Tokey Tudung Pecah Rahsia Jana 15k Sebulan


TOKEY TUDUNG PECAH RAHSIA JANA 15K SEBULAN 



Dapatkan SEKARANG >>>Ebook "Rahsia Bisnes Tudung"
Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!


Ini kisah dan pengalaman sebenar saya berniaga tudung  dengan hanya menggunakan modal dari duit PTPTN!
Assalammualaikum & Hi!

Nama saya Madihah Mustafha!

Saya telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, saya masih lagi sedang menuntut di sebuah IPT. Pada mulanya, saya hanya buat secara suka-suka sahaja. Saya hanya jual tudung ini kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari saya. Maklumlah, tudung yang saya jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang saya jual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik!

Disebabkan permintaan yang semakin hangat! Maka, saya telah bertekad untuk menjalankan perniagaan tudung ini dengan lebih serius lagi.

Sebagai seorang yang bergelar pelajar ketika itu, saya memang tidak mempunyai modal yang besar. Jadi, nak tak nak, saya gunakan sebahagian duit PTPTN yang saya terima, sebagai modal untuk saya mula membeli stok!

Alhamdulillah! Bermula dari modal pertama yang berjumlah RM600.... saya berjaya "rolling" duit itu sehingga menghasilkan pendapatan 4 angka setiap bulan sewaktu saya masih lagi sedang belajar!

Perkara ini telah membuka mata saya dan saya nampak, bisnes tudung ini mempunyai potensi yang sangat besar
Seronoknya Menjual Tudung!Ini pula adalah borang poslaju yang saya isi setiap hari. Order dari customer sememangnya masuk hari-hari!.

Dulu, masa mula-mula bisnes, memang saya akan buat penghantaran setiap hari. Tetapi bila pelanggan dah makin ramai, saya buat penghantaran 2 kali seminggu sahaja. Tujuannya... supaya 5 hari lagi, saya dapat fokus untuk membuat kerja-kerja pemasaran & jualan.

5 hari saya akan fokus layan whatsapp, facebook dan ambil order. Lagi 2 hari, saya akan fokus uruskan pembungkusan produk dan penghantaran sahaja.

Secara purata, sale saya setiap hari adalah ratus-ratus ringgit sahaja, tetapi bila dikumpulkan seminggu... sebulan... ianya agak lumayan juga!  Lagi-lagi kalau tiba musim raya! Lagi masyuukk.... Boleh cecah RM25k sebulan..  semuanya hanya dilakukan dari rumah sahaja sambil-sambil jaga anak
Bisnes Jimat Kos, Hanya Dari Rumah!Nak mula buat bisnes tudung ni, tidaklah susah sangat! Kita boleh mula dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja! Pulangannya juga agak cepat. Duit modal akan dapat dipusingkan dengan cepat! Lubuk jualan juga senang dijumpai.

Bila kita buat bisnes tudung ni...  Banyak sangat kos yang dapat kita potong dan jimatkan!
Sebabnya, bisnes tudung ini kita boleh buat dan mula dari rumah sahaja!

Penghantaran pun tak perlu pergi ke pejabat pos! Tetapi abang posmen yang datang sendiri ke rumah ambil barang! Dah jimat kos minyak dan masa disitu!

Dalam menjalankan bisnes tudung ni juga, saya tak gunakan model dan photoshot dalam studio yang memerlukan kos beratus, bahkan beribu ringgit untuk mengambil gambar setiap jenis tudung.

Cukup sekadar pelanggan saya yang jadi model menerusi feedback yang mereka hantar dan sekali-sekala, saya sendiri yang akan menjadi model. Ambil gambar pun guna handphone sahaja
Bisnes Tepu? Banyak Persaingan?Bila saya cerita pasal seronoknya buat bisnes tudung ni... ada juga yang kata... mereka nampak, bisnes tudung ni macam dah tepu dan terlalu ramai sangat orang yang menjual tudung. Jadi.. masih boleh cari makan ke?

Saya senyum je... memang saya akui, memang kita nampak ramai orang yang jual tudung... tapi.. dalam masa yang sama.. permintaan dan pasaran tudung ini juga sangat besar. Orang yang pakai tudung pada zaman kini, sangat ramai... malah, boleh saya katakan, majoriti wanita islam di Malaysia hari ini, memakai tudung. Tidak seperti zaman 60-an dulu, zaman-zaman P.Ramlee... zaman dulu, memang segelintir sahaja wanita yang memakai tudung.

Tapi hari ini, dari kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej & universiti, wanita bekerja dan wanita berumur... semuanya memakai tudung. Dan apa yang lebih menarik lagi, golongan wanita berhijab ini, akan terus membeli tudung walaupun mereka sudah mempunyai berpuluh dan beratus helai  tudung.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan, mereka akan membeli tudung baru. Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang kerap berada di luar rumah seperti wanita bekerja dan juga golongan pelajar. Mereka ini tidak akan putus-putus membeli tudung... sebabnya, setiap helai tudung yang dibeli, mempunyai nilai dan cirinya tersendiri yang berbeza dengan tudung yang lain, tambahan lagi, setiap helai tudung itu pula, hanya padan dipakai bersama beberapa helai baju sahaja.

Jadi, anda tidak perlu risau... walaupun sudah ramai orang yang menjual tudung, namun,  orang yang membeli tudung juga ada sangat ramai. Apa yang penting, anda perlu ada ilmu serta strategi yang tersendiri.... salah satu strategi yang boleh di gunakan.. ialah dengan mempunyai "produk killer"..
Mesti Ada Produk Killer!Apabila kita buat bisnes tudung ni, kita mesti kena ada produk KILLER ! Produk KILLER inilah  yang akan buatkan tudung kita berbeza dari tudung-tudung penjual yang lain... dengan produk killer inilah nanti , bisnes dan jualan kita akan menjadi stabil pada setiap bulan!

Macam mana kita nak tahu tudung mana yang akan menjadi  produk killer?

Senang je! Produk killer ini adalah tudung yang paling banyak jualan dia.  Selalunya, dalam masa 3 bulan kita buat  bisnes tudung ni nanti,  kita dah boleh tahu, mana satu produk killer dalam banyak- banyak jenis tudung yang kita jual. Bila dah ada produk Killer.. Kita dah tak perlu promot sangat, sebab orang dah mula kenal dan tahu , mana nak beli tudung yang mereka sukai. Atas ni adalah antara produk killer saya, sambil tidur pun orang sibuk whatsapp tanya pasal tudung ni ajeee.. Kalau bulan puasa, waktu sahur tu jugak lah customer dok sibuk whatsapp, dan close order terus! Banyak feedback customer yang saya simpan sebagai rekod untuk jualan tudung ni. Tengok ni
TAK PAYAH dah nak guna model! Customer sendiri pakai je pun dah cantik.. hehehe!

Ada juga pelanggan yang tempah sekali banyak untuk satu group NGO, persatuan, guru sekolah dan banyak lagi.  Dari jual retail, saya juga jadi pembekal untuk stokis yang lain. Ianya long term stable income. Alhamdulillah..

Jadi,.. Siapa kata susah bisnes tudung ni…? Insyallah, dengan ilmu dan cara yang betul!  Semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan..
Buat  Tudung Jenama Sendiri!Bila pelanggan dah mula ramai dan saya pun sudah ada modal yang sedikit banyak. Saya mula buat tudung jenama sendiri. Bila kita ada jenama sendiri , kita boleh letak harga yang sedikit tinggi. Tapi, ikut kualiti kain jugalah ye!

Kalau kualiti kain tak best, pelanggan pun tak suka. Bila pelanggan tak suka, nanti pelanggan tak nak repeat order lagi, sendu pula sell kita selepas tu nanti..huhu!

MadihahScarf , adalah jenama tudung yang telah saya bina sendiri sejak 4 tahun yang lalu. Beza tudung saya dengan orang lain sudah tentulah dari segi kualiti dan design. Sebab tu bila ada produk sendiri ni, kita perlu jaga serba serbi kualitinya. Masa ni nanti, kita hanya jual apa yang pelanggan kita nak sahaja. Pendapatan juga akan jadi lebih stabil dan berpanjangan
Sebenarnya... banyak benda lagi saya nak cerita pasal bisnes tudung ni. Tapi sebelum saya cerita panjang lebar... Saya nak tanya anda satu soalan dulu...
Anda Berminat Nak Buat Bisnes Tudung?Bila kita nak buat bisnes tudung ni, memang ada banyak juga benda yang perlu kita tahu.
Di mana nak cari supplier?Apa tudung yang disukai oleh pasaran?Kain jenis apa yang mahu digunakan?Mana nak cari tukang jahit?Berapa harga nak letak?Macam mana nak ambil gambar yang menarik?Kat mana nak jual?Macam mana nak buat ayat iklan?Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul!Namun begitu, berita baiknya... Dalam sibuk-sibuk menjual tudung ini. Saya telah meluangkan masa lebih kurang sebulan, untuk menuliskan segala rahsia dan juga pengalaman saya sepenjang berkecimpung di dalam perniagaan tudung ini!

Alhamdulillah.. Lepas curi-curi masa sedikit selama lebih sebulan... maka, akhirnya..... Terhasillah EBOOK DUO ini..
Dapatkan SEKARANG >>>Ebook "Rahsia Bisnes Tudung"
Ebook Rahsia Bisnes Tudung  ini mengandungi 2 buah ebook!

Ebook pertama mengandungi ilmu serta pengalaman saya, bagaimana saya bermula, dari mencari supplier, mencari pelanggan, ambil gambar, buat ayat iklan,  dan pelbagai lagi pengalaman serta tips berkaitan bisnes tudung.

Apa yang menarik, ada satu bab di dalam ebook ini, saya ceritakan Bagaimana Saya Menjana Untung RM15k Dalam Masa Sebulan menjual tudung di bulan Ramadhan hanya secara online sahaja! Dalam bab ini, saya tunjukkan secara step-by-step, bagaimana saya membuat persediaan serta strategi di dalam menghasilkan keuntungan sebanyak itu. Saya pasti, jika anda baca pengalaman saya ini, anda juga boleh buat seperti yang saya buat, malah, mungkin lebih baik dan lebih banyak lagi keuntungan yang akan anda perolehi! :)

Ebook Kedua pula, saya fokuskan kepada langkah-langkah menghasilkan tudung jenama sendiri!

Dalam ebook ini, saya senaraikan 4 perkara utama yang perlu anda ketahui dan uruskan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri! Setiap perkara tersebut, saya jelaskan secara terperinci.

Malah, saya turut berikan maklumat supplier yang boleh anda gunakan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri. Supplier-supplier ini adalah supplier yang boleh dipercayai, malah, banyak juga jenama tudung besar seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf dan banyak lagi, turut menggunakan suplier ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2019/03/tokey-tudung-pecah-rahsia-jana-15k.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Niaga Makanan Jana 5 Angka Sebulan Tapi Dek Kesilapan Diri Aku Jatuh Terduduk

Dulu Niaga Makanan Jana 5 Angka Sebulan Tapi Dek Kesilapan Diri Aku Jatuh Terduduk

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 485 hits
The ReporterJatuh bangun terduduk sesebuah perniagaan itu bergantung pada disiplin seseorang peniaga itu Jika mudah buta melihat duit yang banyak hasil dari keuntungan yang diperolehi adalah baik anda berhati hati dan jangan lakukan kesilap...
Rahsia Menjana Pendapatan Pasif Affiliate Marketing Terbongkar

Rahsia Menjana Pendapatan Pasif Affiliate Marketing Terbongkar

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 400 hits
Rahsia Menjana Pendapatan Pasif Affiliate Marketing Terbongkar Siapa banyak tangkap ikan Cuba fikir apa yang saya bagi anologi ini Ada 100 orang suka memancing ikan di laut ikan di laut memang banyak dan ada bermacam macam jenis ikan Ada ik...
Johnny Deep Akhirnya Dedah Rahsia Gelap Amber Heard

Johnny Deep Akhirnya Dedah Rahsia Gelap Amber Heard

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 584 hits
Siapa sahaja tidak mengenali pelakon terkenal Johnny Depp yang berbakat dan sentiasa berjaya menghidupkan watak yang dilakonkan seperti dalam filem Pirates of Caribbean Charlie Chocolate Factory Fantastic Beast The Crimes of Grindelwald dan...
Ini Rahsia Pertemuan Dr Mujahid Dr Zakir Naik Masuk Balik Pas

Ini Rahsia Pertemuan Dr Mujahid Dr Zakir Naik Masuk Balik Pas

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 279 hits
Pertemuan Menteri Hal Ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa dan pendakwah kontroversi Zakir Naik mendapat perhatian peguam Latheefa Koya Teruskan usahamu tuan menteri pada tahap ini anda boleh menyertai semula PAS tidak lama lagi ciap pengarah eks...
Bermain Game Fortnite Pelajar 14 Tahun Jadi Jutawan Jana Pendapatan Rm798 000

Bermain Game Fortnite Pelajar 14 Tahun Jadi Jutawan Jana Pendapatan Rm798 000

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 321 hits
Fortnite menakluki dunia permainan dalam talian seperti ribut tetapi bagi Gamer Griffin Spikoski kanak kanak berusia 14 tahun permainan itu membantu dirinya menjana pendapatan lumayan apabila meraih 150 000 hanya dengan bermain permainan vi...
Jana Pendapatan Pasif Melalui Program Affiliate

Jana Pendapatan Pasif Melalui Program Affiliate

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 448 hits
Apa yang anda faham dengan istilah pendapatan pasif Saya merujuk kepada laman web wikipedia maksud bagi pendapatan pasif Pendapatan Pasif ini adalah satu bentuk pendapatan yang anda akan terima untuk kerja kerja yang telah anda lakukan sebe...
Bermodalkan Rm10 Jana Income Beribu

Bermodalkan Rm10 Jana Income Beribu

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 220 hits
Assalamualaikum Dan Salam SejahteraBermodalkan RM10 Jana Income Sampai BeribuModal RM10 Jana Income Sampai Beribu Anda mesti ingin tahu bukan Dengan permulaan modal yang cukup rendah dan sesiapa pun mampu untuk mengeluarkan modal sebanyak i...
Remaja 14 Tahun Mampu Jana Pendapatan Rm798 000 Hanya Dengan Bermain Fortnite

Remaja 14 Tahun Mampu Jana Pendapatan Rm798 000 Hanya Dengan Bermain Fortnite

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 391 hits
Remaja 14 Tahun Mampu Jana Pendapatan RM798 000 Hanya Dengan Bermain Fortnite Seorang remaja berusia 14 tahun Griffin Spikoski meluangkan masa antara 8 hingga 18 jam sehari untuk bermain permainan video dalam talian Fortnite Malah dengan be...
Wanita Ini Kongsi Rahsia Rumah Kayu Yang Disewa 22 Tahun Lamanya Tapi Dalam Mewah

Wanita Ini Kongsi Rahsia Rumah Kayu Yang Disewa 22 Tahun Lamanya Tapi Dalam Mewah

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 463 hits
Wanita Ini Kongsi Rahsia Rumah Kayu Yang Disewa 22 Tahun Lamanya Tapi Dalam Mewah Wanita Ini Kongsi Rahsia Rumah Kayu Yang Disewa 22 Tahun Lamanya Tapi Dalam Mewah
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara