Krisis Melaka Sulaiman Ketuai Kerajaan Sementara Kata Suk


 
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menjalankan tugas masing-masing kecuali mereka yang telah meletak jawatan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Kamel Mohamad. (Gambar Bernama)MELAKA: Sulaiman Md Ali mengetuai kerajaan sementara Melaka dan dibantu oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sedia ada, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Kamel Mohamad.
Dalam kenyataan hari ini, Kamel berkata Ahli MMKN yang terlibat akan menjalankan tugas masing-masing kecuali mereka yang telah meletak jawatan.
Pembentukan kerajaan sementara itu adalah susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam pada 4 Okt.
Kamel berkata, walaupun Perlembagaan Negeri Melaka tidak memperuntukkan secara khusus mengenai fungsi dan peranan kerajaan sementara, namun berdasarkan konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara Komanwel, ia hanya berfungsi untuk mentadbir sesebuah negara atau negeri sehingga satu kerajaan baharu dibentuk.
“Dalam hal ini, kerajaan sementara tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan dasar yang boleh mengikat atau mengambil apa-apa tindakan yang boleh memberi implikasi kewangan dan membebankan kerajaan baharu yang bakal dibentuk, melainkan tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam.
“Bagi maksud itu, kerajaan sementara boleh mengambil tindakan-tindakan iaitu menjalankan tugasan rasmi rutin, termasuk menjalankan kuasa yang diberi di bawah undang-undang bagi memastikan jentera kerajaan negeri berfungsi; mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran kerajaan negeri.
“… Meneruskan pelaksanaan dasar dan program sedia ada iaitu peruntukan kewangan baginya telah disediakan; membuat apa-apa perjanjian, kontrak dan aku janji yang mana dasar telah diluluskan oleh kerajaan negeri atau peruntukan mengenainya telah diluluskan oleh DUN seperti Belanjawan tahun semasa,” katanya.
Kamel berkata, selain itu kerajaan sementara boleh mengadakan dan menghadiri majlis rasmi yang telah dijadualkan bagi sesuatu projek atau program kerajaan negeri.
Dalam kenyataan berasingan, Kamel berkata kerajaan negeri menafikan dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Idris Haron bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan dan keputusan dibuat oleh MMKN memandangkan ia adalah muktamad dan keputusan bersama.
“Merujuk kepada dakwaan khusus bahawa terdapat campur tangan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Melaka (Ab Rauf Yusoh) dan dakwaan keputusan MMKN perlu dirujuk kepada pihak ketiga sebelum dilaksanakan, pentadbiran kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan tersebut.
“Adalah tidak benar segala keputusan perlu dirujuk kepada pihak ketiga sama ada sebelum, semasa dan selepas mesyuarat,” katanya.
Kamel berkata pentadbiran kerajaan negeri Melaka juga memandang serius tohmahan Idris bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih yang memihak kepada satu-satu kaum dalam membuat keputusan, sebaliknya sentiasa mengambil kepentingan semua rakyat negeri Melaka tanpa mengira bangsa dan agama.
Beliau berkata, pentadbiran kerajaan Melaka juga ingin memaklumkan bahawa setiap ahli MMKN telah mengangkat sumpah kerahsiaan “untuk tidak memberitahu atau tidak menzahirkan kepada sesiapa sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan MMKN”.
“Dalam hubungan ini kerajaan negeri Melaka sedang meneliti sama ada terdapat pelanggaran ke atas sumpah kerahsiaan tersebut dan sekiranya terdapat pelanggaran, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dari segi undang-undang,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/krisis-melaka-sulaiman-ketuai-kerajaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Mahu Bawa Keabsahan Kerajaan Sementara Melaka Ke Mahkamah

Ph Mahu Bawa Keabsahan Kerajaan Sementara Melaka Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 294 hits
PH mahu bawa keabsahan kerajaan sementara Melaka ke mahkamah Pakatan Harapan akan menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan keabsahan kerajaan sementara negeri Melaka di bawah kepemimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali Kata Pengerusi PH...
Kuasa Kerajaan Sementara Melaka Terhad

Kuasa Kerajaan Sementara Melaka Terhad

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 157 hits
Oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ketika sidang media selepas Pelancaran Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2025 dan Perasmian Minggu KKP 2021 Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh Foto NSTP Syafeeq Ahm...
Kerajaan Melaka Tumbang Pengumuman Khas Speaker Dun Dan Suk Petang Ini

Kerajaan Melaka Tumbang Pengumuman Khas Speaker Dun Dan Suk Petang Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 214 hits
Fareez AzmanOktober 5 2021 Menurut Ab Rauf sidang media yang dipercayai berhubung kemelut politik di negeri itu dijangka akan diadakan di Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh Gambar fail BERNAMAMELAKA Satu pengumuman khas dijangka akan dibuat...
Melaka Wajar Diistihar Darurat Serah Kepada Kerajaan Sementara Caretaker

Melaka Wajar Diistihar Darurat Serah Kepada Kerajaan Sementara Caretaker

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 278 hits
Kesejahteraan rakyat perlu diberi keutamaan titah Agong perlu menjadi panduan Jika Melaka boleh adakan PRU Negeri sewajarnya dua tempat lain yang sebelum ini ditangguhkan perlu diteruskan PM yang patut memainkan peranan terus akur kepada po...
Krisis Melaka Tunjuk Umno Keliru Berpecah Belah Kata Penganalisis

Krisis Melaka Tunjuk Umno Keliru Berpecah Belah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 237 hits
freemalaysiatoday com October 12 2021 8 30 AMEmpat ADUN Melaka menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Umno minggu lalu PETALING JAYA Krisis politik di Melaka menonjolkan tiadanya keselarasan antara pemimpin Umno dan ahli akar umbi...
Kepimpinan Ketua Menteri Melaka Jadi Boneka Individu Tertentu Kata Adun

Kepimpinan Ketua Menteri Melaka Jadi Boneka Individu Tertentu Kata Adun

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 184 hits
BERNAMA Idris berkata beliau mempunyai masalah dengan kepimpinan yang menjadi boneka kepada individu tertentu sehingga exco tidak dapat jalankan peranan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali Gambar Facebook Sehari selepas mengumumkan menarik...
Umno Minta Nyawa Daripada Dap Selamatkan Kerajaan Melaka Dedah Rauf

Umno Minta Nyawa Daripada Dap Selamatkan Kerajaan Melaka Dedah Rauf

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 392 hits
Ab Rauf Yusoh berkata beliau mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan DAP Melaka bagi melakukan perundingan bertujuan menyelamatkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali selain menawarkan beberapa penyelesaian PETALING JA...
Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 215 hits
satuberita myBy October 7 2021 KETIKA ditanya oleh portal Malaysiakini adakah UMNO akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika diadakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui pesanan teks menjawab Sa...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malaysia Bersedih Kehilangan 10 Wira Negara



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun

Mb S Son Five Others Remanded In Rm600 000 False Claim Probe Under Macc

Dilema Calun Prk Kkb Melayu Atau Cina

Beli Rak Rempah 3 Tingkat