Kerjasama Dengan Pn Umno Di Melaka Hanya Zahid Sahaja Tolak


agendaily.com10/10/2021
No way Bersatu, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kerjasama kedua-dua parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekiranya diadakan.
Tidak ada masalah untuk Perikatan Nasional (PN) bekerjasama dengan UMNO sekiranya pilihan raya negeri (PRN) Melaka diadakan tetapi mungkin hanya Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahaja yang menolak kerjasama itu.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu berkata kerjasama PN dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga dari parti UMNO di peringkat kerajaan pusat berjalan dengan baik, jadi tidak ada masalah untuk perkara sama diteruskan dalam kerjasama politik bagi menghadapi PRN Melaka.

“Setakat hari ini saya adalah barisan Kabinet yang dipimpin oleh seorang dari UMNO. Kami bermesyuarat dengan baik, membuat keputusan secara bersama, mempertahankan keputusan-keputusan yang telah kami buat secara bersama dan ini akan kami teruskan.

“Jadi nak menjawab kepada soalan itu, kebanyakan pemimpin di atas sana tak ada masalah untuk bekerjasama. Mungkin ada satu dua orang yang tak mahu bekerjasama,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Hari Sukan Negara peringkat daerah Alor Gajah hari ini.

Rabu lepas, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka.

Jelasnya lagi, Bersatu sentiasa membuka pintu rundingan dan bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja di luar sana, selagi ia tidak merosakkan agama, bangsa dan tanah air.

“Kalau ada yang kata tak nak bersama dengan kita, saya percaya mungkin itu pandangan peribadi, bukannya pandangan majoriti parti yang mereka wakili.

“Saya percaya masyarakat, terutama orang Melayu sangat berharap dan mendoakan orang politik tidak bergaduh dan bercakaran sesama sendiri.

“Sebaliknya mengerat dan merapatkan saf dan pada masa sama mementingkan rakyat lebih daripada kepentingan diri, kumpulan atau parti yang mereka wakili,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14 pada Isnin lepas daripada Speaker Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, setelah kerajaan negeri dipimpin UMNO hilang majoriti.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN itu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/kerjasama-dengan-pn-umno-di-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Hanya Zahid Mahu Tanding Solo Mt Umno Belum Buat Keputusan

Prn Melaka Hanya Zahid Mahu Tanding Solo Mt Umno Belum Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 637 hits
Seorang Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mendedahkan hanya Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu UMNO bertanding secara solo pada pilihan raya negeri Melaka tetapi setakat ini parti masih belum ada keputusan muktamad ...
Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 396 hits
Umum mengetahui pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri adalah sesuatu yang amat diperlukan pada masa ini Semua rakyat Malaysia berganding bahu menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak bersikap men...
Karier Zahid Bakal Berakhir Jika Umno Gagal Di Prn Melaka

Karier Zahid Bakal Berakhir Jika Umno Gagal Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 432 hits
Penganalisis berkata kedudukannya sebagai presiden Umno mungkin tergugat jika parti itu gagal memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Umno 2020 di Pusat Daganga...
Krisis Melaka Zahid Tarik Sokongan Boleh Kenapa Dua Adun Umno Tak Boleh

Krisis Melaka Zahid Tarik Sokongan Boleh Kenapa Dua Adun Umno Tak Boleh

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 399 hits
agendadaily com4 10 2021ADUN UMNO Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan ADUN UMNO Pantai Kundor menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka daripada parti itu Datuk Seri Sulaiman Md Ali Tidak ada isu semasa Preside...
Muktamad Umno Tak Kerjasama Bersatu Pn Pada Pru15 Kata Zahid

Muktamad Umno Tak Kerjasama Bersatu Pn Pada Pru15 Kata Zahid

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 587 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke 15 Katanya keputusan itu adalah muktamad Umno juga mengambil pendirian m...
Tolak Kerjasama Bersatu Umno Gali Lubang Kubur Sendiri

Tolak Kerjasama Bersatu Umno Gali Lubang Kubur Sendiri

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 278 hits
Entah apa yang bermain dalam fikiran Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila mengumumkan partinya sudah membuat keputusan muktamad untuk menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Perikatan Nasional pada Pili...
Zahid Tolak Mn Di Prn Melaka Bn Akan Bertanding Solo

Zahid Tolak Mn Di Prn Melaka Bn Akan Bertanding Solo

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 508 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu mahupun PAS pada pilihan raya negeri Melaka yang akan datang Dalam sebuah program bual bicara malam tadi pengacara Rafi Awang Kechik bertanya kepada Za...
Umno Sokong Dun Melaka Bubar Yakin Menang Zahid

Umno Sokong Dun Melaka Bubar Yakin Menang Zahid

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 384 hits
agendaily com5 10 2021Dewan Undangan Negeri Melaka Keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka mendapat sokongan UMNO dan yakin akan dapat menyapu bersih semua kerusi sekiranya Pilihan Raya Negeri diadakan kata Presidennya Datuk Seri ...
Netizen Kecam Cadangan Zahid Isytihar Darurat Di Melaka Kenapa Tak Buat Mageran Masa Umno Gulingkan Muhyiddin

Netizen Kecam Cadangan Zahid Isytihar Darurat Di Melaka Kenapa Tak Buat Mageran Masa Umno Gulingkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 291 hits
October 6 2021 Sebenarnya aku tak berminat komen pasal krisis politik di Melaka Tapi kejap tadi lihat video kenyataan presiden UMNO Zahid hamidi di Awani begitu dangkal cadangkan Dharurat di Melaka kononnya merujuk Politik di Sarawak Inilah...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keyboard Retro Led Unboxing Malaysia

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri

Tsunami 2004 Dan Banjir Besar 2025 Di Indonesia

Hari Jumaat Yang Sunyi Sepi

Lirik Lagu Jendela Hafsah Syah Inteam