Richworks Academy Himpunkan 100 Usahawan Jutawan Di Program Titan Summit 2021
Richworks Academy Himpunkan 100 Usahawan Jutawan Di Program Titan Summit 2021 | Salam semua, sis paling suka dengar kisah inspirasi usahawan tempatan yang telah berjaya dalam bisnes. Ramai usahawan tempatan yang telah berjaya di Malaysia ni. Nak bina perniagaan bukan perkara mudah sebenarnya. Kalau tiada keberanian untuk mencuba atau nak hadap cabaran nanti, memang dah rasa putus asa tengah jalan. Sis ada dengar kali ini, Richworks bakal menghimpunkan seramai 100 usahawan jutawan dalam program yang akan diadakan tidak lama lagi.
Program yang dinamakan Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya ini akan berkongsi rahsia kejayaan bisnes usahawan jutawan yang telah berjaya membina perniagaan mereka daripada kosong hingga 7 angka walaupun ketika krisis pandemik pada masa ini.
Perhimpunan yang diadakan secara virtual ini akan membuka rahsia kejayaan bisnes mereka dan berkongsi dengan orang ramai apa strategi yang mereka lakukan dalam mempertahankan bisnes mereka hingga ke hari ini.
Memang bagus Richworks buat program macam ni sebab berasa lebih dekat dengan usahawan jutawan yang sudi nak kongsi kisah kejayaan mereka. Nak jadi usahawan yang berjaya ni bukan senang, kena banyak melalui proses dan cabaran.
100 Usahawan Jutawan, Satu Misi Bantu The Nation
Kalau korang nak tahu, 100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak murid Dr Azizan di bawah Richworks. Mereka semua telah mendapat bimbingan dari Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Dr Azizan. Mungkin di antara jenama - jenama seperti Nurraysa, Hasnuri, Mak Siti dan banyak lagi korang pernah dengar kan. Mereka semua ini lah yang akan memeriahkan perhimpunan virtual nanti.
Usahawan jutawan ini semua datang daripada seluruh Malaysia termasuk lah Singapura, Australia dan Indonesia. Apa yang menariknya, dalam program Titan Summit 2021 ini nanti, Richworks bukan saja membawakan pengasas - pengasas perniagaan saja, malah usahawan yang bergelar master stokis pun akan ada bersama semasa program bakal berlangsung nanti.
Sejak tahun 2008 lagi, Datuk Wira telah ramai melatih dan membimbing usahawan yang kebanyakannya adalah usahawan dari Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS ).
Untuk 100 usahawan jutawan yang bakal tampil dalam program ini adalah untuk memberi inspirasi dan harapan kepada usahawan di luar sana, mereka pun boleh berjaya dalam tempoh mencabar ini.
Richworks Bangkit Usahawan Jutawan Di Inner Circle Meeting Richworks
Lagipun, 100 usahawan jutawan ini baru saja selesai perjumpaan virtual pada 13 - 16 September lepas bersama dengan Datuk Wira. Untuk pengetahuan korang semua, program Inner Circle Meeting ( ICM ) ini adalah program yang dikhususkan bagi titan Richworks yang mencatatkan jualan lebih RM 1 juta setahun. Bukan senang nak masuk dalam titanium circle dan menjadi salah seorang dari senarai titan Richworks.
ICM diadakan selama 3 kali setahun bagi ahli Titanium untuk mendapatkan panduan, strategi, pemahaman dan keadaan masa ini yang diperlukan sesebuah perniagaan terus berkembang serta ke hadapan berbanding pesaing lain
Walaupun dalam tempoh pandemik sejak tahun lepas, Datuk Wira tidak jemu untuk membimbing usahawan jutawan dengan ilmu dan strategi hinggakan usahawan jutawan yang dibimbing Richworks berjaya mencapai jualan terkumpul pada 2020 berjumlah RM 2.2 billion berbanding RM 900 juta sebelumnya.
Tidak hairanlah ramai usahawan jutawan tak kisah dengan harga kelas titanium Dr Azizan. Mereka semua memang betul - betul mendapat bimbingan dari Dr Azizan.
Kisah Jutawan OKU, Pengasas Jamumall Jadi Inspirasi Kejayaan
Dalam ramai - ramai 100 usahawan jutawan ini, sis nak kongsi cerita kat sini, salah seorang ahli Titanium, Mohd Khairul Nizam Wahiddin. Sis pasti ramai yang pernah dengar Jamumall kan. Siapa yang tak kenal platform jualan online yang semakin meningkat naik sekarang ini. Kalau korang yang belum pernah kenal atau dengar, Nizam adalah pengasas kepada Jamumall Sdn. Bhd.
Bukan senang beliau nak bina empayar bisnes sendiri hingga ke tahap sekarang ini. Banyak cabaran, jatuh bangun nak kekalkan dalam bisnes sekarang. Walaupun seorang OKU, itu bukan halangan untuk beliau tidak boleh berjaya seperti orang lain.
Kisah permulaan bisnes beliau bermula pada tahun 2006 di mana Nizam tidak dapat untuk sambung belajar dan terpaksa terlantar disebabkan penyakit saraf yang dihidapi. Nizam adalah anak sulung dan ada 6 orang adik beradik. Pada masa tu, Nizam dah mula berniaga top up untuk bantu keluarga dengan menggunakan modal RM 100.
Beliau dah biasakan diri untuk berniaga melalui handphone saja. Tak keluar rumah pun boleh cari pelanggan guna handphone. Itu lah permulaan bagaimana Nizam boleh mula nak berbisnes.
Nizam mula kenal dengan Dr Azizan semasa hadir ke IMKK pada tahun 2016. Di sini lah bermula nya beliau sebagai ahli Titanium untuk menjadi anak didik Datuk Wira. Impiannya hanya satu untuk bawa bisnes ke peringkat yang lebih jauh dan memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa OKU pun boleh berjaya.
Tahap Pencapaian Sepanjang Menjadi Titan Richworks Selepas join IMKK, baru nampak hala tuju bisnes. Pada tahun 2017, atas nasihat Datuk Wira, bermulanya penjenamaan baru iaitu Jamumall.com. Walaupun banyak cabaran dan masalah yang timbul untuk memulakan perniagaan baru dari bawah. Namun, ia tidak mematahkan usaha untuk Nizam terus bangkit.
Walaupun pernah keluar dari Titan membership sebelum ini, tapi pada tahun 2018, brand Jamumall.com semakin dikenali di platform online, bisnes pun semakin berkembang. Nizam menyertai semula Titanium untuk mendapat bimbingan dari Dr Azizan.
Setelah mengharungi segala cabaran sepanjang tahun 2017 hingga 2018, Nizam berjaya membeli rumah untuk keluarganya dan pencapaian terbaik adalah hasil jualannya hingga Ogos 2019, Nizam berjaya membuat jualan mencecah jutaan ringgit.
Hingga kini, Nizam hanya menjalankan perniagaan secara online dengan bantuan adiknya Siti Jamumall. Pada bulan September 2020, beliau mula menukar bisnes model untuk menjual produk baru yang lebih menjana keuntungan. Walaupun terpaksa bermula dari bawah balik dalam keadaan negara tengah krisis pandemik, pencapaian jualan makin meningkat dan masih mencecah 7 angka.
Siapa perasan ada dalam klip berita pasal kempen "Senyuman Penuh Keyakinan" ada nampak Siti Jamumall tu kan. Permintaan produk pun makin meningkat. Hasil jualan terkini pada tahun 2021 dah mencecah 8 juta
Siapa Yang Perlu Join Program Titan Summit 2021 Ini ? Bila dengar kisah kejayaan jutawan OKU, sis yakin ramai lagi di luar sana nak dengar kisah Nizam kan, tu tak dengar secara langsung lagi. Nak tahu lanjut, kena hadirkan diri dalam program yang akan diadakan nanti. Ramai lagi usahawan jutawan yang akan sama - sama berkongsi rahsia kejayaan bisnes mereka pada program khas tersebut.
Program Titan Summit ini terbuka kepada orang ramai terutamanya kepada pengasas dan pemilik bisnes yang komited untuk dibimbing. Nak berniaga bukan senang kan, ada yang bisnes tak nampak duit. Ada juga berniaga dah bertahun - tahun tapi macam tidak ada peningkatan dalam bisnes.
Ini lah masanya untuk berada dekat bersama usahawan jutawan ini untuk sama - sama belajar apa kesilapan yang perlu diperbetulkan.
Kena upgrade diri dan kena tahu banyak benda lagi dengan dunia bisnes, nak lagi sekarang ini lebih kepada pemasaran digital di waktu pandemik.
Tidak terhad kepada usahawan saja, orang ramai yang nak cari peluang bisnes pun boleh join. Korang boleh dengar sendiri kisah jutawan Richworks ini bagaimana mereka semua dapatkan kekalkan bisnes mereka sehingga sekarang
Jom Join Program Titan Summit 2021 Pada 24 - 26 September Ini !
Banyak peluang yang korang akan dapat nanti bila hadirkan diri ke program itu nanti. Lagipun, program ini adalah percuma ditaja sepenuhnya oleh Richworks selama 3 hari bermula 24 - 26 September ini. Rugi pulak kalau tak join kan kalau dah tak kenakan bayaran. Rebut lah peluang sebaik - baiknya.
Nak dengar kisah jutawan Richworks kongsi pengalaman mahal dalam bisnes ni bukan mudah. Yang penting, kena lah daftar cepat - cepat sebelum tiba tarikhnya nanti. Jom kita sama - sama dengar perkongsian dari 100 usahawan jutawan ini. Masih tak terlambat lagi nak daftar. Korang boleh daftar SINI ya.
Untuk maklumat lanjut tentang Richworks boleh layari laman web dan telegram seperti di bawah :
Website Richworks | Telegram
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2021/09/richworks-academy-himpunkan-100-usahawan-jutawan.html