Tips Pilih Pekerja Reban Ayam Daging






 "Firdaus, kalau hang nak bela ayam... Jangan pakai orang Malaysia. Nanti hang akan susah. Tak percaya tak pa. Dengar saja apa saya cakap....."
Ini pesan Otai ayam kepada saya 16 tahun lepas sebelum saya buat bisnes ayam. Saya macam berfikir... "Kenapa haji ni cakap dekat saya macam ni......? Otak cannot brain sekejap". Saya tengok, Reban A guna pekerja semua orang Malaysia Saya tengok, Reban B guna pekerja orang Malaysia. Saya tengok, Reban C guna Supervisor orang Malaysia, pekerja warga asing. Saya fikir lagi, "Apa masalahnya....." Jadi, selepas saya siap buat reban. Saya buat keputusan untuk ambil "Orang Malaysia" bekerja dengan saya. Saya ada pengalaman menjadi majikan kepada 5 orang warga Malaysia. Dua orang berkerja pada satu-satu masa. Pekerja saya yang pertama saya namakan A. A berumur 17 tahun dan mempunyai fizikal yang cukup untuk ternak ayam. Waktu tu, saya pun kerja jugak. Sy buat kerja A to Z. Pendek kata, dari persiapan kemasukan anak ayam hinggalah ke korek baja tahi ayam. Semua saya dah buat sambil di bantu oleh A. Lepas pusingan pertama, saya dah merasai susah payah menternak ayam. Dah tahu mana kerja ringan dan mana kerja berat. Yang mana cepat yg mana lambat. Yang mana penting yang mana kurang penting. Untuk pusingan kedua saya hire sorang lagi warga Malaysia yang saya namakan B. Sepanjang pusingan kedua, A selalu bermasalah dengan B. Dua-dua ni tak boleh nak bekerja sekali. Kepala tak sama. Di penghujung pusingan kedua, B minta berhenti kerja sebab tak tahan kerja sekali dengan A. Buntu mencari pekerja baru, A rekemenkan saya untuk ambil sepupu dia kerja dengan saya. So, A pun kerja dengan C dalam pusingan yg ketiga. Sekali lagi, di penghujung pusingan ke3, C minta berhenti kerja. Sebab C kata tak tahan kerja dengan A. Dia kata A terlalu bersikap bossy. A selalu acting buat macam dia bos kat reban sy.. Sebab dia yang paling experience. Masuk pusingan ke 4, C berhenti kerja dan A propose saya ambil kawan saya yang tinggal berhampiran dengan rumah saya, saya namakan D. D ni bekas penagih dadah. Semua orang advise saya jangan ambil D. Sebagai sahabat, saya nak tolong sahabat sy D ni keluar dari kepompong kehidupan dia. Cuba bagi dia environment lain. Bagi saya, tak salah saya bagi dia peluang. Saya cakap kat D, "Aku tak nak dengar apa yang orang cakap pasal hang di luar, apa yg penting aku tak mau hang buat sesuatu yang tak baik di sini". Nampaknya, A dengan D ngam kerja sekali. Pada pusingan kelima, A dan D start kerja sekali. Mula-mula sekali saya terperasan macam guni makanan kosong saya berkurang dari stok asal. Sy rasa beg kosong macam ada 500 beg, tapi tiba-tiba pagi tu saya nampak ada lebih kurang 300 beg aja. Saya tanya la depa mana pi beg kosong , depa kata "Mana ada kurang. Memang macam tu.." Tuhan tu Maha Berkuasa. Keesokan harinya, ada sorang tua bermotosikal datang ke reban saya dan bagi tau sehari sebelum tu dia beli guni kosong dari pekerja sy 200 beg, tapi pekerja sy bagi kurang 30 beg. So, dia datang nak ambil guni kosong lagi 30 beg. Sy pun bagi kat dia 30 beg kosong. Masa orang tua ni datang sembang dengan saya, pekerja A dan D tak nampak. Lepas tu, saya pun buat-buat la tanya A dan D pasal guni kosong tu. Mati-mati depa dua orang tak mengaku yang depa jual guni kosong. Lepas tu, saya pun bukak la cerita pasal org tua yg datang bagi tau ada beli beg kosong dan tak cukup. Lepas tu, A dan D mengaku. Saya pun cakap la, "Tolong jangan buat hal lagi di reban sy..." Pusingan seterusnya, bila habis ayam saya ke KL sebab ada urusan. Sebelum ke KL, saya ada kira bilangan makanan ayam yang tinggal di reban sebelum dipulangkan ke integrator. Saya kira macam ada 90 beg. Lepas saya balik dari KL, saya dapat report dari company, return bag hanyalah 70 beg. Sekali lagi saya tanya pekerja A dan D, dua-dua kata saya tersilap kira dan memang baki hanya 70 beg. Pada masa yang sama, saya mula terdengar jiran-jiran bercerita ada ternampak pekerja saya D mengangkut makanan ayam saya keluar dari reban dengan motorsikal. Ha sudah..... Disebabkan tak dak buktim, saya tak boleh nak kata apa dekat A dan D. Dan memang dua-dua tak mengaku pun. So, continue to the next cycle.. Apa yang berlaku dipusingan seterusnya betul-betul mencabar saya. A dan D berpakat, A minta D cover line. Jadi guard. A bawa masuk perempuan ke dalam reban ayam saya dan buat "projek" di situ. Perghhh...... Jiran-jiran saya yang nampak habis bukak mulut pasal kes ni. Sebab dalam kes ni yang salah A, saya pun buang A dan tinggalkan D kerja di reban sy. D cadang saya ambil E untuk kerja sekali. E pun kawan saya masa kecil. Saya ingat E ni ok, rupa-rupanya 2 x 5. D dan E memang geng baik. E selalu bawa keluar dedak dan jual di luar. Saya hairan sebab E cekap sangat buat kerja-kerja ni. Selalunya E bawa keluar dedak masa waktu Maghrib sebab dia tahu waktu Maghrib saya selalu ke surau. So, waktu tu clear. Sekali lagi jiran-jiran buka mulut bagi tau sy. Tapi, bila saya tunggu nak tangkap kalau-kalau depa ni curi dedak. Tak nampak pulak. Hmmmm. Cuma saya perasan, di reban. Bilangan dedak yang ditulis digunakan dah ikut jadual, cumanya dedak cepat habis. Bila masuk dalam reban, dedak tak ada di tong. Saya tanya budak, depa jawab "Ayam kali ni kuat makan..." Depa nak tipu saya, tapi depa tak tau saya dah lama duduk di reban. Ayam kalau sihat, kalau makan berat mesti naik. Ini berat tak naik. Jiwa kacau betul. Mesti dah short bagi makan ayam ni. Tapi kita nak tembak tak ada bukti ni susah sikit. Cuma saya pantai closely lah. Kalau bab dedak boleh "terkeluar", bab ayam jangan ceritalah. Ada member mak saya, duduk jauh dari reban saya. Dalam 2km rumah dia. Satu hari, dia cakap. "Sedap betul makan ayam hampa.. Rasa fresh" Saya pun jadi, "Wow.... Mai celah mana mak cik ni dapat ayam saya..." Saya pun tanya la, "Macam mana boleh dapat ayam ni?" Dia kata, "Jiran dia bagi free.. Bagi rasa..." Bila saya cek, jiran dia tu kawan baik dengan E. Saya sampai, "Hai... berapa banyak ayam yang dia bagi kat kawan ni sampai dia boleh 'sedekah' kat jiran dia...." Benda macam ni betul betul bagi saya stress. Lepas tu, E bertambah hebat, dia buat reban ayam saya macam rumah dia. Dia ambil langkah yang lebih berani. Setiap pagi pukul 5 pagi, dia akan jemput GF dia datang ke rumah pekerja saya dan buat projek di situ. Yang menariknya, walaupun benda ni jadi pukul 5 pagi, masih ada lagi jiran-jiran saya yang tahu. Selepas jiran saya menyiasat, dia confirmkan setiap pagi pukul 5 budak perempuan tu akan datang. So, kali ni jerat di pasang betul-betul. Malangnya, waktu tu saya di KL. Dan abang saya ada di Parit Buntar. So saya minta Abg saya tolong uruskan apa yang patut di sini. Tepat pukul 5 pagi, perempuan tu datang ke rumah pekerja di reban. Ayah, mak dan abang saya menyorok di satu sudut. Lepas tu nampak D keluar dari rumah tu untuk bagi line kepada E buat projek. Lepas budak perempuan tu masuk ke rumah, ayah, mak dan abang saya terus serbu. Malas nak tunggu lama-lama, nanti kalau dibiarkan lama-lama, lain pulak jadinya masa serbu tu... E betul-betul terkejut, dan minta maaf. Lepas tu, saya terus berhentikan D dan E tanpa notis. Cukuplah dengan apa yang berlaku di reban saya. Enough is enough. Saya mula tersedar dengan nasihat Haji Otak penternak ayam, "Kalau nak bela ayam, jangan guna pekerja Malaysia, mesti guna pekerja asing..." Mula-mula, saya tak percaya dengan statement tu. Tapi sekarang, saya antara orang yang advise kepada farmer-farmer baru untuk guna pekerja asing kalau nak ternakan ayam. Ini belum bab cuti sakit yang kerap, sedara sakit, sedara kenduri kahwin, nenek meninggal sampai dua kali dan macam macam lagi lah. Bila dia tak leh kerja, sapa lagi nak kerja. "Kitalah...." Ada orang kata saya tak patriotik sebab tak utamakan pekerja tempatan dan ambil pekerja asing. Tapi, member saya berbangsa Cina Leong tekankan kat saya. "Cukuplah.. Kalau nak bela lagi ayam, jangan ambil lagi org Malaysia.. Kalau tak, lebih baik jangan bela.." Finally, saya buat keputusan yang drastik. Saya terpaksa pentingkan diri sendiri. Buat apa saya buat bisnes kalau tak untung. Akhirnya saya mula ambil pekerja asing bekerja di reban ayam saya. Itulah ceritanya. Bukan mudah utk buat sesuatu business.. Pekerja adalah tulang belakang kejayaan sesebuah syarikat.. Sebab itu lah sekarang, bila dapat pekerja yang saya boleh harap, saya jaga depa betul-betul. Depa ni dah faham A to Z ternakan ayam dan dah tahu kalau ayam sakit.Depa ni pun tahu apa nak buat dlm reban, sekarang ni tak perlu di suruh. Datang aja reban, semua kerja dah siap. Kepala saya pun tak serabut.. Hati pun tak sakit macam dulu.... Ok... Ini cerita pengalaman saya dulu dulu... Ini cerita lama. Untuk sekarang, saya melihat masih ada lagi reban ayam yang menggunakan pekerja warga Malaysia. Ada kawan, dia ambil orang Asli kerja dengan dia. Alhamdulillah. Ada kawan, dia ambil kawan dia kerja dengan dia. Alhamdulillah. Ada kawan, dia ambil supervisor warga Malaysia dan pekerja lain warga asing. Ok ja mereka ni. Berjaya ja mereka ni. Saya dapat simpulkan, 'kualiti pekerja ni' ikut rezeki kita lah. Kalau dapat yang bagus. Mudahlah kerja kita. Cuma saya nak fahamkan tuan tuan yer, kerja ayam tak sama dengan kerja lain. Ayam ni, kerja sehari dalam 3-4 jam saja. Yang lain tu "WAJIB" standby di reban. Any emergency kena fast respond. Ayam ni kerja tak ada cuti. Hari hari kerja. Sebab ayam tak cuti makan. Deal dengan benda hidup ni macam ni lah tuan. Kalau kita buka kedai, pekerja tak datang. Boleh tutup kedai sehari dua. Tapi kalau ayam, pekerja tak ada. "Ko lah yang kena kerja....." Kerja ayam ni susah. Tak boleh MC, sakit tu hanya dikira sakit kalau tak boleh bangun jalan. Kalau boleh bangun lagi, kira "Sihat" la. Dan biasanya, sesama pekerja depa akan cover meng cover. Yang penting, bos kena pandai manage depa ni. Begitulah ceritanya kisah ayam. It's not easy. It is tough. But.. it is ok. Boleh saya share tera ni? Semoga bermanfaat story ni untuk tuan puan. Hampa kalau boleh baca sampai sini, saya respect. Memang hampa tekun membaca. Sebab entry ni memang betul betul panjang. Haha.. Thanks for reading. Jom Follow FB Mohd Firdaus Mat Saad dan jangan lupa See First untuk lebih banyak story mory lepas ni. =============================== Berminat nak belajar cara memulakan bisnes ternakan ayam daging? Sila join Kursus Ternakan Ayam Secara Online. Klik Link Ini Jika Berminat :
http://wasap.my/60197672951/KursusTernakanAyamB
"Alhamdulillah, lengkap dan padat. Secara keseluruhannya 9.5/10. Di dalam video tuan, sepanjang penjelasan tuan, saya berkobar kobar semangat, darah muda lah katakan...." Testimoni Peserta Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdaus.com.my/2021/03/tips-pilih-pekerja-reban-ayam-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Pedas Ayam Kari Daging Dan Telur Mabuk

Asam Pedas Ayam Kari Daging Dan Telur Mabuk

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum DUA hari ini jalanraya sesak teruk Kalau pagi masih boleh tahan lagi tapi bila balik kerja stress betul mengadap jem Yang pagi tu nasib baik agaknya Sk ni ikut highway ke pergi balik kena ikut highway baru tak stress Tutup m...
Tanah Nak Buat Reban Ayam

Tanah Nak Buat Reban Ayam

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 372 hits
Tanah Oh Tanah Bukan satu kali bukan dua kali bukan tiga kali bukan empat kali tapi dah lebih lima kali Orang menghubungi saya berminat nak mengikuti Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online Tapi mereka kata mereka akan ikuti kursus ini SE...
Kursus Ternakan Ayam Daging Online

Kursus Ternakan Ayam Daging Online

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 322 hits
Saya sangat berpuas hati dengan ilmu khursus online tuan Ilmu yang sangat2 memberi manfaat dan berguna Penerangan sangat jelas Dan mudah faham Plot2 yang sangat terperinci saya rasa ini ialah investment yang terbaik dalam banyak2 ilmu yang ...
23 Tips Lembutkan Daging Agar Daging Empuk Dan Tidak Liat

23 Tips Lembutkan Daging Agar Daging Empuk Dan Tidak Liat

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 424 hits
23 Tips Lembutkan Daging Agar Daging Empuk Dan Tidak Liat Bila memasak daging ni tak kira la nak buat daging goreng pasti rasa geram sebab makan daging liat dan jenuh nak dikunyah Masalah orang gigi penuh satu hal dan masalah orang yang ber...
Dada Ayam Tak Laku Buatkan Kepingan Ayam Rangup Macam Ni Confirm Licin

Dada Ayam Tak Laku Buatkan Kepingan Ayam Rangup Macam Ni Confirm Licin

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 402 hits
Bahagian dada ayam selalu ditinggalkan dan kesudahannya berlaku pembaziran Tak mahu terbuang begitu sahaja dan berkreatif untuk kembali mendapat perhatian anak apa kata mama cuba buatkan resipi mudah ini Resipi ringkas kepingan ayam rangup ...
Puazz Gardenia Ban Kari Ayam Roti Kegemaran Kami

Puazz Gardenia Ban Kari Ayam Roti Kegemaran Kami

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 968 hits
PUAZZ Gardenia Ban Kari Ayam Roti Kegemaran Kami Roti savoury dari Gardenia ni dah dilancar 2 bulan rasanya Sejak tu PUAZZ Gardenia Ban Kari Ayam Roti Kegemaran Kami anak beranak dah Puas hati makan dan kenyang sangat bila makan roti ni Sel...
Nak Ternak Ayam Duduk Kampung Lelaki Kena Denda Ternak Ayam Di Kawasan Perumahan

Nak Ternak Ayam Duduk Kampung Lelaki Kena Denda Ternak Ayam Di Kawasan Perumahan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 310 hits
654 total views 654 views today Majlis Pembandaran Kuantan menyerbu sebuah rumah di Kuantan Pahanag selepas didapati menternak ayam di kawasan perumahan Pihak berkuasa menerima aduan daripada jiran tetangga yang memaklumkan pemilik kediaman...
Sup Ayam Udon

Sup Ayam Udon

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 502 hits
Since arini Kjee buat sup Ayam tetiba teringat ada sepeket Udon noodles baki buat Udon Hokkien aritu So apa lagi Kjee curahkan sup Ayam atas Udon tu dan terus makan Kali ini Kjee tak celur dulu Udon tu Terus curah kuah sup ayam yang mendidi...
Share Sampai 10k Resipi Pepes Ayam Mudah Sedap Confirm Menjadi

Share Sampai 10k Resipi Pepes Ayam Mudah Sedap Confirm Menjadi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 298 hits
Sesekali mencuba menu baru untuk keluarga pasti buat anak anak suka Apa kata kali ini kita cuba resipi Pepes Ayam mudah untuk anak anak persiapan dihujung minggu Resipi ringkas lagi sedap yang dikongsikan oleh ini memang istimewa Gabungan r...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord