Titah Adendum Pengakuan Anwar Boleh Cetus Konflik Perlembagaan Pas





Pengakuan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahawa peguam negara telah menerima titah tambahan yang membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani tahanan rumah mendedahkan kerajaan kepada konflik undang-undang dan Perlembagaan.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu berlawanan dengan sumpah jawatan yang diikrarkan Anwar untuk menjunjung perlembagaan, taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan semasa mula menjawat jawatan perdana menteri ke-10.
"PAS mendapati penjelasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan sahaja lemah dan mengelirukan, tetapi berpotensi mencetus konflik undang-undang dan krisis Perlembagaan, selain menghakis keabsahan kerajaan pimpinannya sendiri," kata Takiyuddin dalam satu kenyataan malam ini.
Titah adendum berkenaan merupakan titah Yang di-Pertuan Agong terdahulu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada hari terakhir baginda memerintah.
Titah itu merupakan tambahan kepada keputusan Lembaga Pengampunan yang juga dipengerusikan oleh baginda untuk mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap Najib dalam kes SRC International.
Kewujudan titah itu menimbulkan spekulasi sehinggalah pada 6 Jan apabila surat daripada istana Pahang dikemukakan di mahkamah bagi mengesahkan kewujudan titah adendum berkenaan.
Anwar dalam menangkis tuduhan bahawa kerajaan telah menyembunyikan titah berkenaan, semalam mengakui peguam negara pada masa itu - Terrirudin Mohd Salleh - telah menerima surat mengenai titah berkenaan daripada Istana.
Namun Anwar berkata bagaimanapun surat itu tidak dihantar kepadanya atau ahli lembaga pengampunan.
Perdana menteri berkata peguam negara kemudiannya menyerahkan titah tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Mengulas perkara itu, Takiyuddin berkata kegagalan melaksanakan titah berkenaan ketika Yang di-Pertuan Agong ke-16 masih bertakhta merupakan perbuatan derhaka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong.
"Penjelasan Anwar berhubung tindakan Peguam Negara menyerahkan titah berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) untuk tindakan lanjut kerana kedudukan baginda sebagai pengerusi Lembaga Pengampunan berikutnya pula mendedahkan kerajaan kepada konflik undang-undang dan Perlembagaan berikutan tiadanya peruntukan undang-undang yang membenarkannya.
"Semasa titah itu dibuat, Yang di-Pertuan Agong ke-16 masih bertakhta dan titah baginda mesti dilaksanakan sepenuhnya kerana kegagalan berbuat demikian boleh diistilahkan sebagai perbuatan derhaka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan,” kata Takiyuddin.
Menurut Takiyuddin, tindakan peguam negara berlawanan dengan peruntukan mengenai kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong sekiranya dia berpendapat kuasa baginda untuk memberi pengampunan tertakluk pada nasihat Lembaga Pengampunan.
Dia memetik dua kes Superintendent of Pudu Prison lwn Sim Kie Chon (1986) dan kes Karpal Singh lwn Sultan Selangor (1988) yang memutuskan bahawa "Lembaga Pengampunan hanyalah badan penasihat dan Agong tidak wajib mengikuti nasihat tersebut semasa melaksanakan kuasa pengampunan.
[Berita penuh menyusul]
- Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/titah-adendum-pengakuan-anwar-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum Pas Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum Pas Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 132 hits
KUANTAN PAS Pahang mengecam tindakan Kerajaan Madani yang didakwa menyembunyikan kewujudan Titah Adendum dan cuba menutup kebenaran dengan alasan subjudis Ketua Penerangan PAS Pahang Aireroshairi Roslan turut mempersoalkan sikap enam jabata...
Hairan Mengapa Pas Beriya Iya Mengikuti Kes Titah Adendum

Hairan Mengapa Pas Beriya Iya Mengikuti Kes Titah Adendum

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 105 hits
PAS mahu gambarkan Umno tak kuat berjuang sendirian kata penganalisisNora MahparPETALING JAYA Penganalisis percaya tindakan PAS berhimpun semalam cubaan menggambarkan Umno tiada kekuatan untuk membela nasib bekas presidennya Najib Razak Fel...
Kerajaan Tak Sorok Titah Adendum Pm Anwar

Kerajaan Tak Sorok Titah Adendum Pm Anwar

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 185 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir Program Muhibbah MADANI 2025 di Bandar Perda Bukit Mertajam pada Sabtu Foto RTMBUKIT MERTAJAM 11 Jan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak menyorok dokumen berkaitan Titah A...
Anwar Ditegur Cuba Heret Pm Terdahulu Dalam Kemelut Titah Adendum Najib

Anwar Ditegur Cuba Heret Pm Terdahulu Dalam Kemelut Titah Adendum Najib

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 185 hits
Tindakan Anwar Ibrahim mengaitkan pemimpin terdahulu dalam isu titah adendum Najib Razak disifatkan tidak adil oleh pakar komunikasi selepas pengakuan perdana menteri akhirnya mengakui kewujudan dokumen tambahan itu selepas kontroversi berb...
Pn Boleh Makan Diri Dalam Isu Titah Adendum

Pn Boleh Makan Diri Dalam Isu Titah Adendum

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 147 hits
HarapandailyPara penganalisa politik berpendapat isu titah adendum yang digunakan oleh PN boleh memakan diri mereka Ini kerana kenyataan mereka boleh juga dianggap menyerang institusi iraja Pendekatan lantang PN dalam isu itu boleh memakan ...
Andansura Pas Bukan Membela Kleptokrasi Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak

Andansura Pas Bukan Membela Kleptokrasi Rakyat Mahu Tahu Titah Adendum Ada Atau Pun Tidak

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 151 hits
KUANTAN PAS menyifatkan pihak yang mendakwa parti itu menunggang isu titah adendum berkaitan perintah tahanan rumah terhadap Najib Razak sebagai tidak memahami isu sebenar Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Andansura Rabu menjelaskan keha...
Himpunan Adendum Yang Menunjukkan Sifat Sebenar Pas

Himpunan Adendum Yang Menunjukkan Sifat Sebenar Pas

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 170 hits
Himpunan adendum 6hb telah telanjangkan wajah sebenar Pas Mereka hanya bersandiwara dan mengamalkan politik Machiavelli Sehingga orang Umno pun dapat hidu bau busuk itu https vt tiktok com ZS69LMDK8
Adendum Agong Adendam Pas

Adendum Agong Adendam Pas

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 180 hits
Pada 2021 seorang Ahli Parlimen PAS telah mengundang kemurkaan Yang di Pertuan Agong ketika itu Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah lantaran pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di parlimen PAS boleh lupa orang lain tidak lupa Dalam satu ...
Kena Baca Hadam Terima Titah Agong Pm Anwar

Kena Baca Hadam Terima Titah Agong Pm Anwar

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 154 hits
Kena Baca Hadam Terima Titah Agong PM Anwar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan sebahagian peniaga dan orang ramai ketika melakukan lawatan ke Lestari Niaga MADANI Wirawati di Kampung Pandan Kuala Lumpur KUALA LUMP...
Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik

Masa Inilah Peluang Bagi Sprm Siasat Jika Dahulunya Tak Bayar Hutang

Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana Chord

Lirik Lagu Hari Mulia Amir Jahari Ft Beto Kusyairy

Alami Keajaiban Maghribi Sempena Hari Raya Di Suria Klcc

Resipi Kuih Lapis

Pertahanan Sabah Fk Kacukan Sepanyol Dalam Radar Harimau Malaya

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Bailout

Roti John Air Tangan Anak Anak

Uncle Botak Bbq Petaling Jaya

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Cara Mendaftar Asuransi Kesehatan Bca Life