Tok Mat Kata Naikkan Bersatu Dalam Kerajaan Satu Kesilapan


malaysiamerdeka.com
October 20, 2021

Pemilihan Perdana Menteri ketika awal penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dahulu adalah suatu kesilapan apatah lagi individu tersebut adalah pemimpin daripada parti yang ingin menjatuhkan UMNO, kata Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Beliau berkata ini kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diwakili oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sememangnya ditubuhkan untuk menjatuh dah mahu menggantikan UMNO sebagai parti terbesar bagi orang Melayu.

“Masa nak tubuh kerajaan, tersilap serahkan jawatan nombor satu negara kepada orang yang hanya ada enam kerusi sahaja.

“Tapi sebab hendak berpakat supaya betul caranya hendak tubuh kerajaan kerana yang penting pada ketika itu adalah hendak lihat Pakatan Harapan (PH) jatuh, lain tidak ada.

“Kita hendak Dap dan PKR jatuh, tapi tersalah pilih orang yang hendak dijadikan Perdana Menteri rupanya orang yang hendak bunuh parti kita, jadi macam mana? Terang-terang PPBM ini ditubuhkan untuk membunuh UMNO itu sahaja tujuan,” katanya, menurut portal UMNO Online.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan-cawangan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh 2021. Turut hadir adalah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamal; Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed dan ketua-ketua UMNO bahagian negeri.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Rembau itu lagi, di sebalik itu Muhyiddin yang merupakan Presiden PPBM itu ternyata tidak menggunakan kuasa mentadbir negara sebaiknya sehingga digelar kerajaan gagal.

“Dia tidak menggunakan kuasa dengan baik tetapi niat jahat dia diteruskan untuk membunuh kita. Kita tidak boleh tahan lama dan tidak boleh duduk dalam keadaan begitu tambahan pula ternyata kerajaan yang dipimpin oleh PN gagal mengurus negara.

“Keadaan negara kita bertambah teruk selepas ambik dari PH tidak boleh urus COVID-19 dan ekonomi negara.

“Kita bercakap kadang-kadang dia tidak mahu dengar… saya baik dengan beliau selalu berjumpa dan saya juga mencadangkan bermacam-macam,” ujar beliau.

Jelas Mohamad lagi UMNO sebelum ini berhati-hati dengan PH namun PPBM yang dianggap sebagai rakan bertindak sebaliknya dengan melakukan pelbagai helah bagi melemahkan UMNO.

“Sejak hari pertama PN ditubuhkan saya tidak bersetuju kerana bagi saya yang paling baik pada ketika itu adalah untuk kita mengadakan pilihan raya kerana pada ketika itu orang benci dengan PH dan menyanjung kita.

“Namun bak kata orang tua-tua kita melangkah tidak membaca sehinggakan masuk perangkap orang, keluar mulut singa masuk mulut buaya.

“Keluar dari PH ingat kita lega tetapi akhirnya dia memang hendak makan kita secara bersistematik, UMNO dilemahkan dalam kerajaan PN. Itu sebablah orang tua-tua kata dalam banyak-banyak lawan tidak ada kawan tetapi dalam berkawan ada lawan,” tegas beliau lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/tok-mat-kata-naikkan-bersatu-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sekali Kali Kita Kata Dr Mahathir Dah Nyanyuk Tok Mat

Jangan Sekali Kali Kita Kata Dr Mahathir Dah Nyanyuk Tok Mat

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 215 hits
MALAYSIA POST TIMBALAN Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selama ini berperanan menjatuhkan Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional Menur...
Prn Melaka Najib Kata No Way Kerjasama Dengan Bersatu

Prn Melaka Najib Kata No Way Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 450 hits
October 6 2021 Pilihan Raya Negeri Melaka akan menjadi PRN yang pertama menyaksikan Umno bertanding menentang Bersatu sejak Langkah Sheraton yang menyaksikan kedua dua parti itu bergabung untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tahun lalu Preside...
Noktah Tiada Kerjasama Kata Zahid Kepada Bersatu

Noktah Tiada Kerjasama Kata Zahid Kepada Bersatu

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 194 hits
AGENDA DAILY Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi UMNO telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan komponen Perikatan Nasional termasuk PAS dan Gerakan dalam mana mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri M...
Lawak Bodo Pengat Taik Lebai Pas Kata Kalau Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Da

Lawak Bodo Pengat Taik Lebai Pas Kata Kalau Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Da

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 259 hits
Biarlah isu arak atau judi yang penting Dap jangan perintah Berapa kerusi Dap bertanding lebai Walaun diperbodohkan
Prn Melaka Tidak Akan Ada Kerjasama Umno Dan Bersatu Kata Zahid

Prn Melaka Tidak Akan Ada Kerjasama Umno Dan Bersatu Kata Zahid

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 326 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu meskipun tarikh Pilihan Raya Negeri Melaka sudah ditetapkan Katanya keputusan itu adalah muktama...
Antivaksin Serang Kerajaan Puad Kata Pelajar Meninggal Setelah Divaksin

Antivaksin Serang Kerajaan Puad Kata Pelajar Meninggal Setelah Divaksin

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 317 hits
AGENDA DAILY Tangkap layar kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi di Facebook beliau dan ulasan warganet Kumpulan antivaksin Covid 19 hari ini mengambil kesempatan menyerang kerajaan terutama Kementerian Kesihatan susulan ...
Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 268 hits
satuberita myBy October 7 2021 KETIKA ditanya oleh portal Malaysiakini adakah UMNO akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika diadakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui pesanan teks menjawab Sa...
Krisis Melaka Sulaiman Ketuai Kerajaan Sementara Kata Suk

Krisis Melaka Sulaiman Ketuai Kerajaan Sementara Kata Suk

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 371 hits
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menjalankan tugas masing masing kecuali mereka yang telah meletak jawatan kata Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Kamel Mohamad MELAKA Sulaiman Md Ali mengetuai kerajaan sementara Melaka dan dibantu...
Pas Tak Kacau Kerusi Umno Bersatu Pada Prn Melaka Kata Tuan Ibrahim

Pas Tak Kacau Kerusi Umno Bersatu Pada Prn Melaka Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 273 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menyokong mana mana calon sama ada Umno mahupun Bersatu berdasarkan penyandang di kerusi berkenaan jika pemuafakatan gagal dicapai dalam kalangan dua parti sekutu itu PETALING JAYA PAS tidak akan melet...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues

Sabah Mulls Pufferfish Ban After Recent Poisoning Deaths