Lafaz Akad Nikah Betul Ke Wajib Satu Nafas Mufti Perjelas Hukum Sebenar


Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan. Merupakan satu kehidupan baru setiap teruna dan dara ke arah hidup berkeluarga seperti orang lain yang sudah berkeluarga.
Di dalam proses perkahwinan, Akad Nikah merupakan salah satu saat yang paling getir dan mendebarkan sang pengantin khususnya pengantin lelaki. Manakan tidak, tatkala merupakan saat bersejarah dalam hidup anda, tambahan pula diperhatikan semua orang dan dalam keadaan gementar. Maka tidak hairan lah jika ramai pengantin lelaki yang terpaksa beberapa kali ulang proses akad nikah.
Antara kegagalan tersebut ialah gagal menyebut lafaz dengan sempurna sama ada sebutan nama atau angka. Dan yang paling banyak kesalahan yang dibuat ialah gagal melafazkan akad nikah dengan satu nafas. Sampai ada proses akad nikah ni mengheret masa hanya kerana sebab itu.

Tapi, benarkah begitu hukum nikah nya? Wajib kah satu nafas lafaz kalau tak nanti tak sah ?
Sila ikuti penjelasan Mufti Perlis ini mengenai hukum dan syarat sebenar ketika akad nikah..
JANGAN BULI PENGANTIN MASA AKAD NIKAH 1. Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
2. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud tujuan tersebut maka ia sah.
Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi‘i, maka sahlah ijab dan kabul tersebut.
TIDAK DISYARATKAN mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

 
AKAD NIKAH ITU HANYA MUDAH 3. Sarjana fiqah semasa Dr. Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”.
Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”.
Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang Arab Badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi SAW (ingin berkahwin dengan Nabi SAW),
Arab Badawi itu berkata:“Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi SAW: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
4. Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan
[باب إذا قال الخاطب للولي زوجني فلانة فقال قد زوجتك بكذا وكذا جاز النكاح وإن لم يقل للزوج أرضيت أو قبلت ]
maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan kabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.
WAJIB AKAD HANYA SATU LAFAZ? 5. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”.
(petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355)

6. Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab kabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “Aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin.
Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: “Perlu ulang ke?” Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak
SS Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis
sumber : drmaza.com
The post LAFAZ AKAD NIKAH : Betul Ke Wajib Satu Nafas? Mufti Perjelas Hukum Sebenar appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/lafaz-akad-nikah-betul-ke-wajib-satu-nafas-mufti-perjelas-hukum-sebenar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jurunikah Jangan Buli Pengantin Masa Akad Nikah Mufti Perlis

Jurunikah Jangan Buli Pengantin Masa Akad Nikah Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 318 hits
Mendirikan rumah tangga menjadi idaman setiap pasangan yang sedang bercinta Begitupun untuk melangkah ke fasa seterusnya bukan satu perkara yang mudah Pelbagai persiapan termasuk persiapan diri sendiri untuk bergelar suami atau isteri perlu...
Dulu Dia Tak Faham Satu Apa Pun Saya Cakap Kini Aiman Suka Membebel Tip Ibu Anak Autisme Yang Mama Wajib Praktis

Dulu Dia Tak Faham Satu Apa Pun Saya Cakap Kini Aiman Suka Membebel Tip Ibu Anak Autisme Yang Mama Wajib Praktis

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 447 hits
Menunggu hari demi hari untuk anak autisme kita bercakap memang menyukarkan Malah penuh emosi Jangan paksa si kecil anda kerana mereka perlukan masa untuk memahami ayat dan mengumpul perkataan Jangan paksa tetapi kita tetapi boleh praktiska...
Putihkan Gigi Kurang Dari Satu Saat Biar Betul

Putihkan Gigi Kurang Dari Satu Saat Biar Betul

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 315 hits
Assalamualaikum Dan Salam SejahteraPutihkan Gigi Dengan Cepat Dan BerkesanPutihkan Gigi Secara Semulajadi Cara cepat dan berkesan untuk memutihkan gigi ialah dengan menggunakan bahan semulajadi kurang dari satu saat sahaja gigi anda akan pu...
Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Mudah

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Mudah

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 7820 hits
Hi Korang Assalamulaikum Salam Jumaat Hari ini Iday nak share cara cara mandi wajib paling mudah Mandi wajib ni penting sebab kalau tak betul cara mandi nanti ibadat lain tidak sah Cara mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua dua lelaki...
Mereka Akan Jadi Kerajaan Satu Penggal Mufti Perlis

Mereka Akan Jadi Kerajaan Satu Penggal Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 235 hits
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tanpa berselindung mendedahkan beliau antara individu paling awal menyokong dan ingin melihat pembaharuan pemerintahan di negara ini Namun ketika ditanya mengenai prestasi kerajaan Pakatan Harap...
Takut Termuntah Minum Air Gula Ini Tipsnya Tarik Nafas Dalam Dalam Habiskan Dengan Satu Nafas

Takut Termuntah Minum Air Gula Ini Tipsnya Tarik Nafas Dalam Dalam Habiskan Dengan Satu Nafas

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 353 hits
Prosedur pemeriksaan gula dalam darah atau lebih biasa disebut minum air gula oleh para ibu Ramai yang bimbang melaluinya kerana takut termuntah Mungkin bagi sesetengah ibu ia adalah perkara biasa Namun ada juga yang menghadapi masalah untu...
Bakal Pengantin Lelaki Jangan Lupa Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Bakal Pengantin Lelaki Jangan Lupa Solat Sunat Selepas Akad Nikah

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 425 hits
Bakal Pengantin Lelaki Jangan Lupa Solat Sunat Selepas Akad Nikah Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ahli keluarga baginda SAW sahabat baginda SAW serta orang orang yang mengi...
Kerajaan Wajib Haramkan Pubg Kerana Ia Mendidik Generasi Muda Ke Arah Aktiviti Keganasan Mufti N9

Kerajaan Wajib Haramkan Pubg Kerana Ia Mendidik Generasi Muda Ke Arah Aktiviti Keganasan Mufti N9

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 265 hits
Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berpendapat bahawa permainan PlayerUnknown s Battleground yang semakin diminati golongan muda perlu diharamkan kerajaan nbsp Menurut beliau permainan itu mendidik generasi muda ke arah aktiviti k...
Wajah Sebenar Puteri Nur Satu Satunya Manusia Kacukan Bunian

Wajah Sebenar Puteri Nur Satu Satunya Manusia Kacukan Bunian

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 734 hits
Puteri Nur Dikatakan Mempunya darah kacukan dari nendanya dan merupakan satu satunya manusia berkacukan bunian Melalui siaran yang TV9 dia menyatakan bertemu dengan nendanya di alam mimpi dan diberitahu dia adalah waris sah kerajaan nendany...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner