Titan Summit 2021 Richworks Himpun 100 Usahawan Jutawan
Titan Summit 2021 Richworks Himpun 100 Usahawan Jutawan Berjaya
Bekerja dalam sektor keusahawanan memang satu pengalaman yang sangat berharga untuk saya. Melihat jatuh bangunnya usahawan dalam perniagaan, sememangnya beri saya satu ilmu yang sungguh bermanfaat. Sejujurnya bukan mudah untuk berjaya.
Bidang perniagaan ini sangat luas, berisiko, memerlukan modal selain dari semangat yang kuat dan kental. Jika usahawan tiada semangat ni, memang tidak mudah untuk mengecapi kejayaan berniaga. Kejayaan berniaga bukan boleh dilihat dalam jangka masa pendek, tapi memerlukan jangka waktu yang panjang dengan pelbagai cabaran dan rintangannya.
Cabaran tu pulak dalam pelbagai bentuk. Ianya boleh dilihat dari segi persaingan, kekurangan modal, perubahan ekonomi semasa dan yang pastinya cabaran pandemik Covid-19. Serius, pandemik ini memang telah mengakibatkan ramai usahawan yang bermati-matian untuk bertahan dan tidak kurang ramai yang gulung tikar.
Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No. 1 Asia
Dalam berniaga, usahawan perlu ada mentor mereka untuk menggali ilmu dan tips kejayaan. Barulah ada semangat dan hala tuju membangunkan perniagaan.
Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman? Iaitu Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No. 1 Asia. Kalau lihat pada rekod, seramai 700 usahawan yang dibimbing RichWorks telah berjaya mencapai jualan terkumpul berjumlah RM2.2 bilion pada 2020 berbanding RM900 juta pada tahun sebelumnya.
Wow satu pencapaian yang sangat membanggakan! Siapa sangka di kala pandemik ramai usahawan yang bangkit dan tidak putus asa untuk memajukan perniagaan dan mengharungi cabaran ini.
Perkongsian Kejayaan Tuan Anas Azami
Salah seorang usahawan anak didik Mentor Dr. Azizan ialah Azdan Quranic Center yang diasaskan oleh Tuan Anas Azami. Sebelum ini beliau merupakan seorang guru kafa yang kehilangan kerja, pernah menjalankan bisnes kosmetik dan akhirnya pada tahun 2018 telah memulakan Pusat Pengajian Al Quran.
Mengimbau sejarah permulaan perniagaan Tuan Anas, banyak cabaran yang beliau hadapi. Permulaannya beliau mulakan dengan pergi ke sekolah dan masjid untuk membantu mengajar tetapi kebanyakkan tidak diendahkan. Namun beliau tidak pernah mengalah.
Pencapaian Azdan Quranic Center
Selepas menyertai program mentoring SPIRE jualan Tuan Anas Azmi meningkat kepada RM506,845 dan berjaya mencapai RM1 juta pertama pada Julai 2020. Jumlah jualan yang berjaya dicipta pada tahun 2020 adalah sebanyak RM2.7 juta. Sehingga Februari 2021 Tuan Anas Azami berjaya mencatatkan jumlah jualan lebih RM1 juta.
Setakat Februari 2021, Azdan Quranic Center telah berjaya membantu lebih dari 10 ribu orang untuk pandai mengaji. Kebanyakannya mereka yang dewasa berumur 30 hingga 80 tahun.
Sementara itu, Tuan Anas pesan kepada usahawan di luar sana bahawa jika anda betul-betul nak dan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu dengan niat membantu orang, insyaAllah jalan anda akan dipermudahkan.
Dalam apa jua perniagaan, anda perlu pegang kepada ‘mission’, bukan hanya sekadar memandang kepada wang ringgit. Wang ringgit bukan matlamat yang tertinggi, matlamat yang tertinggi adalah apabila anda mampu memberikan manfaat buat orang lain di luar sana.
Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks
Pada 13 -16 September yang lalu, seramai 300 lebih usahawan jutawan telah ‘berkampung’ dalam Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual bagi menimba ilmu bersama Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Program tersebut khusus bagi usahawan yang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun dalam program mentoring, Titanium. Usahawan-usahawan itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 20 lebih industri di negara ini malah ada dari luar negara.
Usahawan jutawan di RichWorks ini merupakan ‘market leaders’ yang mempunyai pemikiran, keinginan dan hala tuju sama bagi membina bisnes ke tahap lebih tinggi lagi.
ICM diadakan selama 3 kali setahun bagi ahli Titanium mendapatkan panduan, strategi, pemahaman dan keadaan masa ini yang diperlukan sesebuah perniagaan terus berkembang serta kehadapan berbanding pesaing lain.
Dan dikalangan 300 orang ini, 100 usahawan jutawan RichWorks tampilkan dalam program khas, iaitu Titan Summit – 10X Bina Bisnes Berjaya yang terbuka kepada orang ramai.
Titan Summit 2021 Richworks Himpun 100 Usahawan Berjaya
Dan demi memberi semangat dan keyakinan kepada semua peserta, pihak Richworks menampilkan 100 usahawan tempatan yang akan berkongsi pengalaman dan hasil sebenar untuk mendorong PKS menggunakan digitalisasi dengan cepat.
Program Titan Summit ini adalah khusus untuk pengasas dan pemilik perniagaan yang mungkin sudah bertahun berniaga dan nak berkembang ke tahap lebih seterusnya. Juga untuk peserta yang mahu mengetahui apa perkara betul dilakukan 100 usahawan jutawan ini di samping peluang perniagaan ditawarkan.
Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks bermula pada 24 hingga 26 September 2021. Dan ia dibuat secara virtual dan PERCUMA.
100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Mereka ini terdiri dari 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia.
Mereka ini dikumpulkan untuk berkongsi apa perkara yang buatkan mereka berubah dan capai kejayaan hingga hari ini. Himpunan jutawan ini juga bagi memberikan inspirasi dan harapan kepada peserta program malah anggota masyarakat di luar sana bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh mencabar ini.
RichWorks akan membawakan bukan saja pengasas-pengasas perniagaan malah usahawan yang berniaga sebagai master stokis atau dengan kata mudah menjual produk atau perkhidmatan usahawan lain.
Para peserta juga dapat mengetahui peluang-peluang perniagaan yang disediakan usahawan jutawan ini dengan modal yang rendah malah ada yang percuma.
Titan Summit – 10X Bina Bisnes Berjaya bermula 24 – 26 September 2021
Ekonomi sekarang sudah mula dibuka dan dijangka akan lebih agresif bermula Oktober dan November ini. Inilah masanya untuk usahawan rebut peluang dan berniaga secara kompetitif.
Jom Daftar Program Titan Submit 2021 PERCUMA Sekarang!!
100 Usahawan Jutawan, Satu Misi Bantu The Nation
3 hari yang penuh dengan informasi dan dapat mengubah masa depan perniagaan anda!
Jangan cepat berasa selesa. Dengan landskap perniagaan masa ini juga membuatkan persaingan lebih sengit dan kena bergerak dengan pantas supaya tidak ketinggalan berbanding pesaing lain.
Jadi memang rugi jika tidak menyertai program PERCUMA ini. Jangan hanya berdiam diri, hanya menunggu tanpa bertindak. Anda boleh berubah jika anda mahukan perubahan.
Jom bertindak untuk perniagaan yang lebih mantap! Kita lihat dan ceduk ilmu perniagaan dari 100 usahawan jutawan ini. Anda pasti boleh!!
The post Titan Summit 2021 Richworks himpun 100 Usahawan Jutawan appeared first on AJUMOHIT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2021/09/titan-summit-2021-richworks-himpun-100-usahawan-jutawan.html