Jangan Suapkan Apa Apa Anak Saya Sebelum Beritahu Ya Jangan Main Suap Anak Orang Lain Ini Bahayanya


Tak salah kita teruja dengan anak orang lain, suapkan makanan dan sebagainya tapi bertanyalah dahulu kepada ibunya. Bukan apa, bimbang anak kecil itu mengalami alahan yang tidak sepatutnya. Susah kita nanti.
Adalah sewajarnya kita beri sahaja kepada ibunya dan minta dia suapkan sendiri kerana dia lebih tahu. Perkongsian Pn Maryam Jamadi ini seharusnya membuka mata kita agar jangan sewenang-wenangnya memberikan makanan pada anak kecil orang lain.

 
“Kalau dengan anak saya jangan suapkan apa-apa sebelum beritahu ya”
Terkejut saya apabila ternampak ada seorang wanita menyuap kek kepada bayi kenalan saya. Terus saya datang ingatkan supaya jangan suap apa-apa makanan kepada anak saya (waktu itu umur 11 bulan) sebelum tanya saya dahulu.
Bukan apa, anak saya elergi:
– Telur, walaupun makan secubit. Anak akan serta merta muntahkan semua isi perut. Makan muntah, minum susu muntah. Tak sanggup nak menghadapnya lagi.
– Susu/dairy dan semua produk berasaskan susu (keju, butter, yogurt, biskut yang ada milk powder, roti yang ramuan ada susu). Susu tanpa laktosa pun tak boleh. Naik ruam di pipi, kaki dan tangan.
– Habuk/ dust mites. Yang ini memang saya dan anak pertama pun elergi. Naik ruam kalau kena habuk. Kalau kemas rumah, terpaksa pakai “face mask”. Tidur rumah orang lain, saya akan siap-siap bawa cadar bersih.

– Salmon, ini saya baru discover beberapa minggu lepas. Buat masa sekarang, reaksi elergi makan salmon paling bahaya. Tekak seperti tersekat, walaupun makan sikit sahaja sebesar saiz nasi.
Pernah dapatkan konsultasi doktor untuk lakukan ujian elergi semasa anak umur 8 bulan, tetapi doktor kulit kata kena tunggu besar sedikit. Untuk bayi, doktor cadangkan buat patch test. Tapi memandangkan anak saya memang sah elergi, memang naik merah dekat kulit yang kena. Saya tak jadi buat.
Bukan apa, produk dan makanan harian kita banyak yang menggunakan telur dan susu. Risau juga bila saya tak ada bersama anak saya, tiba-tiba ada orang suapkan makanan yang anak elergik. Tak sanggup nak bayang, cukuplah pengalaman yang ada.

Biasanya saya akan cuba bagi sedikit sahaja untuk pantau, ada banyak juga jenis makanan yang saya tak pernah cuba bagi. Contohnya makanan laut (udang, ketam, sotong) dan ikan bilis, sebab saya juga ada elergik makanan ini sehingga sekarang.
Pengalaman elergi yang paling teruk saya pernah alami adalah elergi ubat tahan sakit. Terjadi 2 tahun lepas, waktu itu saya baru balik klinik sebab ada masalah sakit belakang, mujurlah tidak serius. Semasa perjalanan balik ke rumah, saya terus makan ubat tersebut. Dalam masa seminit, tekak seperti tersekat terasa ada sesuatu di anak tekak.
Saya terus terbatuk-batuk dan minum air, konon-konon nak keluarkan “sesuatu” yang tersekat. Serta merta, suami saya kata mata saya merah membengkak. Saya terus buka “torchlight” di telefon dan lihat di cermin. “Elergi! Kena patah balik klinik!”
Sahlah, tekak, mata dan muka saya bengkak. Semuanya berlaku hanya beberapa minit sahaja. Dari terbatuk-batuk sehingga suara saya hilang terus. Memang cemas sangat waktu itu, mujur Allah panjangkan nyawa saya lagi sebab kebetulan memang klinik tidak jauh. Saya terus minta suami patah balik ke klinik. Dapat suntikan, terus kesan elergi surut.

Seminggu baru suara dan mata saya pulih sepenuhnya. Pengalaman baru buat saya, biasa tengok di movie ada orang elergi sampai tahap sesak nafas.
Selepas kejadian itu, perkara wajib saya buat adalah:
1. Minta suami ingat nama spesifik ubat yang saya elergi, wajib beritahu pihak hospital/klinik sekiranya terjadi apa-apa pada saya.
2. Maklumkan ahli keluarga terdekat yang saya ada elergi ubat.
3. Sentiasa maklumkan kepada doktor yang merawat sejarah elergi supaya mereka ambil langkah berjaga-jaga setiap kali beri ubat atau antibiotik yang baru.
Begitulah. Mungkin ada orang pandang saya seperti menjaga sangat pemakanan anak, mereka tak tahu yang semuanya bersebab. Yang menghadap kesan elergi adalah kita, mak ayah. Masa anak pertama saya, cuma pantau setiap kali cuba beri jenis makanan baru.
Tapi anak kedua ini, nak beri apa-apa makanan pun saya berdebar. Tapi saya pandang dari sudut positif, buat saya rajin nak belajar memasak sebab kasihan lihat anak jenis suka cuba makanan baru tapi tak dapat makan.

Saya harap mak ayah lain dan sesiapa yang membaca dapat ikhtibar. Mohon tegas apabila melibatkan pemakanan anak-anak dan elakkan juga menyuap makanan kepada anak orang lain terutamanya anak umur 2 tahun ke bawah tanpa pengetahuan mak ayahnya.
Maryam Jamadi
Suka makan udang, sotong dan ketam tapi tak boleh makan.
Menarik: Amalkan 7 Susu Ini Untuk Ibu Hamil, Bukan Hanya Bagus Untuk Ibu Tetapi Juga Untuk Janin

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post “Jangan Suapkan Apa-Apa Anak Saya Sebelum Beritahu Ya” Jangan Main Suap Anak Orang Lain, Ini Bahayanya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-suapkan-apa-apa-anak-saya-sebelum-beritahu-ya-jangan-main-suap-anak-orang-lain-ini-bahayanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ajak Anak Jiran Main Mobile Legend Sebelum Dipaksa Lakukan Oral Seks

Lelaki Ajak Anak Jiran Main Mobile Legend Sebelum Dipaksa Lakukan Oral Seks

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 481 hits
The ReporterMahkamah Sesyen Kuching semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan terhadap seorang lelaki berusia 40 tahun kerana melakukan amang seksual terhadap dua kanak kanak lelaki bawah umur yang juga merupakan anak kepada ...
Hamil Anak Ke 2 Berat Naik Mendadak Buat Cara Ni Turun 10kg Penting Jangan Stres

Hamil Anak Ke 2 Berat Naik Mendadak Buat Cara Ni Turun 10kg Penting Jangan Stres

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 374 hits
Kebanyakan wanita selepas bersalin akan mengalami masalah menurunkan berat badan Jika dulu sebelum ada anak boleh pakai baju saiz M tapi selepas dah ada anak nak dapat semula saiz asal susah Sampai satu masa diri rasa stres dan malas nak be...
Tiada Cara Lain Untuk Sekat Anwar Melainkan Main Semula Isu Perkauman

Tiada Cara Lain Untuk Sekat Anwar Melainkan Main Semula Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 191 hits
Tanpa scheme of Things biasanya sukar pemimpin politik boleh naik Tanpa jual beli durian sukar untuk mengumpulkan sokongan Jika menentang korupsi mana mungkin geng2 kapitalis yang berada dalam politik boleh menyokong anda Inilah dilema yang...
Jangan Goda Laki Aku Isteri Tikam Janda Anak Satu Dipercayai Kekasih Kepada Suaminya

Jangan Goda Laki Aku Isteri Tikam Janda Anak Satu Dipercayai Kekasih Kepada Suaminya

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 246 hits
Didorong rasa cemburu yang terlampau seorang wanita berusia 35 tahun nekad menikam janda anak satu sehingga mati di sebuah kebun milik penduduk Didorong rasa cemburu yang terlampau seorang wanita berusia 35 tahun nekad menikam janda anak sa...
24 Jam Dengar Lagu Anak Sampai Ibu Dah Naik Hafal Jangan Biar Anak Overdose

24 Jam Dengar Lagu Anak Sampai Ibu Dah Naik Hafal Jangan Biar Anak Overdose

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 249 hits
Anak saya menangis bila buka channel lain asyik nak dengar lagu kanak kanak sahaja Selalu sangat kita dengar rungutan mak ayah yang semacam ini Saban waktu 24 jam terpaksa mendengar anak memasang lagu kegemarannya di rumah Jamgan dibiarkan ...
Walaupun Sibuk Uruskan Baby Dalam Pantang Jangan Abaikan Perasaan Anak Sulung Elak Anak Sulung Cemburu

Walaupun Sibuk Uruskan Baby Dalam Pantang Jangan Abaikan Perasaan Anak Sulung Elak Anak Sulung Cemburu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 230 hits
Kehadiran adik baru pastinya perubahan besar bagi seorang anak sulung Apakah caranya untuk mengelakkan anak pertama terasa hati dengan kelahiran bayi baharu Persediaan anak pertama untuk kehadiran bayi baharu Biasanya sebelum kelahiran bayi...
Apa Kata Bagi Hadi Jadi Tpm Tapi Jangan Bagi Dia Buat Pc Takut Tanya Lain Dia Jawab Lain Kah Kah

Apa Kata Bagi Hadi Jadi Tpm Tapi Jangan Bagi Dia Buat Pc Takut Tanya Lain Dia Jawab Lain Kah Kah

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 289 hits
Jangan hidupkan semula kerajaan PN ia sudah jatuh bersama MahiaddinOleh NASUHA RAHMAN August 23 2021Kerajaan Perikatan Nasional atau kerajaan BN itulah yang menjadi polemik di dalam kerajaan baru pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri hari ini se...
Susu Tak Keluar Jangan Putus Asa Praktis Tip Menyusu Ni Barulah Rasa Nikmatnya Dapat Susukan Anak

Susu Tak Keluar Jangan Putus Asa Praktis Tip Menyusu Ni Barulah Rasa Nikmatnya Dapat Susukan Anak

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 339 hits
Proses menyusukan anak sememangnya tidak mudah Tanpa pengalaman dan ilmu pengalaman pertama kali menyusukan anak menjadi terlalu sukar dan memenatkan Apa lagi kalau membandingkan susu kita dengan orang lain Boleh rasa down dan akhirnya kita...
Sayang Anak Jangan Simpan Stok Jajan Dalam Rumah Ni Punca Iq Anak Lemah

Sayang Anak Jangan Simpan Stok Jajan Dalam Rumah Ni Punca Iq Anak Lemah

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 305 hits
Perasan tak anak anak kalau bab makan jajan laju je Bila makan nasi sikit pula Memang ramai ibu bapa tahu jajan atau snek ringan tak sesuai untuk anak Namun ibu bapa seolah olah kalah bila anak merayu rayu nak makan Mungkin ibu bapa kena ad...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain

Ramalan Gbp Usd Pada 23 Disember 2024

Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches