Woiiii Jangan Sembang La Lebai Apabila Hampir Pilihanraya Exco Pas Kata Sedia Laksana Sepenuhnya Hukum Hudud


 



September 16, 2021 Kerajaan Terengganu bersedia untuk melaksanakan sepenuhnya hukum hudud sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) 355 diluluskan di Parlimen.
Exco Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dilaksanakan memandangkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 2002.
Jelasnya, kerajaan negeri juga dalam proses menaiktaraf Mahkamah Syariah di seluruh negeri agar lebih kondusif untuk pelaksanaan hukuman itu pada masa akan datang.
“Terengganu kini dalam persiapan ke arah itu dan Mahkamah Syariah juga bersedia pada bila-bila masa untuk membuat atau melaksanakan apa yang akan diperintahkan atau yang akan diluluskan berdasarkan bidang kuasa peruntukan undang-undang yang diberikan.
“Beberapa bengkel telah diadakan melibatkan bahagian penguatkuasaan, jabatan pendakwaan dan hakim Mahkamah Syariah bagi meneliti penambahbaikan terhadap hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang jenayah syariah itu.
“Ia sebagai persediaan ke arah pelaksanaan hukum hudud antaranya mengkaji semula peruntukan-peruntukan sedia ada untuk disesuaikan dengan keadaan semasa memandangkan tempoh enakmen yang diwartakan telah hampir 20 tahun lalu,” katanya ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini pada Rabu.
Menurut Satiful, setakat ini sebahagian daripada hukuman jenayah syariah itu telah dilaksanakan mengikut bidang kuasa atau ruang peruntukan undang-undang sedia ada seperti hukuman bagi jenayah takzir.
“Kita bukan tidak laksana hudud, sebahagian daripada hukuman ini telah diperkasakan bagi kesalahan jenayah takzir. Yang belum dilaksanakan ialah Hudud dan Qisas.
“Setakat ini kita telah menggunapakai hukuman di bawah kesalahan jenayah takzir iaitu 3,5,6 melibatkan peruntukan hukuman tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan.
“Bagi kesalahan melibatkan Hudud dan Qisas, ada ruang lingkup yang perlu diperhalusi lagi dan kita tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi. Sebab itulah kita tunggu kelulusan RUU 355.
“Jika ia diluluskan, Terengganu akan menjadi negeri pertama yang akan melaksanakan sepenuhnya tuntutan syarak ini keatas 96 peratus masyarakat Islam di negeri ini,” katanya.
Untuk rekod, RUU 355 terhasil apabila Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan usul persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi meningkatkan bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah terhadap kesalahan di bawah jenayah syariah.
Sumber | SH




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/woiiiijangan-sembang-la-lebai-apabila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terengganu Sedia Laksana Hudud Tunggu Isyarat Persekutuan

Terengganu Sedia Laksana Hudud Tunggu Isyarat Persekutuan

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 175 hits
KUALA TERENGGANU 15 September Terengganu bersedia melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2002 sebaik sahaja cadangan dua Rang Undang Undang Mahkamah Syariah atau RUU355 mendapat kelulusan di pering
Jangan Jadi Pengutip Sampah Ulas Isu Tak Disaring Pemimpin Pas Beritahu Ulama

Jangan Jadi Pengutip Sampah Ulas Isu Tak Disaring Pemimpin Pas Beritahu Ulama

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 264 hits
Mokhtar Senik berkata jika ulama mengulas isu yang tidak difahami sepenuhnya ketidakadilan boleh berlaku PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS hari ini mengingatkan para ulama tidak menjadi pengutip sampah yang menghukum hanya berdasarkan makl...
Pelantikan Abang Pm Undang Kebimbangan Komitmen Kerajaan Laksana Reformasi Institusi Kata Guan Eng

Pelantikan Abang Pm Undang Kebimbangan Komitmen Kerajaan Laksana Reformasi Institusi Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 268 hits
September 18 2021 3 40 PMSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pelantikan abang Perdana Menteri Zamri Yaakob sebagai Pengerusi NAFAS menimbulkan perasaan skeptikal terhadap kerajaan dalam usahanya melakukan reformasi institusi PETALING ...
Panas Melampau Kerana Lebai Pas Ismail Sabri Kena Tibai

Panas Melampau Kerana Lebai Pas Ismail Sabri Kena Tibai

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 195 hits
Kini kerana YB Marang Dato Seri Abdul Hadi Awang YAB Bera Dato Sri Ismail Sabri Yaakob telah dikecam netizen Ini kerana PM9 telah melantik semula Presiden PAS itu ke jawatan sebagai Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri Netizen mula mempe...
Husam Musa Dapat Gantirugi Dari Lebai Pas Berjumlah 206 000

Husam Musa Dapat Gantirugi Dari Lebai Pas Berjumlah 206 000

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 159 hits
AlhamdulillahHari ini Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Dato Roslan Abu Bakar anugerahkan ganti rugi dan kos sejumlah RM 206 000 kepada saya dalam kes saman fitnah terhadap Dato Dr Wan Zawawi Wan Ismail bekas Ketua Eksekutif PKINK Sebelum in...
Jangan Terburu Buru Buka Sekolah Kata Ahmad Zahid

Jangan Terburu Buru Buka Sekolah Kata Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 211 hits
Jangan terburu buru buka sekolah kata Ahmad Zahid Kerajaan digesa tidak terburu buru membuka semula sekolah untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka pada 3 Oktober ini memandangkan kadar jangkitan Covid 19 masih tinggi Pres...
Jangan Sembang Jauh Sangat Ruu355 Pun Tak Boleh Nak Bentang Dan Minta Tangguh Hangpa Nak Tutup Kasino Pooooodahhhh

Jangan Sembang Jauh Sangat Ruu355 Pun Tak Boleh Nak Bentang Dan Minta Tangguh Hangpa Nak Tutup Kasino Pooooodahhhh

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 308 hits
Pas Pahang kata ini masa terbaik tutup aktiviti judi di Genting HighlandSeptember 4 2021 Pas Pahang menyifatkan kini adalah masa terbaik untuk kerajaan yang ada membuang terus aktiviti arak dan judi di negara ini bermula dari Genting Highla...
Awas Pak Lebai Jika Tidak Divaksin Jangan Bagi Kuliah

Awas Pak Lebai Jika Tidak Divaksin Jangan Bagi Kuliah

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 173 hits
Terkini Guru agama dilarang mengajar di masjid surau jika enggan divaksinSeptember 17 2021 Melaka menetapkan guru agama guru takmir bertauliah dan pengkuliah yang lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan meneruskan pengajian di masjid dan s...
Nikmati Kopi Lovns Dengan Cawan Berinsulasi Ais Pertama Dunia

Earth Symphony Green Cirque Fest 2024 A First Of Its Kind Eco Circus Celebrating Sustainability In Southeast Asia

Guangzhou Metro Dan Makan Di Restoran Halal Depan Masjid Huaisheng Guangzhou

Transit Oriented Developments The Way Forward

Telemovie Cik Petir Putrajaya Lakonan Nabila Razali

Zaman Sekarang Rakam Dulu Baru Tolong

12 Waktu Paling Mustajab Untuk Doa Mudah Dikabulkan

Mpox Vaccination Kicks Off In Drc After 859 Deaths This Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Mr Hiiragi s Homeroom Yang Diadaptasi Ke Siri Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat


Stok Lauk

Rumah Dilempar 9 Botol Molotov Cocktail Awal Pagi 2 Kenderaan Terbakar

Elak Anjur Program Cetus Polemik Gugat Islam Kata Menteri

Cerai Atau Tidak Esok Penentu Status Fazura Fattah

Solar Storm 2024 Huge Solar Flares Coming Will They Hit India Check Date And Time In Malay

Anwar Nafi Bincang Tolak Islam Dalam Perlembagaan