Tolak Icerd Tidak Perlu Ke Parlimen Kata Menteri


Diterbitkan 2 jam yang lalu pada 24 November 2018
Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata persoalan membawa ICERD ke Parlimen tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia telah dipersetujui Kabinet. — Foto oleh Yusof Mat Isa
MELAKA, 24 Nov — Keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) tidak perlu dibawa ke Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata persoalan membawa keputusan itu ke Parlimen tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia (keputusan tersebut) telah dipersetujui pada mesyuarat Kabinet semalam dan kenyataan mengenainya turut dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

“Tempat yang terbaik bagi kerajaan buat keputusan adalah di mesyuarat Kabinet, jadi tidak timbul isu ini dibawa ke Parlimen.

“Dulu mereka (pembangkang) minta agar kerajaan buat keputusan mengenai isu ICERD dan sekarang mereka pula persoalkan perkara ini.

“Apa sebenarnya yang mereka inginkan, adakah mereka sengaja heret perkara ini untuk dijadikan sebagai isu politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan), di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari juga Pengerusi Amanah Melaka dan Ketua Awan Dr Siti Mariah Mahmud.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata bahawa keputusan kerajaan itu tidak mengikut formaliti pentadbiran yang menurutnya perlu dibawa ke Parlimen.

Dalam pada itu, Adly menasihatkan rakyat negeri ini agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang cuba ‘menangguk di air keroh’ dengan menggunakan isu sensitif seperti ICERD.

Beliau berkata walau apa pun isu yang berbangkit, rakyat perlu faham bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu diutamakan.

Adly berkata beliau yakin kerajaan membuat keputusan tidak meratifikasi ICERD setelah mengambil kira semua aspek demi kesejahteraan rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Ditanya tentang tindakan pihak tertentu untuk meneruskan bantahan ICERD di negeri ini malam ini, Adly berkata itu terpulang kepada mereka.

Umno dan PAS Melaka serta badan bukan kerajaan merancang menganjurkan himpunan membantah ICERD pada pukul 8 malam ini dan akan berarak dari Masjid Kampung Hulu ke Dataran Pusat Transformasi Bandar di sini. 
— Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/tolak-icerd-tidak-perlu-ke-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penagih Dadah Tolak Icerd Lebih Baik Dari Menteri Yang Terima Kata Nik Abduh

Penagih Dadah Tolak Icerd Lebih Baik Dari Menteri Yang Terima Kata Nik Abduh

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 511 hits
Nik Abduh menyatakan penagih dadah yang menolak ICERD lebih baik daripada menteri yang menerimanya Foto Sinar Harian Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menempelak dakwaan Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Datuk Raja Kam...
Menteri Besar Pahang Tolak Icerd Tindakan Tepat Kerajaan

Menteri Besar Pahang Tolak Icerd Tindakan Tepat Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 422 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menyifatkan keputusan kerajaan Pusat untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum adalah tindakan tepat Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ternyata bantaha...
Menteri Wajar Tolak Jawatan Lain Demi Kredibiliti Kata Penganalisis

Menteri Wajar Tolak Jawatan Lain Demi Kredibiliti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 457 hits
Awang Azman Awang Pawi berkata PH tidak perlu terikut ikut amalan kerajaan terdahulu di mana menteri boleh memegang pelbagai jawatan KUALA LUMPUR Seorang menteri kabinet wajar menolak sebarang jawatan lain yang ditawarkan kepada mereka agar...
Malaysia Tak Boleh Kata Tolak Icerd Anwar

Malaysia Tak Boleh Kata Tolak Icerd Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 446 hits
Oleh Ifwan Tun TuahDATUK Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis kesyukuran kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen Port Dickson di Kampung Pachitan malam ini Foto Iqmal Haqim RosmanPORT DICKSON Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan ...
Menteri Lebih Teruk Dari Penagih Tolak Icerd

Menteri Lebih Teruk Dari Penagih Tolak Icerd

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 432 hits
Oleh Subky LatifKETIKA Tok Hakim Tok Mufti ulama dan politikus bukan kerajaan kata Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum adalah bencana buat umat dan Malaysia maka ada menteri yang tidak dipilih rakyat...
Syukur Pas Umno Mainkan Peranan Di Parlimen Pertikaikan Fitnah Menteri Perpaduan Kata Maza

Syukur Pas Umno Mainkan Peranan Di Parlimen Pertikaikan Fitnah Menteri Perpaduan Kata Maza

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 381 hits
Oleh MP UMNO DAN PAS BERPERANANAhli Parlimen UMNO dan PAS menyuarakan bantahan mereka kepada pengkhianat negara di Parlimen Malaysia Bersyukur atas peranan yang mereka mainkan Jika di India ada pengkhianat seperti itu saya percaya dia tidak...
Amanah Tolak Icerd

Amanah Tolak Icerd

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 403 hits
Diterbitkan 13 Nov 2018 8 59 malamParti Amanah Negara menolak cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Timbalan presidenn...
Syabas Salahuddin Ayub Amanah Tolak Icerd

Syabas Salahuddin Ayub Amanah Tolak Icerd

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 432 hits
WEBLOG Ibnu Hasyim mengucapkan syabas kepada Datuk Salahuddin Ayub kerana berita ini Parti Amanah Negara menolak cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum kerana ia bertentangan...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025