Titah Tuanku Kerajaan Pn Jangan Tunggu Lama Lama



 
Titah Tuanku, Kerajaan PN Jangan Tunggu Lama-Lama. Tajuk artikel ini saya pinjam daripada lagu popular kumpulan Sweet Charity. Mohon izin Ramli Sarip dan bekas anggota Sweet Charity.
Lagu itu kita tahu merupakan nasihat kepada jejaka. Bila sudah bertemu dara “yang banyak memberi harapan dengan sepenuh jiwa” jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang. Jika temui dara yang “terlalu banyak meminta, tiada menimbang rasa” juga jangan tunggu lama-lama, nanti makin menyeksa.
Artikel ini bukan mengenai itu. Bukan nasihat untuk jejaka mengenai dara. Ini mengenai kerajaan khususnya Perdana Menteri yang dilihat sesetengah pihak tunggu lama-lama untuk buka semula Parlimen.
Menggunakan Covid-19 sebagai “sebab” atau “alasan”, Muhyiddin Yassin dan kerajaannya jelas keberatan untuk memanggil Parlimen bersidang semula dalam tempoh terdekat, apatah lagi dua minggu sebagaimana dituntut Umno.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mahu Parlimen bersidang “secepat mungkin”.
Tiga hari lalu Muhyiddin mengumumkan satu jawatankuasa akan dibentuk untuk meneliti “aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan”. Jawatankuasa itu kata beliau akan melibatkan wakil pembangkang.
Pengumuman itu mencetuskan reaksi sebahagian (besar?) rakyat yang memanfaatkan platform media sosial untuk meluahkan perasaan, pandangan, serta komen. Kebanyakannya reaksi negatf. Ada yang keras, panas, dan berapi.
Yang saya tonjolkan disini ialah reaksi sindiran. Agak lucu. Tetapi sinis, pedih, dan tajam.
Contoh. Secepat mungkin kata seorang warga net ialah “ASAP” atau “as SOON as possible” bukan “as SLOW as possible”. Merujuk titah di Raja dan jelas untuk siapa itu ditujukan. Saya tidak kenal secara peribadi si penghantar.
Bagaimanapun ada juga penghantar Facebook yang saya kenal, termasuk kawan lama yang membuat hantaran ini : “Apa kata kita menamakannya sebagai Jawatankuasa Bagi Mencari Alasan Mentakrif Perkataan Secepat Mungkin”.
Beliau turut menghuraikan apa yang beliau panggil “jangkaan pelan cepat mungkin”, seperti berikut:
“Jun umum tubuh jawatankuasa , Julai pilih ahli jawatankuasa, Ogos jawatankuasa bermesyuarat , September jawatankuasa mengkaji, Oktober jawatankuasa bentang laporan, November umum laporan jawatankuasa, Disember…”
Kata seorang lagi kawan lama: “Jawatankuasa untuk menubuhkan jawatankuasa membincangkan jawatankuasa”.
Wartawan veteran A Kadir Jasin pula memetik kata-kata pelawak Fred Allen: “Jawatankuasa adalah sekumpulan orang yang tidak bersedia yang dilantik oleh orang yang tidak bersedia melakukan apa-apa”.
Tentu lah bekas perdana menteri Najib Razak turut masuk campur dengan “menyekolahkan” kerajaan bagaimana caranya Parlimen boleh bersidang. “Langkah pertama hantar notis kepada Speaker untuk suruh Parlimen bersidang. Langkah kedua bersidang. Habis,” kata beliau.
Kata Najib lagi, “Agong dan Raja-Raja Melayu tak titah untuk kamu bentuk jawatankuasa untuk kaji bagaimana Parlimen boleh bersidang”.
Shahidan jangan putar belit, kata Puad

