Tolak Hukum Rejam Ajaran Khawarij


Abdul Rahman Abdul Talib     
ULASAN | Merujuk kepada artikel Wan Ji Wan Hussain yg disiarkan oleh Malaysiakini pada 2 Apr 2019 bertajuk 'Tiada hukuman rejam dalam al-Quran', saya ingin memberi pandangan saya.

Wan Ji berhujah bahawa hukuman rejam tidak wajib kerana ia tidak disebut di dalam al-Quran.

Beliau merujuk kepada kenyataan Prof Muhammad Abu Zahrah yg dikeluarkan pada tahun 1970an di Libya.

Prof Abu Zahrah mengatakan bahawa hukuman rejam ini bukan dari Islam tapi berasal dari Yahudi ataupun syariat kaum Yahudi

Adakah Ustaz Wan Ji hendak mengatakan para ulama dari zaman para sahabat selama 1,400 tahun telah berbuat kesilapan dan telah mewajibkan hukuman yang tidak wajib?

Adakah Ustaz Wan Ji hendak berkata yg ulama-ulama selama 1,400 tahun telah membuat bidaah yang mungkar?

Dari segi logik akal pun tidak masuk akal sama sekali apa yang didakwa oleh Wan Ji. Mustahil tiada seorang pun ulama-ulama dahulu selama 1,400 tidak mengetahui yang hukum rejam ini tidak tersabit dalam perundangan Islam.

Wan Ji berkata lagi: “Jika mahu dihuraikan segala hujah beliau, sudah pasti memerlukan satu artikel yang terlalu panjang. Mungkin sahaja mencapai sebuah buku.”
Sekiranya kita menulis nama-nama ulama yg mentasbitkan kewajipan hukum rejam dari zaman sahabat ke zaman kita sekarang ini, nescaya akan memenuhi lebih daripada sebuah buku.

Dari Saidina Umar ibnu Khattab, Saidina Ali, Ibnu Umar, Ibnu Abbas kepada Tabiin seperti Ikrimah bin Ammar, Ibrahim An Nakhaie kepada imam-imam yg empat kepada Al Auzaie, Ibnu Abdul Barr (Mazhab Maliki), Ibnu Qudamah (Hanbali) membawa kepada Imam Nawawi, Ibnu Hajr Asqalani,
Ads Dzahabi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Katsir, At Tabari, Ibnu Qutaibah dan di zaman moden kita pun beribu-ribu ulama yang mentasbitkan hukum ini.

Kalau dimuatkan semua hujah-hujah mereka, nescaya akan memakan ruang lebih daripada 200 jilid.

Hujah diulang kembali Wan Ji berkata bahawa hujah paling utama menolak hukum rejam adalah ketiadaan hukum ini dalam al-Quran.

Hujah Wan Ji ini adalah hujah lama yang diulang cetak. Hujah ini telah wujud di zaman para sahabat tapi dikeluarkan oleh kumpulan Khawarij.

Sebagai bukti, merujuk kepada tulisan Imam Nawawi dlm kitabnya “Minhaj Syarah Sahih Muslim” di bawah Kitab Hudud dan Bab “Itsbat Hukum Rejam untuk penzina” (jilid 11 ms 284).

“…saya khuatir sesungguhnya terdapat manusia di zaman (ini) yg antaranya berkata; “Kami tidak berjumpa hukum rejam di dalam Al Quran maka mereka menjadi sesat dgn meninggalkan ajaran yg dari mereka yg takut (kpd Allah) (dan) mereka ini telah jatuh (ke dalam) fahaman Khawarij dan seperti yg telah mereka persetujui dahulu”
Kenyataan Imam Nawawi di atas membuktikan hujah Wan Ji itu hanyalah hujah yang diulang kembali dari kumpulan Khawarij yg mana Khawarij menolak hukum rejam atas sebab ia tidak ada dalam al-Quran.

Wan Ji juga menulis: “Pertama, bagi kesalahan zina, al-Quran hanya menjelaskan bahawa hukuman yang dikenakan ialah 100 sebatan. Hukuman yang dilakukan itu pula bersifat amat ehsan.”

Malangnya Wan Ji tidak merujuk kepada tafsiran Ibnu Abbas akan ayat 15 Surah Al Maaidah yang dinaqal dari kitab Al Mustadrak Al Hakim - hadis 8133:

Berkata Ibnu Abbas RA:

"Sesiapa yang mengkufuri hukuman rejam maka dia telah mengkufuri Al Quran dengan (dia) tidak mengambil perkiraan firman Allah SWT : Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci… maka pada masa itu hukum rejamlah yang mereka (kaum Yahudi) sembunyikan”.

Ibnu Abbas juga berdalilkan dengan al-Quran yang mana menunjukkan bahawa sesiapa mengkufuri hukum rejam maka dia mengkufuri al-Quran terutamanya ayat 15 surah Al-Maidah.

Desakan orientalis Yahudi dan Nasrani Hadis ini jelas menunjukkan kedudukan hukum rejam dalam perundangan Islam yang mana tiada keraguan akan kedudukan hukum tersebut dalam perundangan Islam seperti yang disahkan oleh Ibnu Abbas dalam hadis di atas.

Wan Ji berdalilkan dengan pendapat Prof Muhammad Abu Zahrah yang mana kata beliau sudah mendapat penerimaan yang banyak dari ulama-ulama kontemporari termasuk Yusuf Qardhawi.

Ulama-ulama zaman moden ini menolak hukum rejam kerana mereka tunduk kepada desakan dan kritikan orientalis Yahudi dan Nasrani.

Oleh kerana ketiadaan hujah yang rasional untuk menyokong hukum rejam, maka ulama-ulama ini rela tunduk kepada desakan orientalis Yahudi dan Nasrani.

Menghormati agama lain tidak bermakna kita orang Islam mengubah agama kita demi mendapat keredhaan mereka.

Sedangkan Tun Salleh Abbas dalam satu forum apabila ditanya berkenaan hukum rejam beliau berkata hukum ini tidak zalim sama sekali bagi mereka yang memandang zina itu keji dan mungkar.

Hukum rejam dalam Islam adalah tsabit dgn Ijma para sahabat menandakan bahawa tidak ada keraguan walaupun sedikit akan kewajiban melaksanakan hukum tersebut dan kedudukannya di dalam hukum syarak.

Mustahil ulama-ulama sepanjang 1,400 tahun boleh berbuat silap dengan mewajibkan hukuman yang bukan dari hukum syarak.

Pendapat kononnya hukuman ini tiada dlm al-Quran adalah pendapat yang datang dari kaum Khawarij, bukan dari Islam.

*ABDUL RAHMAN ABDUL TALIB merupakan penulis blog.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/tolak-hukum-rejam-ajaran-khawarij.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Mengucapkan Iblis Laknatullah

Hukum Mengucapkan Iblis Laknatullah

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 178 hits
Hukum Mengucapkan Iblis Laknatullah Mohon pencerahannya ust Iblis itu kan mmg terlaknat Lantas boleh ga kita mendoakan dasar iblis Laknatullah setan Laknatullah Syukron atas jawabannya ust Jawaban Bismillah walhamdulillah was sholaatu wassa...
Apakah Hukum Bekerja Di Tempat Yang Menjual Arak

Apakah Hukum Bekerja Di Tempat Yang Menjual Arak

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 326 hits
Selari dengan ajaran Islam bekerja atau mencari nafkah untuk diri dan keluarga juga dikategorikan sebagai ibadah Malah Islam memberi kebebasan kepada umatnya untuk mencari pekerjaan agar hidup dalam kemuliaan dan tidak membebankan orang lai...
Hukum Tapau Makanan Di Majlis Kenduri Tanpa Meminta Izin

Hukum Tapau Makanan Di Majlis Kenduri Tanpa Meminta Izin

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 329 hits
Sekarang dah mula masuk musim kenduri kahwin Bila kenduri kahwin ni terutamanya kenduri kawan sendiri mesti feel dia lain macam sikit Maklumlah umur sebaya dari kecil membesar sama sama hingga dewasa Dah kahwin ni mestilah kena pandai bahag...
Lafaz Akad Nikah Betul Ke Wajib Satu Nafas Mufti Perjelas Hukum Sebenar

Lafaz Akad Nikah Betul Ke Wajib Satu Nafas Mufti Perjelas Hukum Sebenar

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 958 hits
Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan Merupakan satu kehidupan baru setiap teruna dan dara ke arah hidup berkeluarga seperti orang lain yang sudah berkeluarga Di dalam proses perkahwinan Akad Nikah merup...
Kritik Kerajaan Soal Pelanggaran Ham Dosen Hukum Ditangkap Otoritas Saudi

Kritik Kerajaan Soal Pelanggaran Ham Dosen Hukum Ditangkap Otoritas Saudi

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 326 hits
Anas al Mazrouee dengan lantang mengecam penangkapan dan penahanan dilakukan pihak Saudi terhadap para pejuang hak perempuan dan aktivis HAM lainnya Selain itu dia juga mengkritik tindakan keras pihak kerajaan terhadap perbedaan pendapat
Hukum Membuka Al Qur An Dengan Kaki Bagi Disabilitas Yang Tak Punya Tangan

Hukum Membuka Al Qur An Dengan Kaki Bagi Disabilitas Yang Tak Punya Tangan

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 214 hits
Al Qur an merupakan kitab Allah yang wajib dilmuliakan oleh setiap orang Disebutkan bahwa salah satu cara memuliakan al Qur an adalah meletakkannya di tempat yang lebih tinggi dari posisi kaki Al Qur an tidak boleh diletakkan di tempat yang...
Lirik Lagu Experiment Melody Hukum

Lirik Lagu Experiment Melody Hukum

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 282 hits
Lirik Lagu Experiment Melody Hukum Lirik Lagu Malaysia Terbaru Biarkanlah saja cinta ini pergi Dari engkau terus menghukum batinku Intro Terdiam dalam cinta Sunyi aku sendiri Kesalahanku mencintamu Biarkalah saja cinta ini pergi Dari engkau...
Hebatlah Hukum Hudud Dilaksanakan 3 April Ni Di Brunei

Hebatlah Hukum Hudud Dilaksanakan 3 April Ni Di Brunei

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 627 hits
Brunei akan laksanakan Hudud 3 april 2019 gambar dari Bermula 3 April 2019 minggu depan Brunei akan mula menguatkuasakan hukuman sebat atau direjam hingga mati bagi beberapa kesalahan seksual termasuk homoseks zina dan rogol Sebelum ini Sul...
Mahfud Md Golput Melanggar Hukum Kalau Menghalang Halangi Orang Memilih

Mahfud Md Golput Melanggar Hukum Kalau Menghalang Halangi Orang Memilih

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 212 hits
Golput yang melanggar hukum itu misalnya menghalang halangi orang memilih atau mengintimidasi orang agar tidak memilih nah itu secara hukum kata Mahfud di Balai Kartini Jakarta Selatan Kamis
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran