Tips Mendidik Anak Daripada Dato Dr Sheikh Muszaphar Angkasawan Pertama Negara
Salam dears… Umur baru 8 tahun tapi dah mampu buat silibus tingkatan satu, memang wowww sangat! Itulah yang Mama rasa semasa menghadiri Kumon Advanced Student Forum 2019 (ASF 2019) baru baru ni. Dan juga rasa sangat inspired bila dapat dengar sendiri tips mendidik anak daripada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia, yang telah hadir ke majlis tersebut sebagai penceramah jemputan dan juga Kumon parent.
Banyak tips berguna yang Mama dapat semasa hadiri majlis ASF 2019 tu tau. Bukan saja daripada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar tapi juga daripada Mr. Yosuke Sugawa, Pengurus Besar Kumon Malaysia dan Ms Dana Lekshmi, instruktor Kumon yang mengajar anak anak Dato’ Dr Sheikh, semasa sesi dialog bersama media. Teruja Mama nak kongsikan ngan korang juga
Kumon Advanced Student Forum 2019 diadakan di Hotel Marriot Putrajaya
Kumon Advanced Student Forum 2019 (ASF 2019)
Kalau sebut ‘Kumon’ ja, Mama pasti ramai ibubapa yang kenal dengan nama ni kan? Kumon memang dah lama bertapak sebagai program pendidikan selepas sekolah bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris yang terbesar di negara ni.
Mama sendiri ada pasang impian nak hantar si kembar ke Kumon jika ada rezeki. Jadi bila dapat jemputan untuk hadiri Kumon Advanced Student Forum 2019 (ASF 2019) ni, Mama tak lepaskan peluang lah.
Tambah plak bila dapat tahu yang Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor jadi penceramah jemputan, ishhh opkos lah aii sangat teruja nak pergi. Idola aii tu hehehe
Ohh yaa… ASF 2019 ni ialah satu platform untuk mengiktiraf kejayaan pelajar cemerlang Kumon yang mencapai peringkat sekurang-kurangnya 5 tahun melebihi umur diorang dan para pelajar yang telah melengkapkan program Kumon.
Mr. Yosuke Sugawa, Pengurus Besar Kumon Malaysia berucap semasa ASF 2019
Mr. Sugawa memaklumkan yang tahun ni seramai 771 pelajar Kumon dari lebih 200 pusat di Malaysia telah menerima pengiktirafan atas prestasi cemerlang diorang. Fuhh ramai tu!
Salah seorang pelajar cemerlang Kumon
Serius Mama kagum tengok budak budak tu, kecil lagi dah bijak bijak belaka. Agaknya kalau Mama lawan buat latihan Matematik dengan pelajar cemerlang Kumon yang sekolah rendah pun, Mama akan kalah! Adehh…hahaha
Tips Mendidik Anak Berjaya
Semasa majlis ASF 2019 tu, Dato’ Dr Sheikh telah hadir sebagai penceramah untuk memberi inspirasi kepada para pelajar, ibu bapa dan para tetamu yang hadir.
Tambahan plak Dato’ Dr Sheikh juga adalah seorang ‘Kumon Parent’ sebab dua orang anaknya, Bella dan Tasha pun pelajar Kumon juga. Jadi Dato’ Dr Sheikh boleh laa berkongsi pendapat peribadinya tentang Kumon.
Excitednya Mama terus up kat IG hehehe
Kalau korang biasa follow instagram Dato’ Dr Sheikh, mesti korang dapat tengok betapa bijaknya anak anak Dato’ Dr Sheikh si Bella dan Tasha tu. Mama suka dengan cara Dato’ Dr Sheikh melayan anak anaknya, lembut dan mesra tapi ada tegasnya.
Dato’ Dr Sheikh bersama diantara pelajar cemerlang Kumon.
Semasa program ASF 2019 hari tu, sebagai Kumon parent Dato’ Dr Sheikh tak lokek berkongsi beberapa tips mendidik anak. Ni diantara yang sempat Mama catat:
Tetapkan target dan impian untuk anak-anak, tulis dan tampalkan kat tempat yang senang nampak dan baca setiap hari. Contohnya kalau nak anak jadi doktor, tulis pada kertas besar dan tampal kat dinding bilik anak. Setiap hari bangun pagi dan malam sebelum tidur, baca apa yang ditulis tu. Kiranya set dalam minda anak anak itulah cita cita yang ingin dicapainya.
Penuhi masa anak anak dengan aktiviti yang berfaedah dan educational. Kata Dato’ Dr Sheikh, kanak-kanak sangat banyak tenaga dan tak mudah penat. Jadi pastikan masa diorang sentiasa terisi dengan baik.
Wujudkan rutin harian dan tetapkan jadual yang perlu diikuti oleh anak anak.
Pastikan disiplin dan konsisten dalam melaksanakan segala rutin dan jadual tu. Jangan skip buat ulangkaji dan latihan walaupun sedang bercuti.
Kuasai Bahasa Inggeris. Kemahiran berbahasa ni satu benda yang penting.
Ibu bapa perlu kreatif dan wujudkan aktiviti dan sesi pembelajaran yang menyeronokkan. Setiap anak adalah berbeza jadi kenalpasti sifat anak dan cara anak tu belajar supaya timbul minat dan rasa seronok belajar.
Ibu bapa perlu luangkan masa dengan anak anak. Bonding itu penting. Menemani dan membuat aktiviti bersama anak anak pun dah dikira bonding time. Dato’ Dr Sheikh cuba luangkan masa 4-5 jam sehari dengan anak-anaknya. Contohnya masa nak hantar anak anak ke sekolah, borak borak lah dengan anak. Masa nak tidurkan anak anak, bacakan bedtime story.
Bantu anak anak untuk bina keyakinan dan atasi sebarang ketakutan atau overcome your fear. Kalau anak anak takut tinggi, bawa mereka cuba bungee jumping contohnya untuk atasi rasa takut tinggi tu. Tapi bukan lah paksa sampai mereka stress pula yer.
Sentiasa beri sokongan dan galakan pada anak anak, walaupun ketika mereka hadapi kegagalan. Kalau gagal tak mengapa, galakkan dan bantu mereka untuk cuba, dan cuba, dan cuba lagi sehingga berjaya!
Bersikap tegas tapi lembut dalam mendidik anak anak. Be firm! Jangan mudah mengalah atau give in bila anak anak buat perangai.
Hadkan penggunaan gajet. Gajet ada kebaikan dan keburukan. Tak dinafikan pada zaman sekarang ni anak anak perlu tahu juga tentang teknologi tapi perlu hadkan dan kurangkan penggunan gajet untuk elakkan ketagihan pada gajet tersebut.
Hantar anak kepada tenaga pengajar yang pakar. Kadang kadang ibu bapa nak ajar anak tapi tak tahu cara dan teknik yang betul. Sebab tu lah Dato’ Dr Sheikh menghantar anak anaknya ke Kumon walaupun dia sendiri seorang yang berpendidikan tinggi.
Mulakan sejak umur mereka masih kecil contohnya pada umur 4 tahun, supaya anak anak lebih cepat memahami apa yang diajar dan mudah ikut rutin / jadual.
Sempat selfie dengan Dato’ Dr Sheikh, yayyy! hehe
Okeh…itu diantara tips mendidik anak yang sempat Mama catit. Mungkin ada yang kita dah biasa dengar. Tapi tak salahkan kalau kita sentiasa refresh pengetahuan sendiri tentang tips keibubapaan ni kan? Bukan apa, kadang kita tahu tapi lupa nak amalkan dalam kehidupan seharian (aii ler tu huhuhu).
Kaedah Kumon Dalam Mendidik Anak Anak
Ohh yaa… Dato’ Dr Sheikh juga ada kata yang dia sangat percaya pada ‘Kaedah Kumon’ dan dia sangat kagum bagaimana Kumon telah berjaya bantu kembangkan potensi anak anaknya. Daripada tak tahu mengira sampai 10 pun, sekarang ni anaknya Bella yang umur baru 8 tahun dan mampu buat latihan Matematik untuk kanak kanak yang usia jauh lebih matang darinya, hebat!
Dari kiri: Dato’ Dr Sheikh, Angkasawan Pertama Malaysia dan Kumon parent, Ms Dana, Kumon Instructor dan Mr Sugawa, General Manager of Kumon Malaysia, semasa sesi dialog besama media.
Mama wondering juga apa maksudnya Kaedah Kumon tu? Menurut Mr Sugawa, Kaedah Kumon ni menerapkan kaedah pembelajaran kendiri (self learning) menggunakan pendekatan secara individu mengikut tahap keupayaan diri sendiri. Program Kumon ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 17 tahun.
Kata Mr Sugawa lagi, worksheet atau lembaran kerja Kumon direka in simple steps untuk membolehkan setiap pelajar menyelesaikan masalah mengikut tahap diri masing masing. Fokus Kumon bukan hanya untuk akademik tapi juga membina sikap positif yang diperlukan bagi membentuk minda yang lebih kuat bagi persediaan menghadapi masa depan.
Ms Dana, instruktor Kumon yang bertugas mendidik anak anak Dato’ Dr Sheikh plak berkata yang bila didalam kelas dia tidak ‘mengajar’ tapi sebaliknya dia bantu muridnya untuk selesaikan sendiri worksheet yang diberi.
Ms Dana, instruktor Kumon turut berkongsi tips mendidik anak
Ms Dana akan kenalpasti kelebihan dan keupayaan setiap pelajarnya dan bagi latihan yang sesuai ikut keupayaan diri murid tu. Katanya dia tak nak ‘spoon feed’ semata mata tapi dia nak pelajar dia rasa yang diorang mampu selesaikan kerja tu sendiri. Itu penting untuk bina keyakinan diri anak anak tu.
Disamping tu, Ms Dana pun ada kongsikan beberapa pesanan kepada ibu bapa, yang Mama rasa sangat penting dan kita sebagai ibu bapa ni kadang kadang terlupa, iaitu:
Nak menguasai sesuatu kemahiran atau ilmu tu ambil masa, jadi ibu bapa perlu ada sikap sabar dan konsisten. Jangan expect hari ni hantar tusyen, minggu depan dah pandai dapat markah cemerlang. No..no…tak boleh gitu. Bagi latihan atau worksheet yang bersesuaian dengan tahap kemampuan anak. Biar anak rasa dia mampu buat untuk bantu bina keyakinan dirinya dulu.Kalau rasa anak lambat, buat lah perlahan lahan pun takpa tapi yang penting mesti mula dan konsisten! Kata Ms Dana ‘If you take small steps, you can achieve something rather than not moving at all’.
Salah satu kata kata Ms Dana yang betul betul meninggalkan kesan pada Mama ialah ‘behind every successful child is the parent’ atau dibelakang setiap anak yang berjaya itu adalah ibu bapanya. Sungguh…kata kata tu terus buat Mama muhasabah diri, aku perlu lakukan lebih untuk anak anakku!
Hmm…Mama rasa sangat bertuah sebab dapat peluang hadiri majlis ASF 2019 tu. Betul betul membuka mata Mama tentang betapa besarnya potensi anak anak kita ni sebenarnya. Dengan galakan dan panduan yang betul, diorang mampu capai apa saja yang diimpikan!
Dan Mama harap dapat hantar si kembar ke Kumon juga. Sebelum ni Mama ingatkan kalau nak masuk kelas Kumon tu kena dari kecil, rupa rupanya nak hantar pada umur berapa pun boleh. So…doakan moga Mama dimurahkan rezeki dan Fahmi, Faris dan Fauzi pun bakal jadi pelajar Kumon yaa
Mana tau suatu hari nanti Mama dapat bergambar camni sebagai salah seorang ibubapa pelajar cemerlang Kumon kan
Kalau korang nak tau apa apa maklumat lanjut tentang Kumon, boleh layari laman web www.kumonmalaysia.com atau Facebook Kumon yer
80 total views, 74 views today
The post Tips Mendidik Anak Daripada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Angkasawan Pertama Negara appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2019/05/tips-mendidik-anak-daripada-dato-dr-sheikh-muszaphar-angkasawan-pertama-negara.html/