Tolak Kerjasama Bersatu Umno Gali Lubang Kubur Sendiri



(Warta Rakyat) – Entah apa yang bermain dalam fikiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila mengumumkan partinya sudah membuat keputusan muktamad untuk menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Apakah beliau benar-benar yakin bahawa tindakan itu akan menjamin kemenangan UMNO di sebahagian besar kerusi yang bakal ditandinginya?
Kenyataan populis sebegitu sebenarnya memberi harapan palsu kepada ahli-ahli akar umbi UMNO yang setia dengan parti walaupun selepas mengalami prestasi buruk pada PRU-14.
Sikap angkuh pucuk pimpinan UMNO boleh menyebabkan ahli-ahli UMNO tidak dapat melihat hakikat sebenar situasi politik negara menjelang PRU-15 yang bakal menyaksikan tentangan yang lebih sengit daripada Pakatan Harapan (PH).
Memang benar, rejim PH mempunyai rekod prestasi yang sangat corot semasa 22 bulan menguasai pentadbiran negara dahulu, namun dari segi politik mereka masih lagi bersepakat.
Di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, gerak kerja mereka dilihat lebih tersusun dan fokus dalam memanipulasi persepsi rakyat lebih-lebih lagi golongan muda yang mudah terperdaya dengan dakyah palsu pembangkang.
Melihat kepada keputusan PRU-14, mana-mana gabungan politik yang ingin mematahkan serangan PH dalam kempen PRU-15 mesti bersepakat agar tidak berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih.
Dalam hal ini, secara khususnya, UMNO yang di bawah tiket Barisan Nasional (BN) dan Bersatu atau PAS di bawah tiket PN tidak boleh bertembung sesama sendiri.
Jika ketiga-tiga parti tidak mahu beralah, sokongan daripada pengundi yang tidak memihak kepada PH akan terpecah dua sekali gus mengurangkan kebarangkalian untuk memenangi kerusi yang ditandingi.
Sifir politik pilihan raya ini amat mudah difahami, namun pucuk pimpinan UMNO seolah-olah tidak mengendahkannya.
Mungkin mereka masih terperangkap dalam mentaliti ‘warlord’ sehingga menyebabkan mereka menganggap apa sahaja keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk parti.
Malah, pandangan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin parti yang lain serta akar umbi yang mahu melihat parti-parti politik Melayu dan Islam bekerjasama dalam PRU-15 ditolak ke tepi begitu sahaja.
Ada pemimpin UMNO yang tidak berani menegur keputusan yang di luar semangat Muafakat Nasional (MN) itu semata-mata kerana takut nama mereka tidak akan dicalonkan pada PRU-15.
Sikap penakut itu mesti diubah kerana tidak guna mereka dapat menjadi calon apabila parti gagal menjadi sebahagian daripada gabungan yang membentuk kerajaan.
Lebih malang lagi, UMNO terpaksa menjadi pembangkang sekali lagi sekiranya rejim PH berkuasa semula.
Masih belum terlambat bagi pucuk pimpinan UMNO yang masih berfikiran waras untuk melakukan perubahan drastik dalam usaha membuka semula jalan menuju ke meja rundingan bersama Bersatu dan PN.
Jika ada pemimpin yang berdepan masalah peribadi termasuk kes mahkamah, nasihatkanlah mereka supaya bercuti agar tumpuan parti untuk menghadapi PRU-15 tidak terganggu.
Lebih baik kalau pemimpin-pemimpin terbabit secara sukarela berundur secara terhormat bagi membolehkan tokoh-tokoh lain yang lebih berwibawa menerajui parti sehingga pemilihan diadakan.
Pengorbanan mereka itu pasti disanjung tinggi dan dihargai oleh akar umbi UMNO yang semakin bimbang apabila parti membuat keputusan yang diumpamakan seperti menggali lubang kubur sendiri.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/10/03/tolak-kerjasama-bersatu-umno-gali-lubang-kubur-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Calon Tapi Bersatu Tolak Dan Kempen Kah Kah

Umno Calon Tapi Bersatu Tolak Dan Kempen Kah Kah

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 286 hits
Panas Tajuddin akhirnya dedah rahsia di sebalik pencalonan Ahmad Maslan sebagai timbalan speakerSeptember 20 2021 Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan beberapa ahli Parlimen parti itu disenaraikan se...
Umno Tolak Bersama Bersatu Bersatu Sedia Langgar Umno Pas Nak Ikut Mana

Umno Tolak Bersama Bersatu Bersatu Sedia Langgar Umno Pas Nak Ikut Mana

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 265 hits
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum UMNO memang sudah memuktamadkan tidak mahu bersama atau bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRU15 akan datang Oleh kerana ketetapan tersebut telah dimuktamadkan oleh Perhimpunan Agung UMNO ata...
Bersatu Usah Berharap Lagi Kepada Kerjasama Umno Lebih Bermaruah Jika Hubungan Diputuskan Terus

Bersatu Usah Berharap Lagi Kepada Kerjasama Umno Lebih Bermaruah Jika Hubungan Diputuskan Terus

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 241 hits
Bersatu melalui kenyataan Mahiaddin Md Yasin baru baru ini menyatakan parti itu sedia melanggar UMNO pada PRU15 akan datang Katanya Bersatu hanya akan bekerjasama dengan parti yang sealiran dengan mereka saja Walaupun kerjasama dalam memben...
Kerjasama Bersatu Umno Terpulang Kepada Umno

Kerjasama Bersatu Umno Terpulang Kepada Umno

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 597 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia masih belum jelas dengan hala tuju UMNO sama ada akan terus bersama dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 atau parti itu mempunyai pilihan lain Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya bersedia denga...
Pn Melaka Yakin Kekuatan Sendiri Walau Tak Kerjasama Dengan Umno

Pn Melaka Yakin Kekuatan Sendiri Walau Tak Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 303 hits
JASIN Perikatan Nasional Melaka yakin mampu membentuk kekuatan sendiri menerusi gabungan Bersatu PAS dan Gerakan pada pilihan raya negeri di negeri itu sekiranya tidak bekerjasama dengan Umno kata Pengerusinya Mohd Rafiq Naizamohideen Bersa...
Muktamad Umno Tak Kerjasama Bersatu Pn Pada Pru15 Kata Zahid

Muktamad Umno Tak Kerjasama Bersatu Pn Pada Pru15 Kata Zahid

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 555 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke 15 Katanya keputusan itu adalah muktamad Umno juga mengambil pendirian m...
Kerjasama Dengan Pn Umno Di Melaka Hanya Zahid Sahaja Tolak

Kerjasama Dengan Pn Umno Di Melaka Hanya Zahid Sahaja Tolak

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 362 hits
agendaily com10 10 2021No way Bersatu kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kerjasama kedua dua parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka sekiranya diadakan Tidak ada masalah untuk Perikatan Nasional beker...
Melaka A Testing Ground For Umno Bersatu Fight Say Analysts

Melaka A Testing Ground For Umno Bersatu Fight Say Analysts

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 405 hits
If state assembly elections are called in Melaka the battle will be a litmus test for when Umno and Bersatu square off at the next general election say two political analysts James Chin of the University of Tasmania s Asia Institute said th...
Sireh Katak Bersatu Pulang Ke Gagang Umno

Sireh Katak Bersatu Pulang Ke Gagang Umno

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 221 hits
Beliau ketika itu bertegas bahawa Muafakat Nasional termasuk BERSATU sedangkan umum tahu bahawa UMNO menganggap parti yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin itu sebagai pengkhianat Muafakat Nasional bukan...
Survey Budget 2026 Seen As Positive But Gaps Still Need To Be Addressed

Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm

Ramanan Vs Prabakaran Mitra In Leadership Crisis

Budi Madani Diesel 2025 Permohonan Tarikh Bayaran Bulanan

Why Combining Retirement Income Planning With Tax And Estate Strategies Creates True Peace Of Mind

Lirik Lagu Nanti Iman Troye Naim Daniel

Chinatown888 22 September Chinatown888 Top 9 By Lyn

My Ultimet Guide To Workout Shapewear And Bodysuits With Tummy Control


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Kanak Kanak Tema Kerjaya Di Sekolah Adha

Yummy Recipe For Slow Cooker Brisket Of Beef

Asia S First Lego Ferrari Build Race Zooms Into Legoland Malaysia This November

Apabila Lelaki Balik Kerja

Sugarbun Signs Partnership With Sedaplycious To Expand Into West Malaysia Overseas Markets

Restoran Mawaddah Seksyen 4 Port Sarapan Pagi Best Di Shah Alam