Tips Memilih Warna Pakaian


Tips Memilih Warna Pakaian | Selalu sangat terjadi iron baju lain lepas tu nak pakai baju lain terutamanya masa bersiap nak pergi kerja. Itu yang kadangkala stress nak pergi kerja pun ada. Ialah dah bangun awal tapi bila masa nak bersiap tu. Lama ya amat! Lepas tu mulalah tekan pedal minyak selaju yang boleh 😔 dan inilah juga sebab kenapa malas sangat nak iron baju kerja berderet seminggu tu. Elok-elok je dah ada baju yang dah siap gosok seminggu terus tup-tup tiada mood nak pakai. Terasa macam malap je warna baju je 😪😪 macam terselit perasaan sedih pun ada juga. Jadi, nak tak nak terpaksalah iron baju lain. Korang pernah alami tak perasaan ini?? Perasaan macam tak best je pakai baju warna tu.


Foto : Google
Ada terbaca satu artikel ini, berkaitan pemilihan warna pakaian dalam kehidupan seharian kita. Rasanya semua orang memang dah tau warna ni memang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Ia umpama mengambarkan apa yang ingin kita sampaikan. Ingin kita tonjolkan..umpama aura yang tersembunyi dalam diri kita. Tapii janganlah pula takut untuk mencuba pelbagai jenis warna pula. Tak semestinya warna pudar itu mengambarkan kehidupan kita seakan malap, lemah, tidak bermaya apatah lagi tiada serinya. Kadangkala pemilihan warna itu mengambarkan pemakainya tidak ingin menonjolkan siapa dirinya yang sebenar. 

Apapun jom ketahui maksud disebalik pemilihan 10 warna pakaian kita hari ini.

Merah 
Warna merah bererti ia mampu membangkitkan tenaga, aksi, suasana dan motivasi yang tinggi.Warna ini sangat disarankan untuk dipakai ketika kita kurang suntikan tenaga. Jika kita rasa malas untuk bekerja, apa kata cubalah pakai baju warna merah. Selalunya warna merah ini juga digunakan untuk menyampaikan mesej mengenai keberanian, semangat dan kuasa. Jika korang berani bolehlah cuba pakai baju warna merah. 
Oren Atau Jingga 
Merupakan warna yang baik untuk menunjukkan komunikasi dengan orang lain. Warna ini menunjukkan sikap optimis. Warna oren ini juga menunjukkan kebahagiaan dan kehangatan bagi pemakainya. Warna oren juga membawa keinginan yang positif. Jika korang mahu ceria cubalah pakai baju warna oren. 
Hijau 
Warna hijau memberi makna tentang keseimbangan dalam tubuh. Saat kita berasa sibuk dengan deadline atau tarikh akhir pekerjaan, pakailah baju berwarna hijau untuk membuatkan koranf lebih bersemangat menyiapkan kerja.Bagi wanita hamil pula, bolehlah memakai baju berwarna hijau kerana ia warna yang tenang dan paling santai dalam spektrum warna. Salah satu tip kehamilan menganjurkan wanita hamil mengenakan warna hijau untuk mendapatkan kesan menenangkan dalam tubuh. 
Foto : Google
Pink Atau Merah Jambu 
Warna ini mampu membuatkan orang yang sedang marah menjadi lebih tenang. Oleh itu, ketika korang mengakui kesalahan, pakailah baju warna pink atau merah jambu untuk membuatkan orang lain mudah memaafkan anda. 
Kuning 
Ketika anda sedang mahu memulakan presentation atau penyampaian kerja atau tugasan, anda disarankan untuk memilih pakaian berwarna kuning. Ini adalah kerana warna kuning itu menyimbolkan kebahagiaan dan keceriaan serta rasa bahagia bagi pemakainya. Dengan memakai baju kuning, penyampaian anda bakal disampaikan dengan lebih mudah.Biru
Warna biru menunjukkan sikap kesetiaan dan kewibawaan. Ketika anda menghadiri temuduga, disarankan untuk memakai baju berwarna biru. Selain itu, warna biru juga mampu membuatkan anda lebih mudah untuk berunding dengan lebih baik. Ketika anda ditemuduga kerja, memakai baju warna biru sangat disarankan. Selain itu warna biru membuat kamu lebih mudah untuk bernegoisasi dengan orang lain.Foto : Google

Putih
Ia melambangkan polos, suci lagi murni. Warna putih juga dikatakan dapat memberi keyakinan dan ketenangan buat si pemakainya. Warna suci ini sesuai dipakai ketika anda berziarah ke masjid atau majlis agama. Memakainya bukan sahaja sunnah bahkan menampakkan ciri orang yang tenang.
Kelabu
Warna kelabu melambangkan serius, matang dan kebolehpercayaan. Contoh terdekat yang boleh kita lihat adalah Mark Zuckerberg, pengasas Facebook yang memakai baju berwarna kelabu setiap hari untuk menampakkan kesungguhannya dalam meningkatkan nilai kepercayaan pengguna Facebook terhadap isu keselamatan maklumat peribadi.
Hitam
Warna hitam melambangkan keunggulan, kukuh dan canggih. Jika anda memakai baju warna hitam ini bermakna anda memilih warna klasik dan universal. Di suatu sudut, warna ini menggambarkan watak jahat dan murung. Kena pandai bermain warna apabila memilih baju hitam.
Ungu
Warna ungu melambangkan kebenaran, rohani, mewah, mendominasi, misteri, bijaksana, bermaruah dan berkualiti. Anda boleh memakai baju ungu jika mahu menyampaikan mesej pemikiran yang mendalam. 
Ok, sudah tahu dah bukan maksud disebalik pemilihan warna baju korang ni. Lepas ini jangan tersalah memilih pula ye 😀😀 

Sumber : mingguan wanita




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciktie.com/2018/11/tips-memilih-warna-pakaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tips Memilih Baju Seragam Guru Atau Kerjaya Lain

5 Tips Memilih Baju Seragam Guru Atau Kerjaya Lain

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 503 hits
assalamualaikum semua Sekiranya anda adalah orang yang dipertanggungjawabkan memilih seragam kerja keperluan untuk memastikan bahawa anda memilih seragam kerja yang terbaik untuk team anda sangat lah penting kalo tidak nanti ada makcik bawa...
10 Tips Utama Untuk Memilih Pasangan Hidup Yang Betul Supaya Tidak Menyesal

10 Tips Utama Untuk Memilih Pasangan Hidup Yang Betul Supaya Tidak Menyesal

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 411 hits
Assalamualaikum tidak dinafikan kita semua ingin memiliki keluarga yang diredhai Allah SWT dan demi untuk membina keluarga yang baik itu haruslah bermula dengan memilih pasangan yang baik juga Harus diingat yang kita perlu perlu melihat kri...
Salah Bancuh Susu Cuci Simpan Botol Susu Anak Boleh Jatuh Sakit 10 Tips Ini Sangat Penting

Salah Bancuh Susu Cuci Simpan Botol Susu Anak Boleh Jatuh Sakit 10 Tips Ini Sangat Penting

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 602 hits
Botol susu adalah peralatan yang sering digunakan untuk bayi dan kanak kanak kecil menikmati susu sama ada susu ibu perahan atau susu formula Ibu bapa perlu peka pengendalian botol susu dan cara bancuh susu yang salah boleh mengundang mudar...
11 Tips Sihat Cara Nabi S A W

11 Tips Sihat Cara Nabi S A W

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 1854 hits
11 Tips Sihat Cara Nabi s a w Kena buat checklist ni Walaupun sikit je Tapi mencabar nak buat Nak jauhi sifat marah tu Aduii Main dengan anak anak yang tengah membesar nih Aduhai Camne tu Apa pun Jom lah kita cuba dan amalkan ye Buat mana y...
Nasihat Dan Tips Dari Al Qur An Agar Anak Selalu Mendoakan Orang Tua

Nasihat Dan Tips Dari Al Qur An Agar Anak Selalu Mendoakan Orang Tua

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 424 hits
Ridha Allah SWT ada dalam ridhanya orang tua kemarahan Allah SWT ada pada kemarahan orang tua Do a orang tua menembus langit Munajat keduanya kepada sang Pemilik dunia dan seisinya selalu mengalir setiap hari Dari lima waktu salat dan waktu...
8 Tips Penjagaan Rambut Untuk Korang Yang Berhijab Tak Susah Pun

8 Tips Penjagaan Rambut Untuk Korang Yang Berhijab Tak Susah Pun

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 715 hits
Nama pun mahkota setiap wanita kan confirm kena jaga elok elok Bukan wanita yang freehair je kena jaga rambut wanita bertudung lagi lah kena jaga tau Jangan sebab kepala bertutup korang tak jaga kesihatan rambut Penjagaan rambut sama pentin...
3 Tips Mudah Minum Air Putih Ikut Keperluan Badan

3 Tips Mudah Minum Air Putih Ikut Keperluan Badan

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 959 hits
Korang tak tak setiap 25kg berat badan kita perlu minum sekurang kurangnya 1 liter air putih So kalau berat badan 50kg paling kurang kena minum air putih 2 liter Cuma yang lebih baik ialah 3 liter sebab air sangat penting untuk aktiviti dan...
3 Tips Merawat Kesehatan Wajah Pria Agar Selalu Terlihat Segar

3 Tips Merawat Kesehatan Wajah Pria Agar Selalu Terlihat Segar

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 376 hits
Jika Anda membaca artikel di situs https www niveamen co id panduan perawatan kulit wajah local id rawat kulit pria nivea men maka akan menjumpai banyak fakta menarik Para pria yang selama ini terkesan tak peduli dengan kesehatan kulit waja...
Kisah Mak Enung Lepas Dari Jerat Rentenir Dan Berbagi Tips Sukses

Kisah Mak Enung Lepas Dari Jerat Rentenir Dan Berbagi Tips Sukses

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 270 hits
Praktik bank keliling atau rentenir tetap ada hingga saat ini Masyarakat terutama golongan ekonomi lemah dibuat tak berdaya akibat bunga utang yang mencekik Hal ini juga dialami oleh Nurhayati 47 tahun Wanita asal Desa Jampang Kecamatan Kem...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin