Asap Jerebu Dipercayai Punca Kematian Bayi 4 Bulan Selepas Alami Masalah Pernafasan


Seorang bayi berusia empat bulan di Palembang, Indonesia, meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan.
Mangsa, Elsa Pitaloka, mengalami masalah pernafasan pada Sabtu lalu di mana kampung yang didiami keluarganya di Talang Buluh, Banyuasin dilanda jerebu toksik selama beberapa minggu yang turut menjejaskan kira-kira 800 isi rumah.

Mangsa kemudian dibawa ibu bapanya ke hospital selepas keadaannya makin tak stabil  untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke hospital.
Menurut doktor pakar, Elsa meninggal dunia akibat jangkitan pernafasan akut (ISPA) yang berpunca daripada bakteria. Tetapi masih belum dapat pengesahan kerana pemeriksaan menyeluruh belum dilakukan ke atas mangsa.
Difahamkan, Elsa dilahirkan sebagai bayi yang sihat dan normal, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Namun masalah pernafasan itu tiba-tiba menyerangnya.
Sementara itu, Ketua Agensi Kesihatan Banyuasin, M Hakim berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat radang paru-paru kerana menghirup zarah jerebu toksik.
 Foto: Bernama KKM Keluar Nasihat Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu
Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing pada musim berjerebu ini dengan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan mereka.
KKM sehubungan itu menggariskan 10 langkah pencegahan sebagaimana berikut:
1. Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.
2. Selari dengan saranan di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
3. Banyakkan berada berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.
6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
8. Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
Sumber:  jogjainside & KKM  
The post Asap Jerebu Dipercayai Punca Kematian Bayi 4 Bulan Selepas Alami Masalah Pernafasan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/asap-jerebu-dipercayai-punca-kematian-bayi-4-bulan-selepas-alami-masalah-pernafasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Malang Meninggal Dunia Akibat Masalah Pernafasan Dipercayai Berpunca Daripada Jerebu

Bayi Malang Meninggal Dunia Akibat Masalah Pernafasan Dipercayai Berpunca Daripada Jerebu

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 382 hits
Palembang Indonesia Seorang bayi yang berusia empat bulan telah dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan saluran pernafasan di Palembang Sumatra Selatan semalam Kebakaran hutan yang telah membuatkan asap jerebu membelenggu seluruh rantau...
Bahana Jerebu Toksik Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sesak Nafas

Bahana Jerebu Toksik Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 487 hits
Jika di Malaysia tahap jerebu sudah pun membimbangkan inikan pula di Indonesia tempat berpuncanya jerebu selepas kebakaran hutan berlaku Terbaru seorang bayi yang berusia empat bulan telah menjadi mangsa pertama yang maut disebabkan oleh ge...
Bayi 4 Bulan Meninggal Diduga Karena Terpapar Asap Kebakaran Yang Begini Mau Sampai Kapan

Bayi 4 Bulan Meninggal Diduga Karena Terpapar Asap Kebakaran Yang Begini Mau Sampai Kapan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 318 hits
Pemerintah masih saja bungkam Padahal kualitas udara kota kota di Sumatera dan Kalimantan banyak yang sudah ada di level berbahaya
Bayi Usia 22 Bulan Sesak Nafas Akibat Kabut Asap Di Riau Dania Saya Hanya Bisa Menangis Dan Berdoa

Bayi Usia 22 Bulan Sesak Nafas Akibat Kabut Asap Di Riau Dania Saya Hanya Bisa Menangis Dan Berdoa

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 398 hits
Dania dan Aris hanya bisa mengipas ngipas ruang yang ada di sekitar anak mereka Ihsan Berharap bayinya yang baru berusia 22 hari itu bisa menghirup udara yang lebih bersih Ihsan yang berusia 22 hari harus merasakan dampak kabut asap yang te...
Maut Di Tangan Ibu Bayi 3 Bulan Lemah Di Sisi Ibu Selepas Bapa Pulang Hantar Makanan

Maut Di Tangan Ibu Bayi 3 Bulan Lemah Di Sisi Ibu Selepas Bapa Pulang Hantar Makanan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 519 hits
Maut di tangan ibu sendiri Siapa sangka seorang bayi perempuan berumur tiga bulan yang ditinggalkan pada ibunya dirumah maut dipercayai akibat didera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Cheneh Baru Kemaman semalam Berdasarkan laporan m...
Ya Allah Sembuhkanlah Nishka Bayi 4 Bulan Derita Kanser Otak 21 Hari Selepas Dilahirkan

Ya Allah Sembuhkanlah Nishka Bayi 4 Bulan Derita Kanser Otak 21 Hari Selepas Dilahirkan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 430 hits
BERAT mata memandang berat lagi bahu memikul Itu dihadapi pasangan suami isteri apabila bayi perempuan mereka yang berusia empat bulan disahkan menghidap kanser otak tahap empat ketika 21 hari selepas dilahirkan Bayi berkenaan Kyfa Nishka A...
Bayi 3 Bulan Maut Dipercayai Didera Oleh Ibunya Yang Meroyan

Bayi 3 Bulan Maut Dipercayai Didera Oleh Ibunya Yang Meroyan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 315 hits
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut disyaki didera ibunya di Bandar Cheneh Baru di Kemaman pagi tadi Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira kira 11 30 pagi itu bayi itu Median Sandra Mohd Saddle...
Lelaki Tikam Bekas Kekasih Bayi 4 Bulan Selepas Bertengkar Mengenai Bayaran Nafkah Anak

Lelaki Tikam Bekas Kekasih Bayi 4 Bulan Selepas Bertengkar Mengenai Bayaran Nafkah Anak

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 341 hits
Ibu dan bayi berusia empat bulan mati ditikam sebelum rumah mereka di Memphis dibakar Heather Cook 32 dan bayinya Bentley ditemui mati dalam rumah mereka pada pagi Jumaat lalu Suspek Enoch Zarceno Turner 25 telah didakwa membunuh termasuk d...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Masak Kicap Ikan Mackerel

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Sup Dumpling Gebu Homemade Jimat Penuh Satu Periuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat Video Call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal

Dhuha Itu Rahsiaku Rezeki Itu Hadiah Untukmu Doa Isteri Jadi Pintu Rezeki Suami

Tiada Haid Walaupun Sudah Ambil Ubat Turun Haid

Cerita Tahun Lepas Cuti Cuti Di Tiara Desaru

Android And Wear Os Are Getting A Big Refresh

Boleh Jadi Kecewa Hari Ini Adalah Jalan Pintas Tuhan Untuk Kau Temui Bahagia Yang Sebenar Nanti