agung Umno itu hanya memaklumkan ketidakadilan perundangan dan salah guna kuasa pentadbiran Pakatan Harapan tidak diperbetulkan kerajaan Perikatan Nasional ta...
Darurat Muhyiddin Perolehi Kuasa Mutlak Mahu Selamatkan Diri Tutup Mulut Rakyat Kata Ph

Darurat Muhyiddin Perolehi Kuasa Mutlak Mahu Selamatkan Diri Tutup Mulut Rakyat Kata Ph

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 376 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengusulkan negara diletakkan bawah darurat adalah untuk menyelamatkan diri walaupun ia merencat demokrasi dan menafikan suara rakyat kata Pakatan Harapan Blok pembangkang...
Tahap Rasuah Salah Guna Kuasa Kakitangan Awam Membimbangkan Kata Sprm

Tahap Rasuah Salah Guna Kuasa Kakitangan Awam Membimbangkan Kata Sprm

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 180 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mahu penjawat awam membuka mata dan telinga dan menjadi pemberi maklumat kepada SPRM untuk membanteras rasuah dalam kerajaan KUALA LUMPUR Tahap rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan kakitangan awam memb...
Ordinan Darurat Kuasa Mutlak Agong

Ordinan Darurat Kuasa Mutlak Agong

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 274 hits
Oleh Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil 1Media my 11 Januari 2021 menyaksikan negara Malaysia menutup pintu Parlimen kepada 222 ahlinya Badan perundangan di peringkat Persekutuan digantung fungsinya Kuasa eksekutif diserahkan kepada ke...
Darurat Beri Kuasa Mutlak Pada Pm Dakwa Ph

Darurat Beri Kuasa Mutlak Pada Pm Dakwa Ph

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 167 hits
malaysiakini comDiterbitkan 12 Jan 2021 6 29 pmPakatan Harapan berpendapat darurat tidak perlu diisytiharkan antaranya kerana ia didakwa memberi kuasa mutlak kepada seorang perdana menteri Malah kami melihat tindakan menggantung parlimen da...
Jika Muhyiddin Berani Jangan Guna Alasan Covid Halang Perhimpunan Agung Umno

Jika Muhyiddin Berani Jangan Guna Alasan Covid Halang Perhimpunan Agung Umno

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh January 09 2021Menyedari beberapa usul yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung Umno pada 30 31 Januari ini mungkin menggugat survival kerajaan Perkatan Nasional Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin menggunakan helah pandemik Covid 19...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Crisis Management 101

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun

Mad Science A Harley Sportster Grand Prix Racer By A Nuclear Chemist

Sa Tak Pernah Buat Muka