Tol Tanpa Palang Teknologi Anpr Di Malaysia Mulai Okt 2025


Sistem pembayaran terbuka tol atau tol tanpa palang di Malaysia menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) yang disokong platform digital bersepadu, akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober 2025. Pelaksanaan sistem ini merupakan langkah ke arah mewujudkan Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) bagi menjamin kelancaran aliran trafik, di samping memudahkan pengguna.
Tahukah anda apakah tol tanpa palang dan bagaimana ia berfungsi nanti?
Jom kami kongsikan lebih lanjut supaya anda taklah terkejut bila lalu tol ni nanti.
Apakah ANPR? ANPR (Automatic Number Plate Recognition) ialah sistem kamera pintar yang mampu mengesan, membaca dan merekod nombor plat kenderaan secara automatik.
Teknologi ini digunakan di banyak negara untuk penguatkuasaan jalan raya, parkir automatik, dan kutipan tol elektronik.
Di Malaysia, ANPR bakal jadi teras kepada sistem tol tanpa palang, satu inovasi industri lebuh raya yang bakal mengubah cara kita membayar tol.
Teknologi ANPR menggunakan kamera beresolusi tinggi bagi mengenal pasti nombor plat kenderaan secara automatik, yang kemudiannya dipadankan dengan imej fizikal kenderaan menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Gambar menunjukkan Hari Taklimat dan Demonstrasi Pelaksanaan Sistem Pembayaran Terbuka ANPR bersama YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya pada 7 Ogos 2025. / Sumber : Kementerian Kerja Raya Malaysia Apakah MLFF? MLFF (Multi Lane Free Flow) ialah sistem kutipan tol elektronik tanpa palang dan tanpa henti, di mana kenderaan tidak perlu memperlahankan kelajuan atau berhenti di lorong tol.
Pembayaran dilakukan secara automatik menggunakan teknologi Automatic Number Plate Recognition (ANPR) dan ini bermakna, tiada lagi plaza tol yang menyebabkan kesesakan di lebuh raya.
Video tinjauan Menteri Kerja Raya bagi Sistem ANPR di PLUS Bilakah Tol Tanpa Palang Akan Digunakan Di Malaysia? Sistem pembayaran tol tanpa palang / tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) yang disokong platform digital bersepadu, akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober 2025.
Menurut Menteri Kerja Raya, Kerajaan fokus untuk melaksanakan MLFF sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan ANPR sebagai asas teknikal kepada sistem tersebut.
Di Manakah Tol Tanpa Palang Akan Dilaksanakan? Sebagai projek rintis, ia membabitkan laluan Hutan Kampung ke Sungai Dua di Pulau Pinang.
Sistem ini akan diuji di 13 plaza tol membabitkan 35 lorong sebelum diperluas secara berperingkat ke keseluruhan jajaran PLUS.
Sumber: Kementerian Kerja Raya Malaysia Bagaimana Pembayaran Dibuat? Tak perlu lagi kad fizikal atau alat tambahan – hanya daftar nombor plat kenderaan dalam aplikasi JustGO, dan terus pandu. Bayaran tol dibuat secara automatik melalui kad debit/kredit atau e-dompet anda yang didaftarkan di aplikasi ini.
Melalui platform digital bersepadu, pengguna boleh melalui mana-mana lorong tol tanpa henti dengan pilihan pelbagai mod pembayaran digital, semakan transaksi dan paparan e-invois.
Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian tanpa sebarang caj.
Sistem pembayaran tol terbuka ini merupakan inisiatif bersama Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.
Gambar menunjukkan Menteri Kerja Raya mencuba sendiri sistem pembayaran terbuka Automatic Number Plate Recognition (ANPR) pada 7 Ogos 2025. / Sumber: Facebook Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia Adakah Penunggang Motosikal Perlu Membayar Tol? Tidak. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menegaskan tiada perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol, termasuk penunggang motosikal.
Kenyataan ini menafikan dakwaan bahawa motosikal akan dikenakan tol mulai Oktober, yang tersebar di media sosial. LLM menyifatkan maklumat tersebut sebagai palsu dan mengelirukan. LLM menggesa orang ramai agar merujuk sumber rasmi dan tidak menyebar maklumat palsu.
Gambar menunjukkan sistem MLFF yang sedang diuji dan bakal dilaksanakan di Malaysia bagi mempercepatkan aliran trafik di tol tanpa perlu berhenti atau memperlahankan kenderaan. / Sumber: Media sosial Baca juga: Pengeluaran KWSP Akaun 1,2,3 – Syarat & Cara Mohon
Maklumat Lanjut Apa beza RFID sekarang dengan MLFF? RFID sekarang masih memerlukan palang tol, MLFF tidak ada palang langsung.
Apakah perbezaan MLFF dengan ANPR? MLFF = konsep tol tanpa palang, manakala ANPR = salah satu teknologi pelaksanaan bagi membolehkan sistem ini berfungsi.
Bila Malaysia akan guna tol tanpa palang? PLUS Malaysia Berhad akan melaksanakan ujian rintis sistem ANPR ini di 13 plaza tol dan 35 lorong di jajaran Hutan Kampung – Sungai Dua bermula Oktober 2025.
Bagaimana ANPR berfungsi di tol tanpa palang? Teknologi ANPR ini membolehkan nombor plat kenderaan dikenal pasti secara automatik menggunakan kamera beresolusi tinggi, dan bayaran tol dibuat secara digital melalui aplikasi yang disambungkan kepada kad debit/kredit atau e-dompet.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaksanaan sistem ini di Malaysia, sila rujuk saluran berikut:
Kementerian Kerja Raya Malaysia Lembaga Lebuhraya Malaysia  PLUS Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tol-tanpa-palang-malaysia-anpr-mlff/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tol-tanpa-palang-malaysia-anpr-mlff

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Bayar Tol Tanpa Palang Detect Nombor Plat Dilaksana Secara Berperingkat Mulai Oktober

Sistem Bayar Tol Tanpa Palang Detect Nombor Plat Dilaksana Secara Berperingkat Mulai Oktober

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 236 hits
Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara Selatan bermula Oktober ini Daftar nombor plat di aplikasi JustGO Hal itu dimaklumkan Menteri Kerj
Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 2991 hits
Membincangkan Pengisian Program Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2025Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni Menjelang Ogos biasanya setiap agensi atau Jabatan akan mulai membuat berbagai program pengisian sempen...
Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 4459 hits
20 Ogos 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Seminar Kewangan bertajuk Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future di Dewan Saksama Bangunan BHEUU Putrajaya Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran awa...
26 April 2025 Khabar Duka Dari Bumi Malaysia

26 April 2025 Khabar Duka Dari Bumi Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 487 hits
Assalammualaikum Dunia Diam tak diam sudah menjengah hari Sabtu Kepenatan turun dari Jabar Nur masih terasa Malam semua tidur lena yer lar sampai hotel pun dah tengah malam Makkah Clock Royal Tower Misi mencari souvenir Cari pelan pelan yer...
Tourism Malaysia Dan Star Media Group Lancar Star Karnival Cuti Cuti Malaysia 2025

Tourism Malaysia Dan Star Media Group Lancar Star Karnival Cuti Cuti Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1661 hits
Tourism Malaysia dan Star Media Group Lancar Star Karnival Cuti Cuti Malaysia 2025 PETALING JAYA 22 Ogos 2025 Tourism Malaysia dengan kerjasama strategik Star Media Group Berhad hari ini melancarkan Star Karnival Cuti Cuti Malaysia 2025 sat...
Asean Tech Summit 2025 Malaysia Sasar Jadi Hab Inovasi Serantau

Asean Tech Summit 2025 Malaysia Sasar Jadi Hab Inovasi Serantau

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 423 hits
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi YB Dato Haji Mohammad Yusof bin Apdal telah merasmikan prapelancaran Sidang Kemuncak Kerjasama Pembangunan Teknologi ASEAN 2025 di The Exchange 106 Kuala Lumpur hari ini Dianjurkan oleh Intrinsic...
Pelbagai Lapisan Masyarakat Sertai Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza Harian Metro 09 08 2025

Pelbagai Lapisan Masyarakat Sertai Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza Harian Metro 09 08 2025

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 924 hits
Kuala Lumpur Hujan lebat tidak menghalang kira kira 2 000 orang membanjiri Dataran Merdeka di sini setakat 6 petang hari ini bagi menghadiri Himpunan Perdana Nasional Malaysia Bangkit Untuk Gaza sekali gus membuktikan solidariti padu rakyat...
Nearly 1 8m Tourists From China Visit Malaysia In First Five Months Of 2025

Nearly 1 8m Tourists From China Visit Malaysia In First Five Months Of 2025

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 503 hits
Nearly 1 8 million tourists from China visited Malaysia between January and May this year following the introduction of a visa waiver for Chinese travellers Deputy Tourism Arts and Culture Minister Khairul Firdaus Akbar Khan said that after...
Suria Klcc Dan Sofia Iman Buka Tirai Klfw 2025 Dengan Interpretasi Elegan Warisan Malaysia

Suria Klcc Dan Sofia Iman Buka Tirai Klfw 2025 Dengan Interpretasi Elegan Warisan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 1669 hits
Assalammualaikum semua Minggu Fesyen Kuala Lumpur telah membuka tirai sejak 4 Ogos 2025 dan bakal menutup tirai pada 10 Ogos 2025 Acara pembukaan Kuala Lumpur Fashion Week 2025 berlangsung penuh bergaya pada 4 Ogos lalu menerusi kolaborasi ...
Kenapa Mustahil Untuk Manusia Pergi Ke Bintang Lain

Rightist Don Grilled For Telling Urban Parents Kids Should Master Bahasa Melayu First Before English

It S 1mdb All Over Again With Fifa Sanctions

Arts And Craft Are Food For The Soul Says Tunku Azizah

Ultimate Healthy Breakfast Bars For Weight Loss Recipe Low Calorie

Fiwdee 27 Fiwdee Top 66 By Dillon

Harsh Scolding Was Considered A Normal Part Of Hostel Life

Nothing Lancar Cmf Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fomo Kawan Dah Guna Peranti Terkini Ini Tips Berguna Miliki Peranti Baru Tanpa Kopak Akaun Bank

Hab Pengecasan Pantas Pertama Pro Net Rasmi Di Tanjung Malim Kadar Rm0 80 Kwh

Tiga Pelajar Malaysia Yang Hilang Dijumpai Di Lokap Taiwan

Kanak Kanak Enam Tahun Hidap Penyakit Jarang Jumpa Perlukan Dana Rawatan Otak

Pendaki Maut Terjatuh Dari Gunung Ketika Cuba Ambil Gambar

Dian Piesesha Satukanlah Hati Kami Chord