Ampun Tuanku Titah Kepada Yang Hidup Talkin Kepada Kerajaan Yang Mati
1. GERAK menjungjung kasih ke bawah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu diatas keperihatinan serta sikap dan tindakan SEGERA Duli Duli Tuanku.
2. Ianya selari dengan apa yang GERAK dan rakyat jelata lain suarakan agar tindakan SEGERA diambil bagi selamatkan negara daripada kemelut terburuk sejak Merdeka.
3. Malangnya kerajaan ini TIDAK ADA sikap dan tindakan SEGERA (Sense of Urgency) kerana kerajaan ini kerajaan yang mati malah tidak pernah hidup.
4. Kerajaan ini terdiri daripada mereka yang mencuri, menipu, merasuah dan menjual prinsip (melacur) untuk mendapatkan kuasa. Makanya tidak pernah ada ROH sebagai sebuah kerajaan.KERAJAAN INI TIDAK PERNAH HIDUP!
5. Lihatlah jawapan Menteri yang jaga hal ehwal Parlimen menjawab titah Tuanku agar Parlimen bersidang segera. Langsung tidak ada sense of urgency! Sebab dia tidak pernah HIDUP sebagai Menteri. Dia hidup sebagai pencuri kuasa yang setiap hari menjaga harta rampasannya!
6. Selama inipun adakah kita melihat dan merasai kerajaan ini hidup?
PERDANA MENTERI - Bekerja pun setengah hari. Sidang Akhbar dan soal jawab terbuka langsung tak ada. Menipu sepanjang masa. Terbaru, Pelan Pemulihan ternyata tipu. Mulanya umum sedang rangka pelan dan ambil masa beberapa minggu. Tiba-tiba 2 hari slps itu dia umumkan. Sehari sebelum Majlis Raja Raja bersidang. Itu bukan Pelan Pemulihan selamatkan rakyat. Itu Pelan selamatkan diri sendiri!
MENTERI PERTAHANAN - Jaga keselamatan dan SOP Pandemik. Jaga pintu depan sahaja.Pintu belakang bolos merintih di Media Sosial. Ini rupa menteri jaga keselamatan?
Penjaga reban ayam pun tahu erti JAGA maknanya jaga semua pintu dengan tegas dan tidak sekali-kali kompromi soal keselamatan.
MENTERI KESIHATAN - Siapa Menteri? Tanya rakyat mereka lebih tahu Ketua Pengarah Kesihatan daripada Menteri!
MENTERI KEWANGAN - Yang jaga Kementerian Kewangan itu Menteri atau CEO Bank?
MENTERI -MENTERI lain ? - Langsung batang hidup tak nampak, makan gaji buta
Oh ada MENTERI JAGA VAKSIN - Lihatlah bila Menteri yang jaga vaksin, apakah Rakyat rasa lebih selamat?
Jawapannya Rakyat tidak rasa lebih selamat, baik soal kesihatan maupun ekonomi kerana kerajaan ini tidak berfungsi. Kerajaan ini tidak pernah hidup. Yang terus mentadbir dan mengurus adalah pegawai-pegawai kerajaan!
7. Hakikatnya, kerajaan ini tidak pernah hidup. Kerajaan ini telah mati. Kerajaan ini tidak akan ada sense of urgency walaupun rakyat semakin ramai mati!
8. TITAH DIRAJA wajib dijunjung! Tetapi Titah tidak akan dijunjung oleh sebuah kerajaan yang mati. Kerajaan ini tidak akan menjunjung titah Tuanku. Kerajaan ini sepatutnya di TALKINKAN bukan di TITAH.
9. Ampun Tuanku, makanya kami hamba rakyat khususnya dari GERAK memohon agar DYMM lakukan sesuatu yang lebih luarbiasa untuk menamatkan kerajaan yang gagal ini. Krisis luarbiasa menuntut tindakan luarbiasa.
10. Kami percaya rakyat akan bersama Tuanku dalam membuat keputusan sukar ini. Kami juga yakin dan percaya Tuanku punya kebijaksaan bertindak sesuai peruntukan kuasa yang ada didalam Perlembagaan Negara walaupun mungkin tidak pernah dilakukan sebelum ini.
11. Terlibat paling penting, perutusan daripada MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU melambangkan satu keputusan tegas, peduli rakyat dan tiada tolak ansur dalam soal kestabilan kerajaan, salahguna kuasa. Amat jelas dan menyakinkan, Majlis Raja-Raja Melayu akan terus bersama DYMM Tuanku Agong dalam membuat keputusan tegas dan adil buat rakyat.
Ampun Tuanku, kami patik hamba rakyat memohon talkinkan sahaja kerajaan yang mati ini dengan PM dan semua jemaah Menteri berundur SEGERA!
DAULAT TUANKU!!
Mohamad Ezam Mohd Nor
Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia
GERAK
17Jun 2021, 6 Zulkaedah 1442H.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/06/ampun-tuanku-titah-kepada-yang-hidup.html