
Setiap orang mempunyai jenis rambut yang berbeza. Rambut korang jenis lurus, kerinting atau ikal mayang? Amat penting untuk korang tahu jenis rambut supaya korang boleh decide cara penjagaan rambut yang terbaik
Terdapat banyak jenis masalah rambut dan kulit kepala seperti rambut kering, nipis, tidak bermaya, rapuh dan yang paling tak boleh lari adalah rambut gugur. Stress kan bila pakai tudung tapi kepala gatal-gatal lepas tu banyak kelemumur dan rambut yang gugur
Sebaiknya korang pergi jumpa pakar rambut at least dua bulan sekali untuk mendapatkan rawatan dan nasihat diorang. Lagi bagus korang buat dulu ujian rambut dan kulit kepala korang
Korang boleh cuci rambut korang secara berkala, contohnya selang sehari atau bila korang rasa kulit kepala dah start berminyak. Sambil-sambil korang cuci tu, urut dan gosok kulit kepala perlahan-lahan menggunakan jari
Jika rambut korang melepasi paras bahu, make sure korang menggunakan conditioner selepas syampu rambut untuk rawat hujung rambut yang kering. Elakkan conditioner dari terkena pada kulit kepala
Hampir semua orang selalu bungkus rambut selepas mandi betul tak? Haa.. baik korang mengaku cepat! Nak tahu tak, sebenarnya tabiat korang tu tak elok untuk rambut tau sebab rambut akan jadi kerinting dan bercabang
Sebaiknya korang keringkan rambut dengan cara gosokkan rambut secara lembut menggunakan tuala microfiber. Lepas tu korang biar rambut kering sendiri. Dah kering baru lah boleh sikat
Lagi satu perkara penting yang korang kena tahu adalah jangan ikat rambut terlalu ketat atau terlalu tinggi. Pakai anak tudung yang selesa dan lembut untuk tutup anak rambut korang
Rahsia untuk mendapatkan rambut yang segar dan sihat adalah mengambil nutrisi harian yang mencukupi. Lebihkan minum air mineral, makan makanan yang sihat dan berkhasiat dan jangan lupa ambil vitamin untuk rambut|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |