Adendum Agong Adendam Pas


 
Pada 2021, seorang Ahli Parlimen PAS telah mengundang kemurkaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, lantaran pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di parlimen. PAS boleh lupa, orang lain tidak lupa.
Dalam satu kenyataan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsudddin, Seri Paduka Baginda ketika itu telah ‘menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan telah dibuat pada 26 Jul 2021’ bahawa ’kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh baginda sepanjang tempoh darurat walhal belum lagi diperkenan baginda.’
Bahkan julung-julung kalinya, Seri Paduka Baginda telah ‘menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Takiyuddin Hassan selalu menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Idrus Harun, peguam negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Jul 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan’.
Selain itu Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan menteri di Parlimen pada 26 Jul 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat. PAS boleh lupa, orang lain tidak lupa.
Teguran Baginda ini berkait tempoh darurat yang bermula pada 11 Jan 2021 dan berakhir pada 1 Ogos 2021 lantaran pandemik Covid-19. Pembatalan kerajaan yang ketika itu di bawah Perikatan Nasional dibuat secara tidak berperlembagaan. Bahkan pengumuman Takiyuddin pada 26 Jul tersebut bahawa ordinan darurat telah dibatalkan mengejutkan Dewan Rakyat.
Kemurkaan Agong terhadap wakil rakyat PAS ini jika ditambah tolak dengan perangai ahli dan pimpinan mereka yang lain akan membawa kepada satu senarai panjang. PAS boleh lupa, orang lain tidak lupa.
Misalnya pada bulan Februari 2024 tahun lalu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang memerli ‘alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu’ menerusi satu tulisan Abdul Hadi yang bertajuk ’Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’.
Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin Muhamad Munir Bani menyatakan, baginda menzahirkan dukacita itu menerusi satu surat yang diutuskan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Ab Halim Tamuri bertarikh 27 Feb 2024. PAS boleh lupa, orang lain tidak lupa.
Juga pada Ogos tahun lalu pula, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan bekas perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang secara sengaja dan sinis mempertikaikan tugas dan peranan Al-Sultan Abdullah sewaktu menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Tengku Hassanal dilaporkan bertitah bahawa bekas perdana menteri dan ahli politik veteran itu telah memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih perdana menteri ke-10. PAS boleh lupa, orang lain tidak lupa.
Lebih dahsyat Muhyiddin dipetik sebagai ‘tidak matang’, ‘seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai perdana menteri’; dan ‘sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat’.
Pengarah pilihan raya PAS Sanusi Nor pula baru sahaja dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, hujung tahun lalu dari pertuduhan menghasut berkaitan Sultan Sharafuddin dalam satu ceramah politik. PAS boleh lupa, orang lain tidak lupa.
Maka tidaklah sulit mana memahami mengapa PAS beria-ia ingin memainkan isu titah adendum Agong berkaitan membenarkan bekas perdana Menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Ini kerana memainkan isu adendum ini boleh memanjangkan adendam PAS terhadap musuh politiknya iaitu Anwar Ibrahim. PAS boleh lupa, orang lain tidak lupa.
Adendam PAS atau ’Argh Dendam’ PAS terhadap Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP (ingat DAP adalah ancaman PAS), dan Amanah (yang mana pimpinannya adalah kebencian PAS) telah pun diketahui umum.
Tanpa segan silu Hadi selaku pemimpin agung PAS menyatakan yang mereka akan terus beristiqamah dalam konsep penghakiman dengan mengutamakan pengampunan, sambil menambah parti itu menolak sebarang unsur politik dendam dan penipuan.
Malah Hadi kononnya berhasrat mengikut prinsip ajaran Rasulullah SAW yang mementingkan kemaafan dan keadilan, sambil menghunus senjata tumpul biasanya bahawa bahawa PAS ‘tidak mudah terpengaruh dengan politik Barat penjajah yang berprinsipkan kaedah matlamat menghalalkan cara’.
Padahal dalam masa sama, sedang tular sedutan video ceramah Adun Melor Wan Rohimi Wan Daud yang mengupas isu pengampunan terhadap Najib sambil memetik nama Anwar Ibrahim berserta fitnah;
“Dia menganiaya seorang banduan yang telah diberi pengampunan. Padahal, dia dulu banduan juga. “Main xxx orang. Bukan lekeh-lekeh. Main xxx, saudara. Tiada sejarah pemimpin kita tapi ada orang angkat jadi Perdana Menteri, nak buat macam mana.” PAS boleh lupa, orang lain tidak lupa.
Hanya orang awam biasa yang jahil politik sahaja akan terpedaya dan terbawa-bawa dengan permainan PAS ini. Malah kesungguhan PAS meniup naratif adendam ini sangatlah memalukan kerana ia menunjukkan PAS tidak teragak-agak untuk mempermainkan apa sahaja isu.
Isu Adendum yang sedang ditiup oleh PAS bahawa kononnya kerajaan perpaduan derhaka terhadap titah Agong, berkemungkinan bertujuan untuk menutup kelemahan dan juga perangai mereka yang sebenar.
Fakta yang sebenar adalah isu mengenai adendum ini melibatkan dua pemerintah iaitu Yang di-Pertuan Agong terkini, Sultan Ibrahim dan sebelumnya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Maka sikap Anwar untuk berdiam diri adalah lebih kerana ia bukan urusan pihak kerajaan, tetapi adalah hak Agong dan institusi Raja-Raja Melayu.
Sejujurnya PAS bukan berminat sangat pun dengan adendum Agong, mereka hanya mahu melampiaskan nafsu dan adendam sedia ada. PAS boleh lupa, orang lain tidak lupa. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/adendum-agong-adendam-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Penjara Tak Terima Titah Adendum Agong Ke 16 Saifuddin Nasution

Jabatan Penjara Tak Terima Titah Adendum Agong Ke 16 Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 110 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebaliknya menegaskan pihak penjara hanya menerima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang Undang Jabatan Perdana Menteri berkaitan pengurangan hukuman dan denda membabitkan Najib K...
Hairan Mengapa Pas Beriya Iya Mengikuti Kes Titah Adendum

Hairan Mengapa Pas Beriya Iya Mengikuti Kes Titah Adendum

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 100 hits
PAS mahu gambarkan Umno tak kuat berjuang sendirian kata penganalisisNora MahparPETALING JAYA Penganalisis percaya tindakan PAS berhimpun semalam cubaan menggambarkan Umno tiada kekuatan untuk membela nasib bekas presidennya Najib Razak Fel...
Pas Amal Politik Keji Kaitkan Adendum Dengan Dap

Pas Amal Politik Keji Kaitkan Adendum Dengan Dap

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 106 hits
Malaysiakini nbsp DAP menegaskan pemimpinnya sama sekali tidak terlibat dalam isu adendum dan menafikan sekeras kerasnya dakwaan PAS yang cuba mengherat mereka terlibat dalam kes Najib Razak Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata dia men...
Adendum Di Sorok Antara Tuduhan Dakwaan Geng Pas Perikatan Nasional

Adendum Di Sorok Antara Tuduhan Dakwaan Geng Pas Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 128 hits
Kes samada adendum wujud atau tidak sebenarnya baru bermula 1 Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan majoriti 2 1 yang telah di ketahui ramai 2 Cuma saya nak ulas sedikit dalam bahasa awam agar semua dapat memahami situasi yang sedang berl...
Pas Tak Perlu Mengajar Agong Buat Keputusan

Pas Tak Perlu Mengajar Agong Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 104 hits
HarapandailyAhli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat menyifatkan Pas kecewa apabila UMNO membatalkan Himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak pada 6 Januari ini Menurut pimpinan AMANAH berkenaan UMNO menyedari permainan politik murahan Pas apab...
Derhakakah Pas Titah Agong Dilanggar Biawak

Derhakakah Pas Titah Agong Dilanggar Biawak

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 120 hits
HarapandailyJanuary 5 2025OLEH Muhammad GhaznawiSusulan titah Yang Di Pertuan Agong Umno yang sebelum ini bercadang melaksanakan himpunan solidariti untuk mantan presidennya Datuk Seri Najib Razak pada 6 Januari Pas bagaimanapun berkeras un...
Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum Pas Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

Tindakan Sembunyi Kewujudan Titah Adendum Pas Pahang Pertikai Ketelusan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 126 hits
KUANTAN PAS Pahang mengecam tindakan Kerajaan Madani yang didakwa menyembunyikan kewujudan Titah Adendum dan cuba menutup kebenaran dengan alasan subjudis Ketua Penerangan PAS Pahang Aireroshairi Roslan turut mempersoalkan sikap enam jabata...
Umno Anjur Perhimpunan Pas Nak Tumpang Tiba Tiba Bila Umno Ikut Saranan Ydp Agong Pas Salahkan Dap Lebai Lebai Kiok

Umno Anjur Perhimpunan Pas Nak Tumpang Tiba Tiba Bila Umno Ikut Saranan Ydp Agong Pas Salahkan Dap Lebai Lebai Kiok

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 212 hits
W FaudzinTuan Berahim katik kata keputusan umno tidak mahu berhimpun di mahkamah pada 06hb ini adalah kerana Umno ikut telunjuk DAP Yang anjur himpunan tu Umno Yang terhegeh hegeh nak tumpang berhimpun tu Pas Tiba tiba DAP pulak yang dikait...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Minuman Belgian Chocolate Choco Albab Rasa Kaya Khasiat Mantap

Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris

Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan