Pelbagai Lapisan Masyarakat Sertai Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza Harian Metro 09 08 2025


 

Kuala Lumpur: Hujan lebat tidak menghalang kira-kira 2,000 orang membanjiri Dataran Merdeka, di sini, setakat 6 petang, hari ini, bagi menghadiri Himpunan Perdana Nasional: Malaysia Bangkit Untuk Gaza (H4G), sekali gus membuktikan solidariti padu rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.
Tinjauan Harian Metro mendapati bermula 5 petang, peserta mula berarak ke Dataran Merdeka dari kawasan berhampiran seperti Masjid Jamek, Masjid Negara dan pusat beli-belah di ibu kota sambil membawa bendera Palestin serta sepanduk kecaman terhadap kekejaman Zionis.
Perhimpunan aman itu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat bersama penyertaan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Malaysia.
Turut hadir dalam perhimpunan itu termasuk Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan aktiviti politik, Chua Tian Chang dan Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan.
Perhimpunan itu turut dikawal rapi pihak polis dengan penutupan jalan utama menuju ke Dataran Merdeka bagi memastikan kelancaran dan keselamatan acara.
Difahamkan, himpunan ini bermula pada 4 petang, bertujuan menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus ditindas oleh rejim zionis.
Antara acara yang akan diadakan termasuk persembahan nasyid, puisi, sajak dan 'flashmob' bagi mengisi sesi pembukaan.
Selain itu, slot pengisian juga termasuk ucapan dan persembahan anak muda, diikuti solat Maghrib, solat hajat dan munajat serta forum khas mengenai Gaza.

Tayangan khas mengenai penderitaan rakyat Gaza juga akan diadakan sebelum ucapan tokoh politik, NGO dan wakil antarabangsa dan diakhiri dengan pembacaan Deklarasi Malaysia Untuk Palestin.

PESERTA berarak menuju ke Dataran Merdeka pada Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza di Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad
Semalam Harian Metro melaporkan, polis menjangkakan seramai 5,000 peserta akan menyertai Himpunan Perdana Nasional: Malaysia Bangkit Untuk Gaza di Dataran Merdeka, esok.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, peserta terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan orang awam itu akan berkumpul di tiga lokasi utama iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad serta Sogo sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.
Untuk rekod, media antarabangsa melaporkan, sejak 2 Mac 2025, Israel menutup semua lintasan ke Semenanjung Gaza dan menghalang kemasukan kebanyakan bantuan makanan dan perubatan, menyebabkan kebuluran meluas di wilayah itu.

Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberi amaran, kadar kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun meningkat dua kali ganda antara Mac dan Jun akibat sekatan berterusan.
Artikel oleh: Harian Metro
PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT SERTAI HIMPUNAN MALAYSIA BANGKIT UNTUK GAZA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1250366/pelbagai-lapisan-masyarakat-sertai-himpunan-malaysia-bangkit-untuk-gaza


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/08/pelbagai-lapisan-masyarakat-sertai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 1150 hits
KUALA LUMPUR Despite heavy rain about 2 000 people gathered at Dataran Merdeka here today for the Malaysia Bangkit Untuk Gaza rally demonstrating strong Malaysian solidarity with the Palestinian cause The rally which began at 4pm brought to...
Rakyat Malaysia Diajak Sertai Malam Himpunan Selawat Bersama Gaza 23 Ogos Ini

Rakyat Malaysia Diajak Sertai Malam Himpunan Selawat Bersama Gaza 23 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 649 hits
Rakyat Malaysia Diajak Sertai Malam Himpunan Selawat Bersama Gaza 23 Ogos Ini KUALA LUMPUR 12 Ogos Rakyat Malaysia dipelawa untuk bersama sama menyemarakkan Malam Himpunan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sebagai lambang solidariti terhadap ...
Sri Pahang Tidak Sertai Liga Malaysia Musim 2025 26 Titik Permulaan Fokus Pembangunan Akar Umbi

Sri Pahang Tidak Sertai Liga Malaysia Musim 2025 26 Titik Permulaan Fokus Pembangunan Akar Umbi

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 793 hits
KUANTAN Keputusan Sri Pahang FC untuk tidak menyertai saingan Liga Malaysia musim 2025 26 wajar dijadikan titik permulaan kepada usaha memperkukuh pembangunan akar umbi bola sepak negeri itu bagi mengasah bakat pemain tempatan Sultan Pahang...
Syamsul Haris Sering Diejek Diprovokasi Ibu Kadet Palapes Harian Metro 12 08 2025

Syamsul Haris Sering Diejek Diprovokasi Ibu Kadet Palapes Harian Metro 12 08 2025

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 744 hits
Kuala Lumpur Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin 22 seringkali diejek dan diprovokasi dengan panggilan nama tertentu Mendedahkan perkara itu ibunya Ummu Haiman Bee Daulatgun 45 mendakwa ada pihak tertentu yang melakukan provokasi terhadap a...
Eddy Harap Pdrm Fc Tidak Pulang Dengan Tangan Kosong Harian Metro

Eddy Harap Pdrm Fc Tidak Pulang Dengan Tangan Kosong Harian Metro

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 311 hits
Harian Metro Sinar Harian Jabatan Penyiaran Malaysia Berita Harian Kosmo Digital
Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

Jaguar Has Produced Its Last Internal Combustion Vehicle And Will Go All Electric From 2026

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000

Jangan Jahil Murakkab

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi