Tips Membeli Belah Dalam Talian Pada Bulan Merdeka


Cara membeli-belah dalam talian dengan berkesan
Rata-rata semua rakyat Malaysia mengetahui bahawa bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Jadi, tidak hairanlah jika bendera Malaysia dikibar lebih banyak pada bulan ini berbanding bulan-bulan sebelumnya. Bulan yang dirai dengan kegembiraan kerana sejarahnya. Lagi menarik, bulan merdeka ini banyak kedai dalam talian atau online buat jualan murah! Hehehe



Apabila sebut saja jualan murah, mata terus terbuka luas. Peluang keemasan yang sentiasa dinanti. Masa inilah sesuai nak cari pelbagai barangan keperluan dengan harga yang berpatutan kan. Boleh jimat berganda lagi tu. Ramailah yang akan buka laman web kedai dalam talian seperti Shopee, Lazada, Watson dan sebagainya nanti. Mungkin Malaysia Airlines juga akan menawarkan tiket penerbangan dengan harga berpatutan pada bulan kemerdekaan ini. Siapa tau kan ;)

Jualan murah sememangnya menjimatkan. Tapi jangan pula terlebih berbelanja sehingga ‘kering’ duit dalam akaun bank. Tiada langsung yang tinggal untuk perbelanjaan harian yang lain. Ini tidak bagus ya.

Nak membeli-belah dalam talian bukan main klik ‘add to cart’ kemudian terus bayar. Kena ada ilmu. Macam mana caranya?

Tips membeli-belah secara online
1. Utamakan membeli barangan keperluan

Ini adalah perkara yang paling penting untuk membeli-belah. Tujuannya supaya kita fokus dengan misi untuk mencari barangan keperluan. Kalau nak membeli barangan bukan keperluan, boleh saja tapi jangan sampai berlaku pembaziran.. beli tapi akhirnya tidak digunakan. Membazir bukan?

2. Buat senarai barangan keperluan beserta harga

Mai suka buat yang ini. Membuat kira-kira tentang perbelanjaan secara kasar yang perlu dikeluarkan agar tidak membazir wang. Selain itu, dengan membuat senarai ini dapat menjimatkan masa ketika membeli belah. Sebabnya kita dah tahu nak beli apa. Walaupun membeli belah secara online, ia dapat mengelakkan kita daripada asyik meninjau kedai online sehingga mengabaikan kerja harian kita.




3. Kaji selidik harga di pelbagai kedai dalam talian

Dengan melakukan kaji selidik harga, kita akan nampak perbezaan harga di setiap kedai talian untuk sesuatu barangan yang hendak dibeli. Pilih harga yang lebih murah untuk penjimatan berganda.

4. Pilih kedai online serta peniaga yang dipercayai

Ini amat penting supaya dapat mengelakkan penipuan berlaku. Cara untuk mengetahuinya.. kalau di laman Lazada atau Shopee, boleh tanya pada peniaga sendiri serta lihat pada komen-komen pembeli. Jika banyak yang memberikan komen positif maka bolehlah membeli dengan peniaga tersebut. Sama juga jika ingin membuat pembelian dengan peniaga di Instagram atau Facebook, tanya peniaga sehingga puas hati atau minta saja testimoni pembelian.

Banyak yang telah menjadi mangsa penipuan peniaga online. Di laman web yang dikenali ramai juga tidak kurang hebatnya. Lain yang dibeli, lain pula barang yang diterima. Dapat barang yang tidak masuk akal pula tu. Teringat kisah benar dalam akhbar tempatan… seorang pembeli yang sudah membayar untuk sebuah telefon pintar, menerima sebiji lesung batu. Sedih dan menyesal tak sudah jawabnya…

Sebab itulah perlu lebih berhati-hati ketika membeli-belah secara online supaya dapat elak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

5. Selidik kualiti sesebuah produk

Bagi Mai, penting untuk kita mengetahui kualiti sesebuah produk yang hendak dibeli. Sesuatu harga yang ditawarkan biarlah setanding dengan kualitinya. Kalau tak, kita juga yang menyesal setelah menerima barangan yang dipesan kerana dapat kualiti rendah.

Caranya, baca penerangan produk yang disediakan dan baca komen pembeli.

6. Guna kupon dengan membeli melalui laman web yang menawarkan diskaun berganda

Ini satu bonus untuk pembeli seperti kita. Siapa yang tidak suka harga diskaun kan? Memang dapat berjimat sungguh. Contohnya membeli barangan keperluan dengan menggunakan Shopee promo code atau dengan Watson Promotion untuk membeli produk penjagaan diri. Jadi, rajin-rajinlah menjengah ke pelbagai laman web yang menyediakan servis sebegini, seperti ShopCoupons.




Inilah antara beberapa tips yang dapat dikongsikan. Nampak macam remeh je kan tapi inilah perkara yang perlu dibuat sebelum membeli belah secara online untuk mengelakkan kerugian.

Anda pula macam mana? Ada tips selain yang disebutkan di atas ini? Jom sama-sama kongsi di ruangan komen di bawah ye.



Business vector created by pikisuperstar - www.freepik.comInfographic vector created by freepik - www.freepik.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2019/08/tips-membeli-belah-dalam-talian-pada-bulan-merdeka.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedang Membeli Belah Pengunjung Panik Ruang Pameran Mid Valley Johor Terbakar

Sedang Membeli Belah Pengunjung Panik Ruang Pameran Mid Valley Johor Terbakar

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 395 hits
Malang tidak berbau sejak semalam tular beberapa rakaman memaparkan salah satu ruangan di dalam pusat beli belah terkemuka di Johor Bharu telah terbakar Video yang tular itu telah dirakam oleh salah seorang pengunjung dapat diperhatikan kes...
Aina Doraemon Dan Wau Bulan

Aina Doraemon Dan Wau Bulan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 430 hits
Bawa Aina ke Pantai Sri Tujuh untuk melihat pemandangan pantai pasir di tepi laut Aina memakai t shirt dengan tema kartun Doraemon yang menjadi kegilaannya pada masa itu Gambar Aina ini diambil berlatarbelakang Wau Bulan sedang terbang dan ...
Bayi Usia 22 Bulan Sesak Nafas Akibat Kabut Asap Di Riau Dania Saya Hanya Bisa Menangis Dan Berdoa

Bayi Usia 22 Bulan Sesak Nafas Akibat Kabut Asap Di Riau Dania Saya Hanya Bisa Menangis Dan Berdoa

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 379 hits
Dania dan Aris hanya bisa mengipas ngipas ruang yang ada di sekitar anak mereka Ihsan Berharap bayinya yang baru berusia 22 hari itu bisa menghirup udara yang lebih bersih Ihsan yang berusia 22 hari harus merasakan dampak kabut asap yang te...
Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Kerana Jerebu

Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Kerana Jerebu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 336 hits
Seorang bayi berusia empat bulan di Palembang Indonesia meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan Bayi 4 bulan meninggal dunia kerana jerebu
Asap Jerebu Dipercayai Punca Kematian Bayi 4 Bulan Selepas Alami Masalah Pernafasan

Asap Jerebu Dipercayai Punca Kematian Bayi 4 Bulan Selepas Alami Masalah Pernafasan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 491 hits
Seorang bayi berusia empat bulan di Palembang Indonesia meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan Mangsa Elsa Pitaloka mengalami masalah pernafasan pada Sabtu lalu di mana kampung yang didiami keluarganya di...
Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Angkara Jerebu

Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Angkara Jerebu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 278 hits
SEORANG bayi berusia empat bulan di Palembang Indonesia meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan Mangsa Elsa Pitaloka mengalami masalah pernafasan pada Sabtu lalu di mana kampung yang didiami keluarganya di...
Bayi 14 Bulan Diberikan 1 5 Liter Kopi Setiap Hari Sebagai Pengganti Susu

Bayi 14 Bulan Diberikan 1 5 Liter Kopi Setiap Hari Sebagai Pengganti Susu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 391 hits
Seorang bayi perempuan berusia 14 bulan diberikan 1 5 liter kopi bersamaan dengan lima gelas cawan setiap hari sebagai pengganti susu Menerusi laporan media tempatan kejadian ini berlaku di Sulawesi Barat Indonesia Pasangan suami isteri yan...
Fenomena Bulan Tuai Atau Harvest Moon

Fenomena Bulan Tuai Atau Harvest Moon

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 310 hits
LONDON Gambar Harvest Moon atau Bulan Tuai di langit Britain dirakam oleh seorang jurugambar malam kelmarin lapor akhbar Daily Mail Jurugambar hidupan liar Andrew Fusek Peters merakam gambar sekawan kuda berlatarbelakangkan bulan mengambang...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord