Asean Tech Summit 2025 Malaysia Sasar Jadi Hab Inovasi Serantau


Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal telah merasmikan prapelancaran Sidang Kemuncak Kerjasama & Pembangunan Teknologi ASEAN 2025 di The Exchange 106, Kuala Lumpur hari ini.
Dianjurkan oleh Intrinsic SEA, sidang kemuncak ini merupakan forum sisi utama yang diadakan sempena dengan WE2025: Future in Motion, dengan tumpuan khusus terhadap inovasi, pelaburan dan kerjasama rentas sempadan ASEAN. Ia akan berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 November 2025 di MITEC, Kuala Lumpur.
Sebagai platform utama di bawah tonggak “Teknologi Masa Depan & AI” WE2025, sidang kemuncak ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama teknologi rentas sempadan serta menyokong misi WE2025 yang lebih luas dalam memacu inovasi inklusif, pembangunan lestari dan kepimpinan ekonomi serantau.
Acara ini dijangka menghimpunkan lebih 100 syarikat, lebih 50 pelabur global dan 2,000 perintis pembaharuan serta pemimpin ekosistem dari rantau ASEAN, China, Kanada, Australia, Timur Tengah, Eropah dan Jepun. Sidang kemuncak ini akan menampilkan pameran teknologi interaktif dengan lebih 100 reruai yang mengetengahkan inovasi canggih dalam sektor-sektor utama. Ia dianjurkan bersama dengan kerjasama pembina ekosistem terkemuka seperti NCT Group, Tus Cross-Border Innovation dan Jiahe Convention & Exhibitions.
Penyertaan antarabangsa yang signifikan ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab inovasi serantau dan membuka peluang penting kepada usahawan dan perusahaan berteraskan inovasi Malaysia untuk berinteraksi dengan pelabur global dan meluaskan akses pasaran.
Dengan lebih 50,000 penonton langsung dalam talian, sidang kemuncak ini juga memperkukuh peranan Malaysia sebagai pemboleh cara utama kerjasama serantau dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Sidang Kemuncak ini akan menumpu kepada lima tonggak strategik:
Mobiliti & Pengangkutan Pintar Masa Hadapan Penjagaan Kesihatan & Perubatan Digital Masa Hadapan Pengguna & Perdagangan Digital Masa Hadapan Pembinaan & Respons Kecemasan Keselamatan Masa Hadapan Pekerjaan & Keusahawanan Masa Hadapan Setiap tema digariskan untuk menangani cabaran dunia sebenar dan membuka peluang pertumbuhan yang selaras dengan agenda nasional termasuk Dasar Sains, Teknologi & Inovasi Negara (2021–2030).
Sorotan utama program termasuk:
Majlis Perasmian Berwawasan & Ucapan Dasar Kepimpinan Sidang Meja Bulat Menteri & Industri mengenai Inovasi Strategik Pameran Teknologi Generasi Baharu dengan 100+ Solusi Terkemuka Intrinsic Capital Connect: Pameran Startup & Pelabur ASEAN Tumpuan Pelaburan & Bandar Masa Depan ASEAN Majlis Makan Malam Gala Kepimpinan & Perkongsian Global YB Dato’ Haji Mohammad Yusof berkata:
“Sidang kemuncak ini mencerminkan aspirasi Malaysia untuk menerajui inovasi serantau melalui kerjasama strategik, teknologi baharu dan pertumbuhan inklusif. Ia menyokong misi MOSTI untuk proses transisi Malaysia daripada sebuah negara pengguna teknologi kepada pembangun teknologi bertaraf global menjelang 2030, serta mengukuhkan keutamaan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.”
Beliau turut menekankan kepentingan ekosistem inovasi yang inklusif wanita:
“MOSTI mengktiraf bahawa peningkatkan penyertaan wanita dalam STEM adalah satu keperluan dari segi kesaksamaan dan ekonomi. Platform seperti WE2025 dan sidang kemuncak ini memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang gender dengan: (i) meningkatkan pendedahan STEM dalam kalangan wanita muda dan gadis remaja, (ii) membina budaya kerja yang inklusif dan (iii) memperluaskan akses kepada modal, jaringan dan laluan kepimpinan bagi perintis pembaharuan dan usahawan wanita.”
Richard Teo, Pengerusi Eksekutif Qube Integrated Malaysia dan Pengerusi Penganjur WE2025 berkata:
“WE2025 memperjuangkan pertumbuhan ekonomi inklusif dengan memperkasa wanita dalam perdagangan, pelaburan dan kepimpinan. Walaupun sidang kemuncak ini terbuka kepada semua peserta, ia tetap membawa semangat WE2025 dalam memastikan wanita diberi peluang bermakna untuk menerajui inovasi teknologi — satu sektor yang amat memerlukan penyertaan inklusif.”
Ravenna Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Intrinsic SEA pula menambah:
“Sidang kemuncak ini bukan sekadar membina jaringan — ia bertujuan membuahkan hasil. Dengan menyelaraskan kekuatan serantau dalam teknologi dan industri, kami berhasrat untuk merintis kerjasama sebenar: mempercepat pelaksanaan projek, mengintegrasi teknologi ke dalam rantaian nilai utama dan membina ekosistem yang kompetitif di peringkat global yang memperkasa gelombang pertumbuhan dan inovasi ASEAN yang seterusnya.
Ini adalah komitmen strategik — inisiatif rentas sempadan berasaskan sains dan inovasi, selari dengan Kengerusian ASEAN oleh Malaysia yang kelima, ulang tahun ke-10 Komuniti ASEAN, dan aspirasi bersama Wawasan ASEAN 2045.
Kami berhasrat untuk bekerjasama merentasi sektor bagi membentuk ekosistem ASEAN yang berhubung secara global dan memberi impak sosial, di samping menyokong agenda inovasi Malaysia dan mempercepat transformasi digital ASEAN demi manfaat bersama.”
Sidang Kemuncak Kerjasama & Pembangunan Teknologi ASEAN 2025 merupakan acara utama dalam WE2025: Future in Motion — platform utama Malaysia untuk memperkasa wanita dalam perdagangan, pelaburan dan kepimpinan. Dianjurkan oleh Qube Integrated Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Pembangunan Wanita, WE2025 akan berlangsung pada 25–27 November 2025 di MITEC, Kuala Lumpur.
The post ASEAN Tech Summit 2025, Malaysia Sasar Jadi Hab Inovasi Serantau appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/07/asean-tech-summit-2025-malaysia-sasar-jadi-hab-inovasi-serantau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pos Malaysia Run 2025 Kembali Jom Laju For Fun Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir Rm10 000

Pos Malaysia Run 2025 Kembali Jom Laju For Fun Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir Rm10 000

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 365 hits
Assalammualaikum semua Sebagai penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional serta pemegang mandat tunggal perkhidmatan pos sejagat di Malaysia Pos Malaysia Berhad terus komited mendekati rakyat melalui inisiatif yang memupuk gaya hidup ...
Cuktech Raikan Merdeka 2025 Dengan Inovasi Terkini

Cuktech Raikan Merdeka 2025 Dengan Inovasi Terkini

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 289 hits
Merdeka bukan sekadar tentang kebebasan negara ia juga tentang kebebasan peribadi untuk hidup tanpa kekangan teknologi Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 68 jenama teknologi terkemukaCUKTECH memperkenalkan tiga inovasi yang cukup...
Tragedi Putra Heights Henti Salahkan Tanah Semata Mata Utusan Malaysia 05 08 2025

Tragedi Putra Heights Henti Salahkan Tanah Semata Mata Utusan Malaysia 05 08 2025

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 283 hits
PENGUMUMAN hasil siasatan rasmi berkenaan insiden letupan paip gas di Putra Heights mengecewakan ramai pihak Lebih menjengkelkan ialah bagaimana pengumuman tersebut meletakkan punca kejadian terhadap pergerakan tanah seolah olah masalah ini...
Malaysia Terus Kukuhkan Diplomasi Serantau Trump Hargai Peranan Malaysia

Malaysia Terus Kukuhkan Diplomasi Serantau Trump Hargai Peranan Malaysia

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR 31 Julai Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan bahawa beliau berbicara melalui telefon awal pagi tadi dengan Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump berhubung hubungan diplomatik serta perdagangan antara...
Suria Klcc Dan Sofia Iman Buka Tirai Klfw 2025 Dengan Interpretasi Elegan Warisan Malaysia

Suria Klcc Dan Sofia Iman Buka Tirai Klfw 2025 Dengan Interpretasi Elegan Warisan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 284 hits
Assalammualaikum semua Minggu Fesyen Kuala Lumpur telah membuka tirai sejak 4 Ogos 2025 dan bakal menutup tirai pada 10 Ogos 2025 Acara pembukaan Kuala Lumpur Fashion Week 2025 berlangsung penuh bergaya pada 4 Ogos lalu menerusi kolaborasi ...
26 April 2025 Khabar Duka Dari Bumi Malaysia

26 April 2025 Khabar Duka Dari Bumi Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 185 hits
Assalammualaikum Dunia Diam tak diam sudah menjengah hari Sabtu Kepenatan turun dari Jabar Nur masih terasa Malam semua tidur lena yer lar sampai hotel pun dah tengah malam Makkah Clock Royal Tower Misi mencari souvenir Cari pelan pelan yer...
Peminat Wanita Disaran Saksikan Motogp Malaysia 2025

Peminat Wanita Disaran Saksikan Motogp Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 466 hits
KUALA LUMPUR 13 Ogos Peminat sukan permotoran khususnya golongan wanita disaran memanfaatkan peluang menyaksikan Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix Malaysia 2025 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 hingga 26 Oktobe...
Nearly 1 8m Tourists From China Visit Malaysia In First Five Months Of 2025

Nearly 1 8m Tourists From China Visit Malaysia In First Five Months Of 2025

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 232 hits
Nearly 1 8 million tourists from China visited Malaysia between January and May this year following the introduction of a visa waiver for Chinese travellers Deputy Tourism Arts and Culture Minister Khairul Firdaus Akbar Khan said that after...
Pelbagai Lapisan Masyarakat Sertai Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza Harian Metro 09 08 2025

Pelbagai Lapisan Masyarakat Sertai Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza Harian Metro 09 08 2025

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 337 hits
Kuala Lumpur Hujan lebat tidak menghalang kira kira 2 000 orang membanjiri Dataran Merdeka di sini setakat 6 petang hari ini bagi menghadiri Himpunan Perdana Nasional Malaysia Bangkit Untuk Gaza sekali gus membuktikan solidariti padu rakyat...
Kemalangan Maut Babitkan Jurutera Elektrik Pemandu Lori Tangki Direman

Kemerdekaan Yang Bermakna Salam Kemerdekaan 2025

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

Rusuhan Indonesia Tiga Terbunuh Dalam Kebakaran Di Makassar

Hael Husaini Feat Nadeera Peluk Chord

Cipta Bebola Kentang Inti Ayam Yang Menggoda Lebih Power Dari Menu Restoran Segera

Nabila Maharani Amanah Cinta Chord

Kerajaan Pertimbang Bantuan Tambahan Rm100 Sekali Beri Untuk Mahasiswa Pm Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setup Teknologi Ringkas Tapi Efisien Untuk Work From Home

Kadang Yang Simple Tu Lagi Bermakna

Speed Read A Moto Guzzi V7 Scrambler From Australia And More

Villa Longlai Di Laman Sendiri

Bab 9 September 2025

Selagi Ada Suara