Suka atau tidak dengan Najib tetapi ada benarnya kata-kata beliau. Hakikatnya ramai termasuk saya yang beranggapan pembukaan parlimen dilengahkan tanpa sebab rasional.
Bagi saya, Muhyiddin sedang “buying time, membeli waktu”. Tetapi untuk apa?
Kata penganalis politik Oh Ei Sun, perdana menteri dan pentadbirannya dalam keadaan terdesak dan oleh itu perlu “memanjangkan jangka hayat kerajaannya”. Waktu yang ada, kata Oh, boleh atau akan digunakan “untuk memperkukuhkan kedudukan dengan meraih sokongan Ahli Parlimen”.
Rasanya kita faham akan maksudnya.
Penganalis politik Sivamurugan Pandian juga berpendapat masa yang ada akan digunakan Perikatan Nasional untuk “berunding mengenai isu-isu tertentu (dengan) mengambil kira bagaimana menteri besar Perak digulingkan dulu”.
Disember lalu, Menteri Besar Perak ketika itu, Ahmad Faizal Azumu, terpaksa meletak jawatan setelah gagal mendapat sokongan majoriti ADUN untuk melepasi usul undian percaya. Usul itu dibawa Umno sendiri yang menjadi rakan komponen kerajaan negeri pimpinan timbalan presiden Bersatu itu.
Namun untuk sidang semula Parlimen, pembangkang sudah menegaskan tidak ada usul undi tidak percaya yang akan dibawa terhadap Muhyiddin. Adakah kerajaan tidak yakin akan “janji” itu ?
“Saya fikir Perikatan Nasional menjangkakan Anwar mungkin akan mendakwa beliau ada angka sokongan apabila Parlimen bersidang semula,” menurut Siva. Kita tahu Anwar mana yang dimaksudkan.
Mendengar Siva berkata demikian, bertanya saya kepada diri sendiri mengapa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, baru-baru ini tidak semena-mena mengingatkan rakyat “jangan tertipu buat kali kedua dengan memilih Pakatan Harapan sebagai pemerintah pada pilihan raya umum akan datang”.
Nada kenyataan itu memberi bayangan Hadi seakan cemas dan panik. Bukankah PRU masih jauh? Malah tidak boleh diadakan pada waktu pandemik ini? Mungkin beliau tahu apa yang kita semua tidak tahu? Apa agaknya?
Apa pun kata Siva, langkah berlengah-lengah akan terus memberi kesan terhadap “moral legitimacy” atau keabsahan moral kerajaan dan keyakinan umum terhadapnya.
Bagi pAhmad Fauzi Abdul Hamid, perdana menteri mengambil risiko menjejaskan “saki baki sokongan masyarakat Melayu Islam“ jika Parlimen tidak bersidang secepat mungkin kerana beliau akan dilihat menidakkan institusi Istana dalam suatu isu yang amat penting.
Institusi raja adalah simbol pemerintahan Melayu-Islam dan kerajaan ini pula gemar digelar pentadbiran Melayu-Islam. Bak kata Fauzi, lebih lama Muhyiddin cuba membeli waktu, lebih “derhaka pentadirannya akan dilihat” bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga rakyat.
Saya tidak berhasrat komen lanjut. Cuma sekadar mengingatkan sudah lama Ramli Sarip nyanyi “jangan tunggu lama-lama”.
Mohsin Abdullah
Bertugas untuk agensi berita, media cetak, elektronik, dan dalam talian. Beliau menulis mengenai itu ini seperti nasi campur kegemarannya. Penulisannya ibarat durian. Harum bagi sesetengah orang, tidak menyenangkan bagi yang lain.
Titah Tuanku, Kerajaan PN Jangan Tunggu Lama-Lama Baca Artikel Menarik :
Kemalangan cetus pergaduhan, rider foodpanda ditahan Bomba selamatkan wanita dikurung suami alami tekanan Agong wajar bertindak atas nasihat PM mengikut Perlembagaan Siti Sarah dan Shuib kembali berduet Lagu lucah, Uyaina Arshad mohon maaf Resepi Kari Kambing special Layari Laman Facebook MYKMU
PRU-15 boleh diadakan, jika kadar kebolehjangkitan 0.5

The post Titah Tuanku, Kerajaan PN Jangan Tunggu Lama-Lama appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/06/23/titah-tuanku-kerajaan-pn-jangan-tunggu-lama-lama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ampun Tuanku Titah Kepada Yang Hidup Talkin Kepada Kerajaan Yang Mati

Ampun Tuanku Titah Kepada Yang Hidup Talkin Kepada Kerajaan Yang Mati

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 133 hits
1 GERAK menjungjung kasih ke bawah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu diatas keperihatinan serta sikap dan tindakan SEGERA Duli Duli Tuanku 2 Ianya selari dengan apa yang GERAK dan rakyat jelata lain suarakan agar tin...
Titah Tuanku Di Politikan

Titah Tuanku Di Politikan

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 244 hits
Agong akan berkomunikasi dengan PM paling kurang setiap minggu dan jika Baginda mengenalpasti sesuatu dengan jelas sudah tentulah Tuanku hanya perlu sebut pada PM Tetapi apabila sesuatu itu bergantung kepada faktor lain kesesuaian keperluan...
Armada Gesa Moratorium Automatik Jangan Harap La Dah Berbuih Orang Minta Tetapi Kerajaan Ini Tidak Membantu Rakyat

Armada Gesa Moratorium Automatik Jangan Harap La Dah Berbuih Orang Minta Tetapi Kerajaan Ini Tidak Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 226 hits
By KUALA LUMPUR Armada Bersatu Malaysia menggesa kerajaan memberi moratorium pinjaman automatik tanpa faedah dalam penambaikan pakej bantuan yang akan dilakukan kelak Penolong Bendahari Armada Nasional Syafiq Mohd Zin berkata pihaknya mengu...
Kerajaan Pn Jangan Dolak Dalik Buka Parlimen Segera

Kerajaan Pn Jangan Dolak Dalik Buka Parlimen Segera

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 438 hits
Gabungan Reformis Malaysia terdiri daripada 10 NGO memperjuangkan Reformasi menggesa agar Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional segera membuka Parlimen sebagaimana titah Yang di Pertuan Agong dan Majlis Ra...
Apa Lagi Yang Kerajaan Tunggu Soal Shahrir By Muhammad Azizul Osman

Apa Lagi Yang Kerajaan Tunggu Soal Shahrir By Muhammad Azizul Osman

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 201 hits
Shahrir Abdul Samad KUALA LUMPUR Sikap berdiam diri Kerajaan Perikatan Nasional mengenai sidang Parlimen terus dikritik veteran UMNO Tan Sri Shahrir Samad Menurut beliau apa lagi yang hendak ditunggu oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin...
Ku Li Jangan Kita Tunggu Parlimen Bersidang Bulan Oktober

Ku Li Jangan Kita Tunggu Parlimen Bersidang Bulan Oktober

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 242 hits
FAZLI RADZIPemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan sidang Parlimen perlu dilaksanakan secepat mungkin tanpa perlu menunggu tamat tempoh darurat Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata sidang Parlimen perlu dilaksanakan secepat...
Adab Berjiran Jika Kelaparan Tidak Perlu Tunggu Kerajaan

Adab Berjiran Jika Kelaparan Tidak Perlu Tunggu Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 178 hits
Adab berjiran jika kelaparan tidak perlu tunggu kerajaan Meruntun hati dan tidak dapat dibayangkan kepayahan apabila semakin ramai mengadu kelaparan rakyat yang prihatin tidak boleh berdiam diri dan sudah tiba masa untuk menjaga satu sama l...
Patuh Titah Tuanku Pemimpin Umno Dap Beritahu Muhyiddin

Patuh Titah Tuanku Pemimpin Umno Dap Beritahu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 181 hits
Asyraf Wajdi Dusuki dan Teresa Kok berkata Parlimen perlu segera bersidang seperti dititahkan Agong PETALING JAYA Pemuda Umno mendesak kerajaan segera membahaskan Pelan Pemulihan Negara dan Ordinan Darurat sebaik Parlimen dibuka supaya isu ...
Laaaa Jangan Gelabah Bro Agong Yang Nak Jumpa Kah Kah Kah Tak Tukar Kerajaan Pun Bincang Biasa Sahaja Kan

Laaaa Jangan Gelabah Bro Agong Yang Nak Jumpa Kah Kah Kah Tak Tukar Kerajaan Pun Bincang Biasa Sahaja Kan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 187 hits
Sabar untuk 3 bulan lagi Hamzah beritahu ahli politik beria jadi PM June 11 2021 Hamzah Zainudin berkata kerajaan Perikatan Nasional tidak takut dengan pembukaan semula Parlimen PETALING JAYA Semua pihak yang menggesa supaya Parlimen dibuka...
Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Christmas From The Manger To The Margins

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans