Dulu Niaga Makanan Jana 5 Angka Sebulan Tapi Dek Kesilapan Diri Aku Jatuh Terduduk


The Reporter


Jatuh bangun terduduk sesebuah perniagaan itu bergantung pada disiplin seseorang peniaga itu. Jika mudah buta melihat duit yang banyak hasil dari keuntungan yang diperolehi, adalah baik anda berhati-hati dan jangan lakukan kesilapan seperti dilalui oleh saudara ini. 
Walaupun terpaksa bermula dari bawah semula, dia nekad untuk menjadikan kegagalan lalu sebagai pengajaran agar dia lebih berhati-hati di masa akan datang. Semoga menjadi contoh kepada mereka yang sedang atau bakal berniaga tak kira apa jua perniagaan sekalipun. 
HARI ini aku mula menjual makanan setelah hampir setengah tahun aku stop. Dulu masa menjual makanan di Kuala Lumpur, aku pernah menjana pendapatan lima angka sebulan. 
Tetapi aku gagal, rebah dan terduduk. Aku nak cerita sebab-sebab aku gagal, bukan sebab aku berjaya. 
Empat tahun lepas, aku ditawarkan sebuah kiosk keicl oleh kawan baik aku di sebuah universiti awam di Selangor. Aku tanpa berfikir panjang terus terima dan bermula dari situ dengan bermodalkan RM500 aku memulakan perniagaan dengan menyewa mesin waffle dan bahan mentah waffle. 
Bermula hari pertama, kiosk aku semakin mendapat sambutan. Aku mula menambah menu dari air, spaghetti, hotdog, chicken wing, karipap, aiskrim, fries, keropok dan banyak lagi aku pun tak berapa ingat. Aku mula tambah space kedai tanpa hitam putih, cuma atas kebenaran dari mulut ke mulut. 
Dari situ, sales kau dari hari ke hari semakin meningkat. Kalau hari-hari genting, zohor tu dah ada RM1,000 dalam laci. Kiralah kalau sampai jam 8.00 malam aku berniaga. RM500 itu kira sikitlah dapat sehari, itu pun hari Jumaat sebab tak ada kelas sangat. 
Aku budak kampung, tak pernah pegang duit banyak, tak pernah berniaga macam ni. Apa lagi? Gelap mata weh! Tak ada buku kira-kira, duit niaga, semua dalam poket. Tak pernah dimasukkan dalam bank. Apa yang ada dalam beg, itulah duit makan, duit rokok dan semuanya. 
Benda paling bodoh aku buat, tak sempat tutup kedai, selepas zohor aku dah pergi beli kasut vans dengan duit sales hari itu. Aku tak fikir pasal duit kedai, modal untung, saving bagai sebab aku yakin duit akan datang lagi dan aku terus hanyut serta lalai. 
Buku kira-kira ada sekejap saja. Buat sekejap, kemudian malas dan tak buat. Duit tak disimpan dalam bank, hitam putih kedai pun tak ada, disiplin out, boros. Apa yang aku tahu, aku dapat rolling modal niaga untuk esok saja. Yang lain, lantak sebab aku yakin aku selamanya akan senang macam tu. 
Aku terlalu selesa, aku bukan tak sedar apa yang aku buat itu tak betul, tapi sifat suka tangguh sampai bertahun. Mak membebel, kawan-kawan pesan, adik beradik bagi nasihat, semangat sekejap tapi selepas itu aku buat balik. Disiplin tak ada, istiqomah pun tak ada. 
So sem last itu, aku dah mula sedar untuk memperbetulkan hal itu. Aku pergi buat SSM, buat akuan niaga bank, buat hitam putih kedai tetapi akhirnya aku dah terlambat. Permohonan aku untuk berniaga telah ditolak atas hal yang salah aku sendiri. Sebab aku terlalu lama tangguh benda penting. 
Akhirnya aku rebah terduduk. Aku bawa diri aku ride seorang-seorang pergi utara selama seminggu. Aku tak beritahu keluarga, takut diorang kecewa. Aku buat permohonan kali kedua tetapi masih juga gagal. 
Aku hidup merempat, tak mampu bayar sewa bilik. Kawan aku bagi duduk dalam kontena dia tempat kilang perabut. Berbulan-bulan aku duduk di situ. Pagi kerja bungkus nasi, petang buat perabot. Seorang-seorang aku duduk kat atas bukit itu, tak fikir takut dah, asalkan ada tempat untuk berteduh. 
Akhirnya mak suruh balik sebab masa itu aku tak sihat. Aku balik kerja di kampung sampai sekarang dan hari ini aku memulakan benda yang aku minat iaitu berniaga makanan. 
Aku bukan nak buat cerita sedih, orang lain lagi sedih hidupnya. Aku cuma nak cerita bagaimana aku gagal dan sampai sekarang pun aku belum berjaya. Cuma aku dah sedar akan silap dan sedar diri. 
Kawan-kawan, kalau nak berniaga kena ada:
Hitam putihAkaun bankDokumen berkaitan perniagaan kitaCatat semua duit keluar masuk, modal, untung, rugi semuaDisiplinBerkat, jaga hubungan dengan manusia dan TuhanJangan borosSavingTahan dulu keinginan sekarang untuk mendapatkan keinginan lebih besar nanti
Banyak lagi. Selebihnya korang kena tanya pakar bisnes. Aku cuma senarikan perkara yang menyebabkan aku gagal. 
Hari ini hari pertama kau buka, rasa nak menangis. Aku penat buat persiapan dari pagi, sampai siap closing jam 2.00 pagi tadi. Tapi penat itu semua hilang bila kawan-kawan datang support. Nasi yang dijual semua habis. 

Aku hampir percaya dengan teori, jangan berkawan sangat. Tiba masa kawan-kawan akan tinggalkan kita. Alhamdulillah setakat ini kawan-kawan yang aku jumpa tak pernah tinggalkan aku. Malah mereka menolong time aku susah. Kalau diorang tak tolong sebab dia tak tahu. 
Itulah kisah aku dari pendapatan berpuluh ribu sebulan, jatuh terduduk dan bekerja bungkus nasi berlauk bergaji RM20 sehari. 
Doakan aku murah rezekiuntuk aku mampu bayar hutang kawan-kawan yang menolong aku. Hutang duit, hutang budi

Sumber @muslimawang

March 22, 2019 at 02:28AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/03/dulu-niaga-makanan-jana-5-angka-sebulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyemak Je Cuba Kena Dekat Diri Sendiri Baru Ada Akal Post Ucapan Bella Dikritik Tapi Teruk Disekolahkan Peminat

Menyemak Je Cuba Kena Dekat Diri Sendiri Baru Ada Akal Post Ucapan Bella Dikritik Tapi Teruk Disekolahkan Peminat

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 420 hits
Menyemak Je Cuba Kena Dekat Diri Sendiri Baru Ada Akal Post Ucapan Bella Dikritik Tapi Teruk Disekolahkan Peminat Meskipun sudah reda isu curang namun masih ada netizen yang digelar fake akaun di laman Instagram mengecam Bella Astillah sete...
Rahsia Turun 16 Kg Sebulan Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja Rileks Media

Rahsia Turun 16 Kg Sebulan Gadis Ini Elak Ambil 2 Makanan Saja Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 357 hits
Hai girls Hari ni I nak share tips macam mana I loss my weight from 59kg to 43kg in 1 month Untuk pengetahuan semua I punya tinggi 145cm So can you imagine dengan ketinggian tu then berat 69kg Tak tertanggung badan rasa So time tu I nekad n...
Gadis Israel Rakam Diri Menangis Gaza Dibom Tapi Netizen Syak Hanya Propaganda Zionis

Gadis Israel Rakam Diri Menangis Gaza Dibom Tapi Netizen Syak Hanya Propaganda Zionis

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 394 hits
Serangan demi serangan terus berlaku di Gaza melihat setiap tangisan ana anak kecil disana nyata mengguris hati kerana geram tindakan tanpa ihsan tentera regim zionis Tidak cukup dengan serangan secara fizikal Israel juga tidak kurang hebat...
Amalkan Formula 30 60 5 5 Gaji Cuma Rm2500 Tapi Boleh Simpan Rm750 Sebulan Ini Rahsianya Yang Ramai Mesti Nak Cuba

Amalkan Formula 30 60 5 5 Gaji Cuma Rm2500 Tapi Boleh Simpan Rm750 Sebulan Ini Rahsianya Yang Ramai Mesti Nak Cuba

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 579 hits
Ramai mengeluh gaji sering takcukup Orang yang bergaji Rm2k 5k cakap tak cukup Gaji 10k pun cakap tak cukup Apa lagi yang gaji lagi rendah dari tu Tapi sebenarnya semua ini ada jalan penyelesaian dan kena guna formula yang betul Paling best...
Menurut Penelitian Lelaki Cenderung Jatuh Cinta Lebih Dulu Daripada Wanita

Menurut Penelitian Lelaki Cenderung Jatuh Cinta Lebih Dulu Daripada Wanita

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 355 hits
Menurut penelitian lelaki cenderung jatuh cinta lebih dulu daripada wanita Hal ini dibuktikan oleh penelitian yang dipublikasikan di The Journal of Social Psychology
Makan Lagi Tak Cukup Aku Tambah Agak Takut Tapi Izzue Beranikan Diri Bagi Anjing Makan

Makan Lagi Tak Cukup Aku Tambah Agak Takut Tapi Izzue Beranikan Diri Bagi Anjing Makan

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 334 hits
Di dalam dunia kita berkongsi hidup dengan mahkluk lain satu daripadanya adalah haiwan namun kitaran hidup kita saling memerlukan antara satu sama lain Justeru kita harus menanam sifat ihsan di dalam diri terhadap hidupan lain seperti yang ...
6 Kesilapan Penjagaan Muka Yang Kita Selalu Buat Tak Endah Tapi Buruk Padahnya

6 Kesilapan Penjagaan Muka Yang Kita Selalu Buat Tak Endah Tapi Buruk Padahnya

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 642 hits
6 KESILAPAN PENJAGAAN MUKA YANG KITA SELALU BUAT TAK ENDAH TAPI BURUK PADAHNYA Kesilapan 1 Cuci muka terlalu kerap Kesilapan 2 Gosok muka terlalu kuat Kesilapan 3 Skrub muka terlalu kerapKesilapan 4 Membiarkan syampu rambut terkena kulit mu...
8 Gadis Dapat Gaji Rm5 000 Sebulan Hanya Untuk Teman Bos Karaoke Bercuti Makan Makan Tapi Lepas Puas Dipakai

8 Gadis Dapat Gaji Rm5 000 Sebulan Hanya Untuk Teman Bos Karaoke Bercuti Makan Makan Tapi Lepas Puas Dipakai

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 427 hits
Ramai orang zaman sekarang mencari pekerjaan yang mudah dengan gaji yang lumayan Tapi hati hati jangan sampai terjerat Baru baru ni 8 gadis katanya dianiaya oleh bos mereka gara gara diberhentikan secara tiba tiba tanpa sebarang notis dan p...
Tokey Tudung Pecah Rahsia Jana 15k Sebulan

Tokey Tudung Pecah Rahsia Jana 15k Sebulan

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 461 hits
TOKEY TUDUNG PECAH RAHSIA JANA 15K SEBULAN Bagaimana Saya Jana Untung RM15 000 Sebulan Menjual Tudung Walaupun Tanpa Premis Ini kisah dan pengalaman sebenar saya berniaga tudung dengan hanya menggunakan modal dari duit PTPTN Assalammualaiku...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025