Anwar Ditegur Cuba Heret Pm Terdahulu Dalam Kemelut Titah Adendum Najib



(MN) : Tindakan Anwar Ibrahim mengaitkan pemimpin terdahulu dalam isu titah adendum Najib Razak disifatkan tidak adil oleh pakar komunikasi, selepas pengakuan perdana menteri akhirnya mengakui kewujudan dokumen tambahan itu selepas kontroversi berbulan-bulan.
Anwar pada Sabtu mengakui kewujudan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya bekas perdana menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.
Beliau kemudiannya membandingkan dirinya dengan beberapa pemimpin terdahulu.
“Yang suruh tangkap (Najib), Mahathir. Yang dakwa, Muhyiddin. Yang hukum, masa Ismail Sabri. Yang saya apa dia? Yang saya buat hanyalah bagi dia peluang buat rayuan. Saya bagi pertimbangan duduk penjara supaya ada layanan yang baik, itu saja” kata Anwar.
Pakar komunikasi Universiti Teknologi Mara, Abdul Aziz Azizam berkata timbul persoalan mengapa maklumat tentang perkara tersebut tidak diberikan secara jelas lebih awal.
“Mengaitkan perdana menteri terdahulu tentang hal ini pada satu sudut semata-mata tidak adil.
“Ini kerana hal pokoknya adalah salah laku yang telah terbukti dilakukan oleh Najib, bukan mana-mana PM yang perlu dikaitkan,” katanya kepada MalaysiaNow.
Mahkamah Rayuan pada 6 Januari membenarkan semakan kehakiman oleh Najib berhubung kewujudan titah adendum tambahan dalam pengampunannya supaya beliau menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Susulan itu, pelbagai pihak menafikan menerima titah tersebut.
Ia termasuk Jabatan Penjara di bawah Kementerian Dalam Negeri, dan juga Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa yang juga anggota Lembaga Pengampunan turut menafikan terlibat dalam menyembunyikan titah adendum tersebut.
Menurut Aziz, kekalutan yang berlaku sedikit-sebanyak telah merobek persepsi awam terhadap sistem perundangan dan sistem raja berperlembagaan.
“Apabila rakyat dibiarkan tidak mempunyai maklumat yang cukup akan mencetuskan reaksi negatif terhadap institusi raja berperlembagaan yang kita junjung sejak kemerdekaan,” tambahnya.
Aziz berkata Anwar perlu menjadi lebih cermat dalam menguruskan isu titah adendum tersbeut yang menyaksikan kekeliruan demi kekeliruan timbul daripada jentera kerajaan.
Najib sedang menjalani hukuman penjara setelah didapati bersalah dalam kes menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.
Bagaimanapun, tempoh hukumannya dikurangkan hukuman penjara kepada enam tahun berbanding 12 tahun, dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta, dalam pengampunan yang diberikan oleh Sultan Abdullah pada awal tahun lalu.
Shafizan Mohamed, pensyarah komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa, berkata dalam kes-kes berprofil tinggi seperti ini, tindakan berdolak-dalih bukan satu pilihan.
“Ia menghakiskan keyakinan awam ketika mana rakyat memerlukan ketegasan. Kerajaan mesti tunjukkan bahawa mereka mengambil tindakan.
“Ia tidak boleh mengatakan tidak tahu, yang hanya menjadikan reputasi kerajaan semakin buruk,” katanya.
Katanya, strategi komunikasi kerajaan perlu lebih proaktif ketika hampir semua menteri mengatakan mereka tidak tahu kewujudan titah tambahan tersebut.
“Ia memberi bayangan bahawa kerajaan tidak tahu apa yang perlu dibuat atau lebih bahaya lagi, orang ramai akan fikir kerajaan teragak-agak dalam membuat keputusan,” katanya.
Tambah Shafizan, kerajaan mempunyai cara menunjukkan ia tidak mencampuri urusan mahkamah dengan mengambil tindakan mengikut kuasa masing-masing.
Dalam pada itu, Aziz berkata usaha kerajaan memberi penerangan berkenaan titah tersebut dilihat masih samar-samar dan tidak jelas.
“Sekejap itu dan sekejap ini. Yang patut bercakap pula hilangkan diri,” katanya.
Sumber : Malaysianow
The post Anwar ditegur cuba heret PM terdahulu dalam kemelut titah adendum Najib appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2025/01/14/anwar-ditegur-cuba-heret-pm-terdahulu-dalam-kemelut-titah-adendum-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sahih Surat Istana Pahang Sahkan Titah Adendum Benarkan Najib Razak Jalani Hukuman Di Rumah

Sahih Surat Istana Pahang Sahkan Titah Adendum Benarkan Najib Razak Jalani Hukuman Di Rumah

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 335 hits
Sebentar tadi peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang mengesahkan wujudnya Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman di ba...
Titah Adendum Pengakuan Anwar Boleh Cetus Konflik Perlembagaan Pas

Titah Adendum Pengakuan Anwar Boleh Cetus Konflik Perlembagaan Pas

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 269 hits
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa peguam negara telah menerima titah tambahan yang membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani tahanan rumah mendedahkan kerajaan kepada konflik undang undang dan Perlembagaan Setiaus...
Kj Menteri Umno Sorok Titah Adendum Najib

Kj Menteri Umno Sorok Titah Adendum Najib

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 203 hits
Malaysiakini nbsp Khairy Jamaluddin mendakwa terdapat krisis kepercayaan terhadap bekas partinya Umno susulan isu titah adendum yang melibatkan Najib Razak Khairy yang dipecat Umno dua tahun lalu menuduh Menteri Undang undang Azalina Othman...
Titah Adendum Najib Razak Disembunyikan

Titah Adendum Najib Razak Disembunyikan

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 241 hits
Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa bahawa Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah wujud namun disembunyikan daripada umum...
Kerajaan Tak Sorok Titah Adendum Pm Anwar

Kerajaan Tak Sorok Titah Adendum Pm Anwar

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 368 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir Program Muhibbah MADANI 2025 di Bandar Perda Bukit Mertajam pada Sabtu Foto RTMBUKIT MERTAJAM 11 Jan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak menyorok dokumen berkaitan Titah A...
Ph Tidak Terlibat Dalam Himpunan Solidariti Najib Pada Isnin Ini Anwar

Ph Tidak Terlibat Dalam Himpunan Solidariti Najib Pada Isnin Ini Anwar

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 319 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Pakatan Harapan tidak akan terlibat dalam himpunan Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan di Istana Kehakiman Putrajaya pada Isnin ini Beliau yang juga Pengerusi PH berkata apa ...
Pahang Palace Confirms Royal Decree To Let Najib Go Home Plunging Anwar Into Greater Dilemma

Pahang Palace Confirms Royal Decree To Let Najib Go Home Plunging Anwar Into Greater Dilemma

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 569 hits
A letter from the Pahang state palace confirming that Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah had during his reign as the Agong ordered Najib Razak to serve the remainder of his sentence under house arrest was read out in the Court of Appeal toda...
Najib Menang Anwar Kecundang

Najib Menang Anwar Kecundang

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 293 hits
Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan 2 1 yang memihak kepada Najib Razak dalam rayuannya untuk mengesahkan kewujudan titah adendum Dengan keputusan itu kes semakan kehakiman untuk memaksa Najib diberi tahanan rumah sebagaimana di...
Mamat Pensyarah Kanan Apa Tak Faham Bab Adendum Najib Ni

Mamat Pensyarah Kanan Apa Tak Faham Bab Adendum Najib Ni

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 260 hits
Macamana seorang yang selemah ini pemahamannya tentang undang undang boleh jadi di UM Bukan pensyarah biasa pulak tu Pertama dia kata Bila di bawa ke mahkamah itu maknanya kerajaan telah kepada rakyat tentang selain Pertama sekali siapa yan...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meditation Experience 5

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Keyboard Retro Led Unboxing Malaysia

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri