Tok Mat Desak Pas Buat Pendirian Segera Mahu Bersama Mn Atau Pn Jangan Main Dua Kolam


perakinsights.com
September 9, 2021 8:05 am

UMNO tidak akan mengadakan sebarang perbincangan dengan BERSATU berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara itu jelas kerana UMNO sudah memutuskan lebih awal dan dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan BERSATU pada PRU kali ini.

Justeru, beliau berkata, tidak timbul soal kerjasama, persefahaman atau sebagainya membabitkan UMNO dengan BERSATU.

“Kita tiada langsung berbincang dengan BERSATU, sebab UMNO sudah memutuskan lebih awal dan dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO bahawa kita tidak akan bekerjasama dengan BERSATU pada pilihan raya nanti.

“Tidak ada apa-apa bentuk perbincangan mahupun persefahaman mengenai kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum dengan BERSATU,” katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, UMNO akan bertanding atas kekuatannya sendiri bagi memenangi PRU-15 sekali gus membentuk kerajaan.

Beliau berkata, parti itu tidak boleh menang dengan terpaksa bersandarkan kepada kekuatan parti lain.

Katanya, keadaan itu akan mewujudkan situasi politik seperti sekarang apabila tiada parti politik yang dominan untuk membentuk kerajaan.

“Kita mahu menang atas diri kita sendiri, bukan nak menang bersandarkan kekuatan orang lain. Jika menang, kita boleh membentuk kerajaan, bukan menang tetapi terpaksa meminta belas kasihan orang, itu tidak betul.

“Itu punca jadi seperti hari ini dan rakyat mesti faham, jika memilih dalam pilihan raya nanti, pilih dalam keadaan begini, tidak ada parti yang dominan dan negara akan terus huru hara,” katanya.

Mengulas tindakan PAS bergabung dengan Perikatan Nasional (PN), Mohamad berkata, pihaknya berharap parti rakan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) itu dapat membuat pendirian.

Katanya, PAS perlu membuat keputusan sama ada mahu bersama MN ataupun PN bagi menghadapi PRU-15 termasuk pada peringkat DUN.

“Mereka (PAS) sudah menjadi anggota PN, persoalannya sekarang jika ada pertembungan antara BN dengan PN, PAS mahu sokong siapa kerana PAS adalah sebahagian daripada PN dan mereka juga jentera pilihan raya PN.

“Itu terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mahu bersama MN atau PN, tetapi jangan buat keputusan lambat selepas Parlimen dibubarkan.

“Jika mahu bersama kami, beritahu kami sekarang,” katanya.

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata, pembahagian kerusi yang diperuntukkan bagi menghadapi PRU-15 sudah dipersetujui di peringkat parti dalam BN.

“Kita perlu memperhalusi beberapa kerusi lagi kerana ada kerusi itu yang kita tewas tiga atau empat penggal. Jadi, perlu ubah suai, yang penting kita nak menang dan tubuhkan kerajaan.

“Soal calon pula, pucuk pimpinan belum menentukan siapa akan bertanding dan kawasan diwakili mereka,” katanya yang mengesahkan perbincangan itu hanya membabitkan kerusi Parlimen dan bukan DUN.

Sumber | BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/tok-mat-desak-pas-buat-pendirian-segera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Jaga Ejen Cia Ini Seru Kepada Kejatuhan Pas Melanggar Amanat Tol Guru Dalam Masa Sama Pas Main Dua Kolam

Jaga Jaga Ejen Cia Ini Seru Kepada Kejatuhan Pas Melanggar Amanat Tol Guru Dalam Masa Sama Pas Main Dua Kolam

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 198 hits
Nik Abduh mahu Umno Pas bersama walau akui SPRM masih terima tekanan politikOleh FAZLI RADZI September 9 2021Berserta tanda pagar Istiqamah Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menegaskan perlunya parti itu dan Umno ...
Umno Pahang Sambut Baik Saranan Tok Mat Pas Mahu Ikut Mn Atau Mn Pada Pru 15 Ini

Umno Pahang Sambut Baik Saranan Tok Mat Pas Mahu Ikut Mn Atau Mn Pada Pru 15 Ini

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 290 hits
KUANTAN Badan Perhubungan UMNO Pahang menyambut baik saranan Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mohamad Hasan agar PAS membuat pendirian sama ada mahu bersama Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ...
Best Lah Bersalin Caesar Tak Sakit Tapi Allah Maha Adil Dr Say Minta Jangan Buat Perbandingan Dua Dua Sakit

Best Lah Bersalin Caesar Tak Sakit Tapi Allah Maha Adil Dr Say Minta Jangan Buat Perbandingan Dua Dua Sakit

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 276 hits
Isu bersalin melalui kaedah pembedahan atau secara normal selalu menjadi perbandingan kita hari ini Walhal baik secara normal atau czer sama sama melalui kepayahan yang sama Ada pro dan kontranya dan inilah yang cuba dikongsikan oleh doktor...
Jangan Main Sapu Ubat Pada Bayi Periksa Dulu Krim Steroid Boleh Sebabkan Cushing Syndrome

Jangan Main Sapu Ubat Pada Bayi Periksa Dulu Krim Steroid Boleh Sebabkan Cushing Syndrome

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 209 hits
Sebelum menyapu sebarang jenis ubat ubatan ada baiknya anda mendapatkan dahulu pandangan dari doktor sebelum memberikan kepada anak kecil anda Walau hanya sekadar sapuan diluar sahaja namun ada jenis ubat atau krim yang turut memberi kesan ...
Batalkan Segera Jangan Kaji Saja Nyahwarta Hutan Simpanan

Batalkan Segera Jangan Kaji Saja Nyahwarta Hutan Simpanan

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 206 hits
Batalkan segera jangan kaji saja nyahwarta hutan simpanan Jangan sekadar kaji NGO alam sekitar kumpulan pro Anwar desak nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara dibatal Sebuah NGO alam sekitar dan dua badan lain termasuk sebuah kumpulan pr...
Woiiii Jangan Sembang La Lebai Apabila Hampir Pilihanraya Exco Pas Kata Sedia Laksana Sepenuhnya Hukum Hudud

Woiiii Jangan Sembang La Lebai Apabila Hampir Pilihanraya Exco Pas Kata Sedia Laksana Sepenuhnya Hukum Hudud

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 220 hits
September 16 2021 Kerajaan Terengganu bersedia untuk melaksanakan sepenuhnya hukum hudud sekiranya Rang Undang Undang 355 diluluskan di Parlimen Exco Perlaksanaan Syariah Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu Satiful Bahri Mamat berkat...
Jangan Suapkan Apa Apa Anak Saya Sebelum Beritahu Ya Jangan Main Suap Anak Orang Lain Ini Bahayanya

Jangan Suapkan Apa Apa Anak Saya Sebelum Beritahu Ya Jangan Main Suap Anak Orang Lain Ini Bahayanya

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 226 hits
Tak salah kita teruja dengan anak orang lain suapkan makanan dan sebagainya tapi bertanyalah dahulu kepada ibunya Bukan apa bimbang anak kecil itu mengalami alahan yang tidak sepatutnya Susah kita nanti Adalah sewajarnya kita beri sahaja ke...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily